Showing posts with label Kisah pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Kisah pengajaran. Show all posts

Sep 18, 2016

Pesan Rasulullah Kepada Anakanda Siti Fatimah - Amalan Terbaik SebelumTidur

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu isterinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap kali aku rindu syurga aku mendapatkan semerbak bau harum syurga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mahu tidur. Rasulullah mengetuk pintu biliknya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘puteriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah solat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran. 

Image result for baca al ikhlas

Kedua, berselawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat. 

Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu. Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca;

Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada puterinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita:

1. Membaca Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3x.
2. Selawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Aali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin).
3. Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat).
4. Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar).


Marilah kita mulai praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak kita.Mudah-mudahan ada manfaatnya.

Jul 15, 2016

JANGAN PANDANG RENDAH PADA ORANG

Assalamualaikum..salam jumaat penghulu segala hari.
sedikit kisah pengajaran yang sangat baik untuk kita renungkan.


Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin tinggal bersama dengan 2 orang anak.

Suatu malam,tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Dengan bantuan cahaya handphone gadis itu ke dapur untuk mengambil lilin.

Tiba tiba kedengaran seperti ada orang mengetuk pintu. Rupanya seorang anak jirannya yang miskin yang tinggal di sebelah rumahnya.

Anak itu bertanya "kakak ada lilin tak.??"

Gadis itu pun berfikir; "jangan pinjamkan. Nanti mereka akan terus meminta lepas ni."

Lalu gadis itu menjawab; "tak ada..!!"

Lalu si anak itu pun berkata dengan nada bersungguh; "saya dah agak mesti akak takde lilin, ini ada dua batang lilin saya bawakan untuk akak..ibu saya bimbang dia cakap akak tinggal sorang2 takut akak takde lilin.."

Gadis tadi terus merasa bersalah, dalam linangan air mata, dia memeluk erat anak kecil itu.

Jangan menilai keburukan, kelemahan atau kemislinan orang lain.

Kekayaan bukan bergantung kepada seberapa banyak kita punya, tetapi seberapa banyak kita sanggup berkongsi dengan orang yang memerlukan dan tidak mampu.

Miskin bukan bererti tidak punyai apa apa dan kaya bukan bererti punyai segalanya.
C&P

Dec 23, 2015

Salam Maulidur Rasul: Suara Agung Kerinduan


Suatu masa, Bilal minta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. 

Di tanyakan mengapa?

Bilal ratapi buat terakhir kali Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah berkongsi segala kenangan di Madinah.

Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah SAW. Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari, Rasulullah muncul di dalam mimpi Bilal. "Wahai Bilal! Alangkah kerasnya hatimu, mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?"

Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras! Sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi di dalam mimpinya tadi. Lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah.

Bilal bersama tunggangannya, menangis tanpa henti. Kalau boleh Bilal nak terus meneruskan perjalanannya untuk cepat sampai ke Madinah. Bilal takut di tinggalkan oleh Rasulullah SAW

Setelah beberapa hari, Bilal tiba di maqam Rasulullah. Suaranya yang telah kehilangan akibat raungan tangisannya sepanjang perjalanan. Lalu memberi salam, "Asalamualaika Ya Rasulullah."

Bilal masih tidak berhenti menangis.

Tiba-tiba datang amirul mukminin, menerpa Bilal daripada belakang. Saidina Abu Bakar memujuk Saidina Bilal hingga reda sebentar tangisan Bilal.

"Bilal, alang kamu sudah berada di sini. Azankan untuk kami Bilal,"
-sapa Amirul mukminin.
"Tidak wahai amirul mukminin,"
-tolak Bilal.

"Azanlah Bilal kami rindu suara azan kamu itu,"- sapa Saidina Umar pula.
Saidina Bilal menggeleng..

Tiba-tiba datang dua permata kesayangan Rasulullah. Hasan dan Husin.

"Pakcik Bilal, azanlah sebagaimana masa zaman datuk kami masih ada,"

Di peluk dua orang cucu kesayangan Rasulullah, di ciumnya.

"Sebentar tadi baru ku tolak permintaan Khalifah dan Saidina Umar. Aku takut untuk menolak permintaan kalian, aku takut nanti aku di tinggalkan Rasulullah,"

Bilal naik ke menara, di ratapi satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah, sambil air matanya mengalir laju.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Terdiam penduduk Madinah mendengar suara azan itu.

Bahkan ada yang bangkit dari tidur yang lena.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Riuh satu Madinah, keluar seisi rumah di setiap pelusuk Madinah.
"Asyhadu ala ila haa illallah!"

"ABU I'SA RASULULLAH?!"

-apakah Rasulullah di bangkitkan semula-

"Asyhadu ala ila haa illallah!"

Tangisan kota Madinah kian pilu. Menggamit kenangan mereka bersama Rasulullah.

Saidina Abu Bakar, Saidina Umar..

Mengalir air mata dua orang sahabat ini. Satu Madinah di banjiri oleh air mata tangisan kerinduan.
Suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatit sebagai satu sejarah buat umat akhir zaman.

"Asyhadu anna MUHAMMAD RASULULLAH!"

Tersungkur Bilal tak dapat meneruskan azannya lagi. Di sambut dua orang sahabat. "Mengapa Bilal?"

"Waktu tengah azan hingga aku menyebutkan nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita,"

"Aku rindu Rasulullah,
Aku rindu Rasulullah,
Aku rindu Rasulullah."

Berlinangan air mata sahabat dan seluruh warga kota Madinah pabila suara agung itu kembali pulang menghantui kerinduan buat junjungan besar Muhammad SAW.
                                                                                                                                                                                                                                             اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ  

Jom kita hidupkan sunnah dlm amalan harian kehidupan keluarga kita... tanda cinta & kasih pada baginda Rasulullah SAW.                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Dec 19, 2015

Renungan Bersama :The Power of Istighfar

RENUNGAN AL KISAH HEBATNYA NILAI ISTIGHFAR


Imam Ahmad bin Hanbal dalam perjalanannya menuntut ilmu, akhirnya beliau terpaksa bermalam di sebuah masjid.

Malang sekali, penjaga masjid menghalang beliau daripada bermalam di situ.
"Ini bukan tempat untuk tidur!" katanya.

T A K  B O L E H L A H
S O R R Y  Y A

Bukan salah penjaga masjid itu yang tidak mengenali Imam Ahmad. Beliau pula tidak memperkenalkan diri. Jika penjaga itu mengenali beliau, pasti dia tidak menghalang Imam Ahmad menumpang tidur.Walaupun beliau memujuk penjaga masjid tersebut untuk dibenarkan tidur untuk hanya beberapa jam, namun tidak berhasil.

K A T  P I N T U  P U N  T A K  B O L E H  J U G A

Kemudian, Imam Ahmad mengambil keputusan berbaring sahaja berdekatan pintu masjid. Namun, di situ pun si penjaga masjid menghalangnya.

S I M P A T I  O R A N G
B E R I S T I G H F A R

Pada masa itu, seorang pembuat roti menyaksikan peristiwa tersebut. Dia merasa simpati kepada beliau. Lantas, dia mengajak Imam Ahmad yang tidak dikenali itu untuk bermalam sahaja di kedainya.

Lelaki ini adalah pengusaha sebuah kedai roti. Setelah menunjukkan Imam Ahmad tempat tidurnya, si pembuat roti meneruskan kerjanya.

M E M E R H A T I K E B A I K A N

Imam Ahmad tidak terus tidur. Dia memerhatikan sesuatu yang menarik pada perlakuan lelaki itu. Setiap gerakan tangannya menguli roti, diiringi istighfar yang tidak henti-henti.
Imam Ahmad kagum dengan amalan pembuat roti tersebut. Beliau ingin sangat mengetahui rahsianya.

"Sejak bila engkau beristighfar seperti ini? tanya Imam Ahmad.
"Alhamdulillah tuan. Sejak lama dahulu."
"Adakah engkau mendapat keuntungan dengan sentiasa beristighfar?"

Terus dia menjawab, "Ya! Setiap hajat dan permohonan saya dimakbulkan Allah. Cuma ada satu sahaja hajat yang belum dimakbulkan, wahai tuan."
"Apakah itu?"

"Saya berdoa agar dapat melihat Imam Ahmad bin Hanbal tetapi belum dipertemukan dengannya lagi."

Terkejut Imam Ahmad mendengar jawapannya itu. Lalu Imam Ahmad berkata,
"Wahai saudara, akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Allah telah membawa aku untuk bertemu denganmu."

Begitulah bukti kelebihan istighfar sehingga Allah swt merakamkan dalam surah Nuh ayat 10-12.
Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa Nabi Nuh as. menggalakkan kaumnya beristighfar kerana ganjarannya amat banyak, antaranya:

H U J A N  M E N Y U B U R H A S I L  L U M A Y A N

Allah menurunkan hujan lebat yang dapat menyuburkan tanah-tanah mereka, sehingga menghasilkan tanaman dan buah-buahan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.

H A R T A  M E L I M P A H

Allah akan menganugerahkan kepada mereka harta kekayaan yang banyak dan beraneka rupa dan ragam.

Z U R I A T  Y A N G  T A K  A K A N  P U P U S

Allah swt menganugerahkan zuriat yang akan melanjutkan keturunan mereka sehingga mereka tidak pupus.

S U N G A I  Y A N G M E N G A L I R

Allah mengalirkan sungai yang berperanan mengairi kebun-kebun mereka, sehingga tanam-tanaman hidup subur dan menghijau.

Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan Nabi Nuh as. tetapi sesuai dengan perutusan al-Quran yang manfaatnya bersifat kekal.

Lihatlah, walaupun si penguli roti mempunyai hajat yang kecil tetapi Allah memakbulkannya berkat istighfar yang diamalkan.

Dalam dia sibuk menguruskan kehidupan, Allah telah memenuhi hajatnya.



Ajari semua ahli keluarga anda beristighfar. Anda pasti akan rasai keajaibannya.

In sha Allah.

Nov 23, 2015

SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI

Satu kisah yg boleh diambil manafaat:

Semasa saya singgah di satu masjid untuk bersolat zohor,sebuah kereta Proton Saga  tua juga masuk ke kawasan masjid,saya agak mungkin juga singgah nak bersolat zohor.Jam sudah menunjukkan pukul dua lebih.Pemandunya seorang tua berserban turun dan ditangannya saya lihat memegang sebuah pencebok air atau gayung.


Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid,tekaan hati saya.Ketika saya berwuduk di kolah masjid,dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan cobok air yg dibawanya untuk menbasuh kaki.Saya menggunakan cebok yang telah tersedia.Cebok yg dibawanya diletak ditebing kolah dan dia naik ke masjid,lalu kami solat bersama.

Ketika menuruni tangga masjid,saya lihat dia terus ke keretanya.Saya segera memperingatnya ceboknya yg tertinggal.Dia beralih senyum kepada saya dan berkata,"Saya sengaja bawa cebok yang baru dibeli dan ditinggalkan di masjid yg ada kolah,sebagai satu wakaf yang kecil yang saya mampu,moga ia memanfaatkan.

"Subhanallah!Saya pula yang terasa malu,tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian.Dia menyambung,"Dimana masjid saya singgah,yang ada kolah saya tinggalkan sebuah cebok,bekal untuk mati,tak mampu nak sedekah yang lain."

Nak ajak pembaca semua mengambil iktibar dari apa yang dibuat oleh orang tua ini.Sebuah cebok yang ditinggal di kolah masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk,bayangkan ganjarannya.Berapa ringgit sangat sebuah cebok air.

Bukan nanti ada duit beribu baru boleh berbuat baik,yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan,maka Allah dorongkan.Bagi orang tua ini sebuah cebok air untuk masjid takkan sama dg ribuan ringgit yg disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia,tetapi pada sisi Allah ianya mungkin lebih besar dari itu.Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata nanusia.
Masjid dan surau memerlukan berbagai peralatan kecil yg diguna selalu dan mudah rosak.

Saya nak ajak anda semua,jom kita tiru orang tua ini dg meninggalkan sebuah cebok air dikolah masjid yg kita singgah sebagai wakaf.Mungkin kita rasa kita mampu beri 10 cebok, jangan cakap saja,tapi tak buat.

Maka biarlah bermula dg sebuah cebok,di mana saja masjid yang disinggahi,atau sebiji span yg dipasang dikepala paip untuk mengelak percikan air,atau sepasang selipar untuk ditinggal di tandas masjid,atau se potong getah paip untuk tandas masjid yang tiada getah paip untuk kemudahan bersuci, atau sebatang penyapu,sebuah penyodok sampah,atau sebotol minyak wangi ditinggalkan ditempat minyak wangi,atau...... apa lagi yang boleh difikirkan.Jangan tunggu hingga diminta, dirayu,kerana pemberian ketika itu mungkin berkongsi sebab, bukan semata  Allah,mungkin kerana terpaksa.

Orang lain begitu kreatif mencari jalan berbuat kebajikan meski pun hidup dalam serba kurang.

Jom kita mulakan,beberapa alatan kecil dibawa bersama dlm kereta untuk ditinggal sebagai wakaf kpd masjid,suaru atau musolla,walapun mungkin hanya beberapa pin mata lalat atau paku payung untuk melekat dokumen dipapan kenyataan...



Perkongsian cerita ni saya ambil daripada group whatsapp..Mungkin benar mungkin tidak tapi pengajarannya sangat jelas..Bersedekahlah walau sekecil-kecil perkara yang boleh memberi kebaikan dan kebahagiaan pada insan lain. Tidak perlu tunggu mempunyai harta dan memiliki wang yang banyak untuk memberi..Subhanallah,semoga menjadi sebaik-baik peringatan buat kita untuk terus memberi kebaikan pada insan lain..

Jul 25, 2015

Memuliakan Tetamu Membawa Keberkatan dan Rahmat

Memuliakan tetamu sangat ditekankan didalam Islam.Apatah lagi di musim syawal ini,banyak rumah terbuka di adakan.Amat banyak pahala dan ganjaran yang diperolehi oleh tuan rumah yang menghidangkan makanan dan melayan tetamu sebaik-baiknya. 



Ikuti kisah Nabi yang Memuliakan Tetamu ini:


Ada seorang lelaki yang senang dengan kedatangan tetamu. Namun isterinya menunjukkan sikap yang sebaliknya. Setiapkali ia membawa tetamu ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik.

Orang itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah saw.

Mendengar itu, Rasulullah saw bersabda,
"Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah saw dan beberapa orang sahabatnya akan bertamu ke rumah kamu"..


Rasulullah saw berpesan kepada orang itu

"Katakan kepada isterimu, supaya ia memerhatikan tetamu pada saat tetamu keluar rumah"..
Isteri laki-laki itu melakukan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah saw. Pada saat tetamu masuk, ia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak, dan pada saat tetamu keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak.

Rasulullah saw bersabda,

"Kedatangan tetamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat tetamu pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana"..

Dengan menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima tetamu.

Rasulullah saw bersabda,

"Sesungguhnya seorang tetamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit. Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut"..

Imam Ali bin Musa ar-Redha berkata,

"Orang dermawan adalah orang yang memakan makanan orang lain, agar orang lain dapat memakan makanannya. Adapun orang kikir adalah orang yang tidak memakan makanan orang lain, agar orang tersebut tidak memakan makanannya"..

Rasulullah saw bersabda,

"Sesuatu majlis (pertemuan) tidak akan terasa sempit dengan adanya orang-orang yang saling mencintai di dalamnya"..

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw bersabda,

"Setiap rumah yang tidak dikunjungi tetamu, maka malaikat pun tidak akan mengunjungi rumah tersebut"..

Imam Jaafar ash-Sadiq berkata,

" Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, nescaya Allah SWT mengutus 70 ribu malaikat untuk menyertainya"..

Para malaikat itu berkata,

'Syurga untuk kamu".. (Mizan al Hikmah)

Sesungguhnya beruntunglah rumah-rumah yang sering kedatangan tetamu. Maka itu, janganlah mengeluh jika ada orang yang ingin bertamu kerumah.

Apr 1, 2015

kisah kenaikan harga di Zaman Nabi

Assalmualaikum..selamat pagi..welcome April..anda dah kene GST pagi2 hari?jangan mengeluh..jangan gundah..jom kita hayati kisah di zaman Nabi ini..



Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

 Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan.

Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

JANGAN RISAU DENGAN GST....Allah S.W.T yg beri rezeki bkn makhluk...berlapang dada dan semoga Allah berikan rezeki mencurah-curah setiap hari..amin