Semalam seharian sakit kepala..Mungkin juga faktor cuaca jerebu ni..Tapi paling saya geram apabila melihat ada ibu ayah yang membawa anak berniaga di tepi jalan dengan mendedahkan anak kecil begiu sahaja tanpa di pakai mask atau tutup menggunakan kain. Saya faham orang berniaga ni..Itulah risikonya..tapi jangan sekali mengheret anak yang masih usia lingkungan bawah 2 tahun terdedah sebegitu rupa.Kasihan pada anak.
Balik pula ke rumah,saya melihat anak-anak sekolah tahfiz berdekatan rumah bermain dengan gembira bola sepak di taman..Aduhai adik-adik sekalian..Peranan guru sangat penting untuk mengingatkan anak-anak murid juga bahaya terdedah dalam cuaca buruk ini.
Tips Lindungi Diri Ketika Jerebu
1. Kurangkan Aktiviti Luar
Tidak keluar langsung memang mustahil la kan..Urusan harian memang kena berjalan seperti biasa. Namun hadkan aktiviti di luar rumah seperti berjoging,bersenam,bermain bola dan lain-lain. Pencemaran jerebu boleh mengundang penyakit asma,batuk selsema serta sakit tekak.Awasi juga anak-anak anda supaya mereka tidak berada di luar rumah
2. Banyakkan Pengambilan Air Kosong.
Minum air kosong lebih daripada biasa. Pengambilan air kosong membantu pengeluaran toksin dari badan melalui pembuangan air kecil dan perkumuhan. Elakkan pengambilan kaffeine dan minum air kopi kerana minuman ini mengalakkan kehilangan cecair daripada badan. Ia juga boleh menyekat zat nutrien di serap dengan baik dalam badan.
3. Pakai topeng muka/mask
Jangan sesekali lupa untuk memakai topeng muka jika berada di luar rumah.Bekalkan kepada anak-anak anda ke sekolah topeng muka ini. Jika tiada,boleh menggunakan tuala bersih untuk menutup hidung dan mulut. Juga basuh tangan dengan sabun selepas berada di luar rumah.
4. Berada di dalam bangunan tertutup
Pastikan pintu,tingkap semua di tutup dan jika ada penghawa dingin boleh ON. Jika ada air purifier juga boleh dipasang bagi memastikan pemgaliran udara bersih.
5. Hentikan pencemaran alam seperti pembakaran terbuka.merokok dan pelbagai lagi..Jadi abang-abang ensem merokok diluar sana,kurang-kuranglah hisap rokok ya dan paling bagus berhenti terus.Boleh tengok video kat bawah ni camna abang sado perokok tegar ni boleh berhenti merokok
Paling penting sekiranya anda tidak sihat atau ada masalah serangan asma,gatal-gatal atau demam batuk,segeralah berjumpa dengan doktor.
Pengambilan supplemen untuk menguatkan antibodi dan sistem imun badan juga sangat penting ketika ini. Antara cadangan supplemen yang sesuai adalah:
Performance Drink dapat membantu membekalkan bendalir dalam badan dan mengelakkan dehidrasi
Nutriferon dapat menguatkan imun badan dan mengatasi serangan bakteria
vitamin C bagus juga kuatkan sistem pertahanan badan.
Minyak ikan Omegaguard untuk menyihatkan paru-paru dan menguatkan sistem pertahanan badan
Kesan Buruk Jerebu Pada Bayi/Kanak-Kanak
1.Jerebu mungkin akan menyebabkan hidung, tekak, salur pernafasan, kulit dan mata bayi tidak selesa.
2. Sesetengah bayi mungkin mendapat ruam kulit.
3. Bayi anda juga mungkin akan mengalami bersin-bersin, hidung berair, gatal mata dan tekak kering serta batuk.
4. Jika bayi mempunyai sejarah masalah pernafasan, sinusitis dan masalah alergi kulit, kesihatannya mungkin lebih terancam semasa musim jerebu.
Panduan Pemakanan Sihat di Musim Jerebu
Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri dan keluarga sebaik-baiknya. Doakan juga semoga bacaan IPU kembali normal dan kita semua sentiasa di beri kesihatan baik. Buat yang tidak sihat sekarang,jaga kesihatan diri,makan ubat,makan supplemen,banyakkan rehat dan pengambilan air ya.
Take care semua..
Bagi yang berminat untuk dapatkan supplemen kuatkan sistem imun badan di atas boleh hubungi sue seperti berikut:
Credit: Kementerian Kesihatan Malaysia
Terengganu pun dah start jerebu,, dah start rasa pedih hidung nak bersin, moga Allah lindungi,
ReplyDeletetq share,
salam singgah
tq sbb share ... semoga kita semua sentiasa sihat :)
ReplyDeletedah seminggu sakit tekak dan batuk ni... huhuhu
ReplyDeletep/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #18. (^_^)
Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/09/senarai-url-blog-18.html
- Mia Liana -
Gud info..
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu. Jemput singgah k..
Entry terkini:
1. "Aneh!! Sebiji telur ada 2 kuning telur.."
2. "Aperture Squad Artwork"
3. "1st GiveAway by Ciktaman"
4. "Segmen Blogwalking Bersama KisahPondokKecil"