Pages - Menu

Sep 13, 2015

KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH

Malam ni tetibe terasa syahdu bila dapat tahu ade jemaah haji daripada Malaysia yang terkorban dalam nahas kren tumbang..Apapun Allah lebih mengetahui dan semuanya terjadi ada hikmah tersembunyi..



Sesungguhnya kita patut rasa cemburu kerana mereka di pilih meninggal di tempat paling mulia,paling suci dan dalam beribadah padaNya..

Al-fatihah kepada Allahyarhamah Rusiah Suar dari Sungkai Perak dan salam takziah buat semua ahli keluarga..

Teringat leader business saya pun sekarang tengah mengerjakan ibadah haji bersama suaminya.Apapun semoga Allah berikan kesabaran dan ketabahan buat semua jemaah kat sana..

Buat jemaah haji yang masih hilang,semoga Allah berikan petunjuk dan dipermudahkan semua urusan mereka.

Sama-sama kita berdoa semoga semuanya selamat dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna.


Al-Fatihah..

___________________________________________________________________

Terbaca catatan ustaz Nasir di FB beliau:

Lazimnya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing.

Sebaliknya terus dikebumikan di tanah suci Makkah.
Bolehlah dianggap ini sebagai satu peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.
Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji.
Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu anda lalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah.
Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kubur anda tidak diketahui
Bolehkah kita bercita-cita untuk mati di Makkah atau Madinah?
Dalam sebuah hadith Nabi SAW ada disebut:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”
(riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)
Menurut riwayat al-Tabarani, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Sesiapa antara kamu yang mungkin mampu untuk meninggal dunia di Madinah, meninggallah di sana.
Sesungguhnya sesiapa yang meninggal dunia di sana, aku menjadi saksi atau pemberi syafaah kepadanya pada hari kiamat.”
(Sabiq, 2000: I: 522-24)
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadith tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya HARUS untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.
Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat.
Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat (Makkah,Madinah) yang baik.
Subhanallah..Ameen..Moga Allah juga anugerahkan kita semua kesudahan kehidupan yang baik..

1 comment:

  1. alfatihah buat arwah ... kalau ada rezeki nak juga meninggal di mekkah, amin.

    ReplyDelete