Jun 6, 2015

7 Makanan untuk Cerahkan Kulit

Selain penggunaan produk kecantikan serta rangkaian penjagaan tubuh yang konsisten,pemilihan pemakanan juga dapat bantu wanita tampil cantik dan sihat.


Bagi anda yang mahu memiliki kulit yang cerah,jom ikuti tip ini.Amalkan mengambil 7 jenis makanan ini,anda pasti tersenyum lebar dengan hasilnya:-)

1) Tomato

Boleh di makan begitu sahaja atau dijadikan jus atau dimasukkan dalam masakan.Tomato membantu mencerahkan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit. Amalkan pengambilan tomato setiap hari dapat membantu melindungi kulit daripada panas matahari. Ia juga mempunyai kolagen tinggi dan dapat elakkan masalah kulit kendur.

2) Strawberi

Segelas jus strawberi mengandungi vitamin C yabg sangat tinggi. Vitamin C membantu meningkatkan pengeluaran kolagen di mana ia membantu mengekalkan keanjalan kulit.

3) Salad

Salad kaya dengan vitamin A.Ia membantu meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel baru.Salad juga mempunyai kalsium yang membekalkan nutrien kepada tubuh khususnya kepada kulit.Ia juga membantu meningkatkan penyerapan oksigen dan melancarkan perjalanan darah.

4) Epal

Epal memang enak di makan begitu sahaja.Ia mengandungi kadar antioksidan yang tinggi dan berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari.Kulit akan kekal cerah dan tiada alahan.

5) Soya

Pengambilan soya secara berterusan membantu kulit tampak lebih muda,lebih anjal dan bersifat antipenuaan.

6) Jus lemon

Jus lemon bukan sahaja bagus untuk detoks malah ia dapat membantu mrncerahkan kulit dan membuang segala kotoran dalam tubuh.Hasilnya kulit menjadi lebih cerah,pori-pori menjadi kecil dan kulit lebih bersinar

7) Madu

Madu tidak asing lagi mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.Khasiat madu dapat merawat kecantikan dari dalam dan kulit menjadi lebih lembut,halus dan cerah.

Ok,semoga tips ini membantu anda memiliki kulityang cerah dan cantik. Jangan lupa amalkan makan secara konsisten ya..



No comments:

Post a Comment