Jul 25, 2014

TIPS pemanduan pulang berhari raya

Alhamdulillah..syukur kepadaNya kerana masih panjangkan usia kita sehingga dapat nikmati Ramadhan kali ini sehingga ke hari-hari terakhir..Saya pasti ramai dah mula bertolak pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan aidilfitri bersama insan tercinta.

Buat yang mula pulang beraya,saya doakan semoga perjalanan anda ke kampung halaman selamat dan diberkati  Allah..Saya ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda untuk pemanduan pulang ke kampung halaman.



  • Rancang jadual perjalanan anda.Pastikan anda dah mengetahui jadual perjaalanan sesuai yang telah di atur oleh pihak PLUS.Anda boleh rujuk cadangan  waktu perjalanan yang di sediakan oleh pihak PLUS



Cadangan jadual perjalanan PLUS raya 2014

  • Pastikan sebelum mulakan perjalanan,anda membaca doa naik kenderaan
  • Pastikan kenderaan anda telah di servis untuk memastikan tiada perkara tidak di ingini berlaku sepanjang perjalanan
  • Bagi pemandu,pastikan anda telah mendapat cukup rehat.Jangan terburu-buru untuk pulang.Jika penat atau mengantuk,sila berhenti di mana-mana perhentian R&R.AWAS ye,mengantuk boleh menyebabkan kemalangan dan boleh membahayakan Nyawa anda dan yang tersayang!
  • Sediakan makanan/minuman untuk mengunyah - boleh pilih kekacang,keropok atau apa sahaja yang boleh bantu anda kurang mengantuk.Tapi ini di benarkan jika anda memandu pada waktu malam @ bulan ramadhan ni anda nak bermusafir,so di bolehkan berbuka ya!
  • Sediakan minuman secukupnya untuk mengelak mengantuk dan membantu anda kekal cergas.Anda boleh mencuba PERFORMANCE DRINK yang boleh membantu membekalkan elektrolit dalam badan..Air ni macam 100plus tapi bestnya takde karbonat AKA free gas..
  • Juga boleh mengambil CINCH TEA yang amat bagus untuk kesegaran badan.
  • Pakai tali pinggang dan jangan melebihi had muatan
  • Ikut dan patuhi had laju yang di benarkan

Selamat Pulang ke kampung halaman.Selamat hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog vithebat.





No comments:

Post a Comment