Jun 22, 2015

Tips khatam Alquran di bulan ramadhan

Alhamdulillah..sudah hari ke 5 kita di bulan Ramadhan..Semoga ibadah puasa kita bertambah baik daripada tahun-tahun lepas.

Bulan Ramadhan juga kita di galakkan untuk memperbanyakkan bacaan ayat-ayat alquran.Boleh juga untuk tilawah,tadabbur atau bertadarus ramai-ramai.Dengan kecanggihan teknologi sekarang,alhamdulillah ramai create group tadarus,tadabbur dan sharing terjemahan ayat melalui whatsapp,telegram dan lain-lain.



Mukmin terbaik mesti ada cita-cita nak khatam alquran sekurang-kurangnya sekali di bulan ramadhan..Itu pesanan seorang ustaz ketika saya hadiri kuliah ramadhan di surau berdekatan yang lepas.

Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk khatam alquran dengan mudah di bulan ramadhan?

Cara mudah agihan bacaan agar tidak terasa terpaksa/terkejar-kejar untuk habiskan bacaan


Untuk khatam 1X = ( Baca 20 muka surat sehari)

Subuh - 4 muka surat
Zohor - 4 muka surat
Asar - 4 muka surat
Maghrib - 4 muka surat
Isyak - 4 muka surat







Belum terlambat untuk sesiapa yang belum mula untuk membaca al quran..Insyaallah jika kita ada niat dan semangat pasti Allah mudahkan urusan kita:-)


Bagi sesiapa yang ada smartphone,boleh download apps alquran Android/tafseer yang dapat bantu kita untuk membaca alquran di mana sahaja.


Boleh baca ketika traffic jammed pulang dari waktu kerja
Boleh baca ketika menunggu seseorang
Boleh baca ketika menunggu train/komuter
Boleh membaca sambil-sambil semasa menyusu bayi

Di mana sahaja yang memudahkan kita untuk mencapai 4 muka sehari..insyaallah..




Boleh print jadual semakan di atas,jadi kita lebih bersemangat untuk membaca alquran:-)


Semoga tips yang di berikan ini memberi semangat kepada semua untuk membaca alquran walau di mana berada..Kata ustaz,smartphone boleh menjadi medan pahala kita bila-bila masa sahaja iaitu dengan membaca alquran,al mathurat melalui apps yang disediakan.



Kelebihan orang-orang membaca alquran:


Orang yang lancar membaca Alquran akan bersama malaikat utusan yang mulia lagi berbakti, sedangkan orang yang membaca Alquran dengan tersendat-sendat lagi berat, maka ia akan mendapatkan dua pahala.” (HR. Muslim)

Tidaklah berkumpul sebuah kaum di salah satu rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mempelajarinya, kecuali akan turun ketentraman kepada mereka, diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut mereka ke hadapan makhluk di sisi-Nya.” (HR. Muslim)

Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan akan dilipatgandakan menjadi sepuluh. Aku tidaklah mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)

Orang yang membaca Alquran terang-terangan seperti orang yang bersedekah terang-terangan, dan orang yang membaca Alquran secara tersembunyi seperti orang yang bersedekah secara sembunyi.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa’i, lihat Shahihul Jaami': 3105)

Semoga kita bersemangat untuk meneruskan pembacaan alquran bila-bila masa sahaja dan di mana berada. Dan semoga Ramadhan kali ini sekurang-kurangnya kita dapat qhatam sekurang-kurangnya sekali.

Insyaallah

No comments:

Post a Comment