Aug 16, 2016

Cara Didikan Che & Abi yang Menjadikan Kami 8 beradik Orang yang 'Berisi'

Assalamualaikum..petang ni nak share sebuah kisah menarik. Boleh dijadikan contoh oleh kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak zaman sekarang.

Anak muda hebat yang berjuang di Bumi Syria. Jom sama-sama baca kisah menarik ini


===================================================================

Ramai yang bertanya apa yang ibu bapa kami lakukan sehingga kami boleh lakukan kerja gila seperti hari ini.
Abang aku menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang berada di Gaza. Palestin. Beliau membuka NGO bernama From Gaza With Love untuk membantu rakyat di sana. Bayangkan, Palestin yang negaranya begitu dan abang aku tinggal seorang diri di sana.
Dan untuk yang terkini, beliau membuat satu lagi keputusan yang lebih gila apabila mengahwini seorang janda Palestin beranak lima ketika lelaki seusianya mengimpikan anak dara cantik jelita.
Aku membuka sebuah NGO bernama Tangisan Syria Di Bumi Jordan untuk membantu pelarian Syria yang berhijrah ke Jordan. Dan untuk yang terkini kami sudah mempunyai sebuah sekolah yang menempatkan hampir 120 orang kanak-kanak pelarian.
Kami menjaga 7-8 buah kem yang menempatkan hampir 300 buah keluarga. Dan kami sudah mengagihkan mungkin lebih sejuta ringgit sumbangan orang ramai sejak ditubuhkan pada 2013.
Tidak. Ini bukan post untuk berbangga diri. Post ini hanya sekadar untuk berkongsi. Terutama kepada ibu yang sedang membesarkan anak atau remaja yang bakal berumah tangga.
Ada yang bertanya kalau-kalau Abi (panggilan kami kepada ayah) atau Che (panggilan kami kepada ibu) ada memberi kami 8 beradik sebarang vitamin semasa kami kecil.
Seingat aku, Che dan Abi tidak pernah memberi sebarang vitamin. Masa bayi atau sebelum tadika, aku tidak pasti.
Tetapi ada beberapa perkara yang Che dan Abi gariskan semasa kami kecil sehingga kami menjadi seperti yang hari ini.
1. Solat adalah perkara yang paling dititikberatkan. Abi pernah sekali memotong wayar tv apabila kami lewat solat maghrib kerana menonton kartun Doraemon. Ya, Abi juga yang membaikinya, tetapi kami tidak lagi menonton tv pada waktu maghrib sejak peristiwa itu.
Che tidak pernah bosan bertanyakan kami tentang solat sebanyak lima kali sehari.
2. Waktu menonton televisyen adalah terhad. Tv hanya boleh ditonton apabila sudah solat dan kerja sekolah sudah disiapkan. Biasanya kami boleh menonton tv selama sejam atau sejam setengah sehari.
Astro dipasang di rumah kami agak lewat. Apapun, kami lebih enjoy menonton beramai-ramai cerita P. Ramlee misalnya.
Oh ya. Tv diletakkan di dalam bilik Che dan Abi. Jadi yang tidak selesai kerjanya tidak boleh masuk semasa orang lain menonton. Tidak ada juga yang berpeluang curi-curi menonton tv pada waktu tengah malam.
3. Begitu juga komputer. Kami dibenarkan bermain komputer apabila semua kerja sudah beres. Satu kertas jadual masa untuk kami bermain komputer akan dibuat.
Setiap orang yang ingin bermula bermain komputer perlu menulis jam berapa dia mula, dan apabila selesai sejam, kertas akan ditanda menandakan masa untuk hari itu sudah habis.
4. Kami tidak pernah merasa membeli komik seperti Kreko, Doraemon atau apa sahaja. Kalau Abi terjumpa komik tersebut di mana-mana, ianya akan dibuang serta-merta.
Ps 1? Ps 2? Ps 3? Psp. Hanya berjumpa di dalam mimpi. Sedangkan tv pun kadang-kadang perlu dipegang aerialnya untuk mendapat siaran yang elok ketika Astro masih belum dipasang.
Che dan Abi juga cukup tidak suka kalau kami ke rumah kawan untuk bermain permainan di atas.
5. Kami tidak diberi telefon bimbit sehinggalah masuk ke sekolah menengah. Itupun telefon turun temurun daripada generasi sebelah atas.
Telefon yang diberi biasanya kerana kami tinggal di asrama. Untuk mudah kami menghubungi Che dan Abi di rumah.
Bukan telefon mahal. Tetapi yang tidak ada warna, jauh sekali boleh main internet.
Oh ya. Salah seorang daripada kami tidak pernah mati kerana tidak mempunya telefon bimbit.
6. Hubungan sesama adik beradik sangat dijaga. Yang bergaduh akan cepat disuruh berpeluk dan bermaafan.
Biasanya kami akan tergelak apabila disuruh memeluk begitu. Acah-acah gelilah katakan.
Panggilan abang atau kakak kepada adik beradik yang lebih tua adalah wajib. Kalau hanya panggil nama, anda tidak akan dilayan.
Malah dari dulu sehingga sekarang, kami 8 beradik tidak pernah menggunakan kata ganti nama 'aku, kau' sesama kami.
7. Kami bebas bermain di luar bermula selepas waktu asar. Dan kami wajib berada di rumah sebelum jam 7.00 malam. Cubalah balik pada jam 7.01 malam. Biasanya Che atau Abi akan menunggu di depan pintu dengan rotan.
Atau lebih teruk. Kami akan duduk di luar sampailah dibenarkan masuk. Biasanya selepas isyak. Oh ya, esoknya kami akan grounded.
Grounded atau denda tidak boleh keluar rumah sehingga dimaklumkan adalah perkataan paling ngeri yang keluar dari mulut Che suatu tika dahulu. Sesiapa yang grounded hanya mampu melihat adik beradik yang lain keluar bermain dari celahan pagar.
Takut akan grounded juga menyebabkan kami banyak berhati-hati untuk tidak membuat silap di dalam kehidupan seharian.
8. Sebelum keluar rumah, kami wajib minta izin terlebih dahulu. Tidak kira untuk ke mana-mana sahaja.
Kami akan ditanya ke mana kami pergi. Dengan siapa kami pergi, apa yang akan dilakukan di sana dan bila akan balik.
Jadi Che dan Abi tahu dengan siapa kami berkawan.
Terbiasa meminta izin sebelum keluar ini kekal sehingga sekarang.
9. Sesiapa sahaja wajib ikut apabila Che dan Abi pulang ke kampung atau ke rumah saudara mara yang lain. Wajib.
Tidak kira sama ada balik raya, atau sekadar open house. Hasilnya, kami adik beradik mengenali dengan baik hampir kesemua waris, baik di sebelah Abi atau sebelah Che.
Nak duduk di rumah juga? Silakan. Tetapi kad astro akan dibawa atau disorok.
10. Kami diajar untuk memberi sejak dari kecil. Abi tidak pernah lupa memberi aku seringgit dua pada setiap hari jumaat untuk dimasukkan ke dalam tabung.
Che dan Abi tidak pernah gagal untuk memberi kami syiling di pasar malam untuk diberi kepada peminta sedekah.
Malah kucing yang datang ke meja makan kami sekeluarga biasanya akan mendapat rezeki.
Kucing hanya akan dihalau jika kedua kakinya sudah naik ke atas kerusi kakak sulung yang takut akan makhluk tersebut.
11. Kami diajar untuk menghormati sesiapa sahaja. Kami diajar untuk berterima kasih kepada pakcik-pakcik yang bekerja mengutip sampah. Menutup hidung apabila nampak mereka adalah sangat tidak sopan.
Penjual karpet atau makcik jual keropok tidak pernah dihalau. Malah sesiapa sahaja yang datang mengetuk pintu rumah biasanya akan disediakan air selepas seharian mereka berpanas mencari rezeki. Tidak kira sama ada yang datang adalah pemotong rumput atau kanak-kanak yang bekerja meletakkan kertas iklan di rumah-rumah.
Cuma sekarang perlu lebih berhati-hati akibat manusia semakin ramai yang berpura-pura.
12. Abi dan Che sangat menjaga hati jiran. Ada sahaja lauk yang dibungkus oleh Che dan kami akan bergilir mengetuk pintu memberi kepada jiran-jiran.
Biasanya juga, akan ada orang yang datang ke rumah kami mengadu masalah. Kami akan curi-curi dengar dari sebelah dalam. Che dan Abi akan cuba juga untuk membantu semampu mungkin.
13. Abi tidak mengajar kami hidup mewah walaupun Abi boleh dikatakan bergaji besar. Abi boleh sahaja memilih untuk bertukar-tukar kereta mewah, atau membeli rumah idaman beliau. Tetapi Abi lebih suka menggunakan Satria atau Mercedes lamanya untuk membawa kami berjalan-jalan. Dan kadangkala kami sepuluh beranak bergerak menaiki dua kereta kerana tidak muat.
Masa Abi juga banyak dihabiskan dengan anak-anak walaupun Abi sibuk. Jarang atau rasanya tidak pernah Abi keluar melepak di kedai mamak sehingga lewat malam. Selepas solat biasanya kami sekeluarga akan bersembang. Juga semasa makan. Bahkan jika keluar makan di luar juga, kami banyak berkomunikasi.
Aku tahu, ini mungkin hanya 10% peratus daripada keseluruhan yang Che dan Abi terapkan kepada kami. Tetapi ini adalah antara yang aku ingat. Dan aku akan cuba untuk terus berkongsi, insya Allah.
Aku tidak tahu sama ada ianya masih relevan untuk generasi hari ini, tetapi apa yang pasti, inilah didikan yang menjadikan kami 8 beradik menjadi manusia berisi.
Didikan luar biasa akan menghasilkan generasi yang luar biasa. Dan begitulah juga sebaliknya.
16 Ogos 2016.
FB Musa Nuwayri
Penulis Buku Lelaki Terakhir Menangis di Bumi

Aug 15, 2016

Cara Merawat Impetigo Supaya Tidak Merebak Lebih Teruk

Impetigo adalah sejenis jangkitan kulit yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia adalah di sebabkan oleh serangan bakteria yang memasuki luka pada bahagian kulit terdedah dan menyebabkan lepuhan lebih besar berlaku. 





Ia boleh terjadi di bahagian mulut,hidung,muka dan seluruh badan kanak-kanak.

Impetigo boleh berjangkit dan merebak melalui sentuhan. Ia biasanya tidak serius dan boleh sembuh dalam masa 2-3 minggu. Namun sekiranya ia berlaku, jangan sesekali bawa anak ke tempat terbuka, ke taska atau tadika.


Jenis Jangkitan Kulit  Impetigo

  • Impetigo Bullous
Impetigo Bullous ialah lepuh besar yang berisi cecair tetapi tidak menyebabkan rasa sakit.
  • Impetigo Bukan Bullous
Impetigo bukan bullous adalah bentuk yang lebih mudah berjangkit kerana lepuh atau kudis yang pecah serta kerak kuning-coklat.


Tanda-tanda mengalami Impetigo

Pada awalnya, kulit menjadi merah dan lepuhan kecil akan muncul. Lepuhan tersebut akan pecah dan mengeluarkan cecair kuning. Kulit bahagian bawah akan menjadi warna merah. Lepuhan akan menjadi kering, gatal dan berkeruping warna coklat.


Punca Berlakunya Impetigo

Punca utama Impetigo ialah disebabkan bakteria Staphylococcus aureus atau Streptococcus. Bakteria ini tersembunyi dan mudah untuk menjangkiti kanak-kanak yang mengalami luka terbuka. Jika memang ada masalah kulit seperti ekzema, gigitan serangga atau kulat membuatkan mereka lebih terdedah untuk mendapat jangkitan Impetigo.

Bagaimana Mengelakkan Serangan Impetigo & Mengawalnya Merebak


  • Elakkan anak yang di jangkiti Impetigo untuk bermain atau bergaul dengan kanak-kanak lain. Asingkan mereka semasa makan,bermain dan tidur.
  • Bagi anak yang mengalami Impetigo, jangan biarkan dirinya menggaru kawasan yang terluka yang boleh menyebabkan luka semakin besar dan merebak kawasan lain
  • Jaga kebersihan diri,tempat tinggal dan persekitaran
  • JANGAN berkongsi barang-barang seperti tuala,barang permainan,baju,seluar dan alatan peribadi yang lain
  • Asingkan baju,selimut dan cuci secara berasingan dengan pakaian lain

Apa yang perlu di lakukan sekiranya anak anda mengalami Impetigo?

Sekiranya mempunyai tanda-tanda seperti di atas, bawa segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan, Jika lambat akan menyebabkan serangan semakin teruk dan mudah merebak.

Kebiasaan doktor akan berikan antibiotik bersesuaian. Habiskan antibiotik yang diberikan ya. Untuk tingkatkan sistem imun badan, boleh berikan juga Nutriferon, Immune booster yang amat baik untuk tingkatkan sistem pertahanan badan ni.




Nutriferon bantu melindungi diri daripada serangan bakteria dan menguatkan sistem imun badan.

Selain itu, basuh pakaian, permainan anak-anak selalu dengan pencuci serbaguna Basic H. Basic H ni adalah pencuci bebas bahan kimia berbahaya. Tiada Toksik! jadi sangat sesuai bagi kediaman yang ada bayi,kanak-kanak. Boleh di gunakan juga untuk mencuci kediaman rumah.

Pencuci organik, tidak bertoksik. Sebotol rm47.  Tahan berbulan-bulan


Pastikan juga sapu krim pada tempat luka yang kering. Krim antibiotik Herbal Blend ni sangat sesuai di gunakan kerana ia tiada toxic, free paraben dan natural. Dah ramai sangat ibu-ibu gunakan krim ni untuk anak-anak luka, gatal-gatal dan masalah luka kecil.

Hanya RM37.50 satu tiub. ( tidak termasuk kos penghantaran)


Jaga kesihatan diri anak-anak selalu. Bagi yang tinggal di taska, mungkin cepat merebak penyakit-penyakit berjangkit seperti ni. Jadi sangat penting untuk ibu tingkatkan sistem imun badan anak-anak. Vitamin C, Nutriferon antara suplemen terbaik yang boleh ibu berikan untuk anak-anak setiap hari.






Sekiranya ibu-ibu berminat dan berhajat untuk dapatkan krim herbal blend, Pencuci Basic H dan suplemen-suplemen di atas bolehla hubungi saya seperti berikut:






Aug 10, 2016

Resepi Popia Suka Hati



Petang- petang selalu laparkan..

Haa hari ni Jom try popia suka hati ni.

Hehe apesal nama popia suka hati?  Sebab kita suka main campak-campak je bahan ape yang ada..

Godek-godek dalam peti ais jumpa crabstick,fish cake..haa dah cukup untuk buat inti.

Resepi popia suka hati:

3 biji kentang,hiris halus dan goreng
2 ulas bawang putih,cincang halus.
1 ulas bawang besar,hiris halus
2 batang crabstick hiris
2 batang fish cake
Sedikit taugeh
Sedikit daun sup
Sedikit habbatus sauda / jintan Hiram
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Goreng dahulu kentang sehingga kekuningan kemudian baru masuk bawang,crab stick dan fishcake.

Campur je bahan-bahan lain macam masak sayur campur.

Saya suka masukkan sedikit habbatus sauda ni sebab rasa herba-herba sikit.




Anak-anak suka sangat popia versi ni..memang licin la kalau goreng ni..sekejap je budak-budak ni ngap.

Boleh cicah dengan sos cili Thai atau sedikit mayones..memang ummphh..

Boleh tukar-tukar pakai ayam,udang jugak..buat banyak sikit bumbu dia ni so bolehla buat frozen..

Esok lapar-lapar boleh goreng je.

senangkan?

Selamat mencuba:-)



Aug 8, 2016

Susu Badan Meriah,Badan Bertenaga Kembali Kurus & Luka Caesarian Cepat Sembuh

Assalamualaikum.

Hari ni nak share testimoni menarik kisah Puan Fitriyatul menyusu anaknya. Beliau telah berkongsi pengalamannya yang mengambil set menyusu bajet yang menyebabkan sampai bengkak susu.Susu badan melimpah ruah. Bestnya badan beliau kembali kurus tanpa sengaja selepas consume pengambilan beberapa suplemen semasa menyusu ni.


Jom baca lebih lanjut kisah beliau ni..Memang tak rugi melabur sedikit wang untuk kesihatan diri dan untuk memastikan si comel terus dapat menikmati titisan emas ni..






Permulaan perkenalan saya dengan shaklee bermula dengan set menyusu bajet iaitu ESP dan Alfalfa... Saya mula ambil sejak anak berumur 6 bulan... Iaitu Januari 2014...





Mula2 memang join juga untuk bisnes tapi tak berapa aktif sangat sekadar rajin2 buat malas2 tinggal...
Begitu juga dengan pengambilan vitamin-vitamin shaklee. Saya tak konsisten makan.

Sampailah satu ketika saya konsisten makan set menyusu ni saya dapat rasa sendiri susu cepat penuh dan banyak kali alami bengkak susu... Akhir tahun 2014 nih dalam bulan disember tu saya nekad konsisten makan ESP, Alfalfa ,Lecithin,Ostematrix dan juga Bcomplexs sebab nak atasi masalah bengkak susu saya...

Alhamdulillah sejak konsisten makan set menyusu ni memang rezeki anak saya melimpah2..
Bila start susu membengkak saya konsisten ambil Lecithin, Ostematrix dengan B-complex nih...
Dan saya tak sangka bila start saya konsisten dan tambah dengan vitamin2 lain yg saya ambil juga saya dapat semula berat saya sebelum saya mengandung dulu dan saya dapat rasakan badan saya lebih bertenaga dan kesan kepada anak saya juga kulit yang mulus dan cepat kenyang.


Dan Alhamdulillah bila saya dapat rasakan shaklee effect yang saya alami tu saya semakin excited nak berkongsi dengan ramai orang dengan setulus hati saya betapa bagus dan berkesannya vitamin shaklee nih sampailah keluarga saya juga turut mengamalkan vitamin shaklee ini dan buatkan saya teruja mencuba semua vitamin shaklee.

Yang paling saya suka bekas jahitan kesan bersalin ceaserian tiada lagi dan rasa sakit nyilu pada bahagian operate bersalin tu tiada lagi sejak saya konsisten dengan tambahan Vitamin C..


Alhamdulillah kini anak saya Adam Khalish dah masuk 2 Tahun 5Bulan dan masih menyusu sepenuhnya dan juga mengambil makanan pelengkap yang lain termasuk vitamin shaklee kanak-kanak.


Berat sebelum saya tu ketika anak saya berusia 10Bulan dan berat sekarang masih maintain..
Dari hanya set menyusu bajet saya kini ambil set menyusu lengkap shaklee.
Dan saya sangat-sangat berpuas hati.

Dari hanya nak ambil set menyusu tak sangka saya dapat semula berat asal saya sebelum hamil tanpa perlu berdiet ikat perut...


Siapa kata ibu menyusu tak boleh tampil kurus bergaya kan...
Saya dah buktikan berat saya maintain dengan shaklee..

Alhamdulillah ...


===========================================



Haa..bestkan kesan positif beliau dapat lepas consume set menyusu ni..Memang sangat berbaloi keluarkan sedikit wang untuk kesihatan diri ibu. Secara tak langsung,bila ibu consume suplemen ni,baby pun dapat effectnya sekali. 


Dapat nikmati susu ibu dengan gembira. Berat baby bertambah. Kesihatan bertambah baik,malah dapat balik berat idaman:-)



Set Hamil,Set Berpantang dan Set Menyusu shaklee. Lengkap untuk ibu.


Antara kebaikan suplemen dalam set menyusu shaklee:








Banyak lagi kisah-kisah menarik ibu-ibu yang berjaya menyusu selama 2 tahun bersama set menyusu shaklee ni. Rata-rata ramai ibu terjebak dengan Shaklee selepas mencuba set penyusuan shaklee ni.




Kisah dan pengalaman ibu-ibu lain yang mengambil set menyusu shaklee:



Testimoni Set Menyusu Shaklee



Sangat penting juga ibu-ibu mengetahui konsep asas 'supply & demands' dan tip-tip lain bagi membantu penghasilan susu ibu dengan meriah.



Jom baca disini :


Tips susu ibu banyak dan meriah



Sakit pinggang,kebas tangan, gigi bayi masalah 'decay'. Apa Puan ni lakukan sepanjang penyusuan bayi?






Jom ibu-ibu, cubalah set menyusu shaklee ni. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh PM/Whatsapp saya ya. Insyaallah,kita usaha terbaik untuk lengkapkan penyusuan susu ibu kepada si comel kita. Saya doakan juga semoga di permudahkan dan berjaya hendaknya.

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi saya seperti berikut:



Aug 6, 2016

Pre-Merdeka Promotion: Pelbagai Hadiah Cabutan Bertuah Menarik untuk di Menangi

Assalamualaikum..Selamat berhujung minggu..masih ada open house harini? Hehe..saya masih ada 1 jemputan open house syawal hari ni..Apapun,alhamdulillah,rakyat Malaysia memang sangat pemurah dan menjamu orang makan berlipat-lipat ganda pahala dapat:-)


Ok,hari ini nak announce ada special promotion..HARI INI sahaja ya..KHAS untuk anda semua dan semua Pengedar Shaklee, promosi Pre-merdeka di seluruh Branch Shaklee dan HQ Malaysia.






Bagi Pengedar Shaklee yang sedia, anda boleh membuat 1 cabutan bertuah dengan setiap pembelian 200UV/ points. 


dan bagi anda yang baru nak join ahli Shaklee,sangat beruntung tau jika join ahli hari ini, anda akan dapat peluang untuk 1 cabutan bertuah setiap 200UV pembelian hari ini dan akan mendapat sekaki payung shaklee yang besar ni secara PERCUMA.


Pembelian 200UV lebih kurang RM700 tak termasuk promosi bulanan ini ya.


Antara hadiah cabutan bertuah menarik bakal anda bawa pulang adalah pillbox,water pitcher,set Nutriwhite,beg shaklee, dan pelbagai suplemen shaklee yang sungguh berbaloi seperti VIVIX,ESP,Vitamin C dan pelbagai lagi!


Bestkan??



Jom jangan lepaskan peluang hari ini sahaja!! Kunjungi segera semua branch Shaklee Malaysia hari ini sahaja. Hanya walk-in sahaja ya.


Senarai Lokasi cawangan Shaklee Malaysia:



Ibu Pejabat Shaklee Malaysia

Shaklee Products (M) Sdn Bhd
Level 9,
The Pinnacle,
Persiaran Lagoon,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,

Selangor Darul Ehsan
Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3099

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam

Pejabat Cawangan atau Branch Shaklee di Seluruh Malaysia

Cawangan Shaklee
Waktu Perniagaan
Peta Lokasi
Kuala Lumpur
No. 32, Jln Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Penang 
No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6,
Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya,
Pulau Pinang.
Tel: 604-383 8261
Fax: 604-383 8560

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Ipoh
 32, Medan Istana 1,Bandar Ipoh Raya,30000 Ipoh.
Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Johor Bahru
47, 49 & 51, Jalan Molek 3/20, Taman Molek,
81100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 607–350 7245
Fax: 607–350 7804
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Kota Bharu
19, Section 25, Bandar Kota Bharu,Jalan Sultan Yahya Petra,15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711
Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Kota Kinabalu
Lot 4.1, Neutron Point,Lorong Poin Neutron,Jalan Lintas Khidmat,88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-393 848
Fax: 6088-393 851

Credit


Jom grab peluang menarik ni..Mana tau anda adalah insan bertuah memenangi sebotol vivix berharga RM475 ini!







Sebarang pertanyaan boleh call/SMS/Whatsapp : 016 358 9018 (sue)
SID Shaklee : 889 806






Aug 5, 2016

Tips Hidup Bahagia Bersama Pasangan Hidup

KUNCI BAHAGIA DENGAN PASANGAN

Assalamualaikum..Salam jumaat buat semua..semoga sihat-sihat hepi semuanya.

Sedikit perkongsian daripada FB Ustazah Siti Khadijah mengenai tips rumahtangga bahagia ni - tips bersama pasangan hidup.

1. Jika ada perselisihan maka hadapi dengan keadaan tenang. Jika yang satu marah maka yang lain berusahalah diam.

2. Kalau sedang marah cubalah berusaha mengalah untuk menang.

3. Tegurlah pasangan anda dengan kasih sayang.

4. Lupakanlah kesalahan masa lalu pasanganmu.

5. Jangan pernah bersikap prasangka pada pasangan.

6. Jangan menyimpan marah sampai matahari terbenam.

7. Seringlah memberikan pujian kepada pasangan.

8. Biasanya, dalam pertengkaran, yang paling banyak bicara dialah yang salah.

9. Jika merasa bersalah jangan pernah merasa sukar untuk mengakui dan meminta maaf.

Ya ALLAH, anugerahkanlah kepada kami suami/isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam/makmum yang bai


Aug 4, 2016

Atasi Masalah Bengkak Susu dengan Cepat

Masalah bengkak susu sering berlaku kepada ibu dalam pantang.Malah ada sesetengah ibu masih mengalaminya sehingga bayi berusia 6 bulan.






Masalah bengkak susu jika tidak di rawat dengan segera boleh menyebabkan demam teruk berlaku kepada ibu dan jika serius boleh menyebabkan terjadi Mastitis. Jadi,ibu-ibu jangan berlengah-lengah ya jika alami masalah ini.





Petua atasi masalah bengkak susu

1. Susukan bayi setiap 2-3 jam setiap hari. Jika ibu dalam pantang dan bayi suka tidur,pastikan kejut bayi setiap 2-3 jam ya.

2. Bagi ibu berkerjaya, pam susu sekurang-kurangnya 2 -3 kali sehari. Kebanyakan masalah bengkak susu terjadi kerana ibu skip pump di tempat kerja.

3. Sekiranya bengkak susu telah terjadi, boleh tuam menggunakan tuala suam..tekap perlahan-lahan di payudara yang bengkak

4. Perah secara perlahan-lahan sekiranya berlaku bengkak susu. 

5. Daun kubis juga membantu. Caranya tekapkan daun kubis pada payudara yang bengkak. Namun jangan selalu buat ya, ia boleh menyebabkan susu menjadi kering.

Kekadang mahu sentuh pun sangat sakit. Saya teringat pengalaman kena bengkak susu ni ketika selepas bersalin anak sulong dahulu. Masa tu memang waktu kerja padat..langsung tak boleh nak pam susu..memang bengkak susu rasa nak menangis je..time ni saya ke tandas dan picit secara perlahan-lahan.. Jika anda pam susu ketika ini pun boleh..boleh tambah stok susu bayi anda.

Cara paling mudah dan cepat untuk mengatasi masalah bengkak susu ini adalah dengan pengambilan Lecithin.

Lecithin ni diperbuat daripada kacang soya..mudah ditelan dan tiada bau ubat.

Lecithin membantu pengaliran susu dengan cepat dan mengelak terjadinya bengkak susu berulang lagi.


Pengalaman customer saya yang mengalami bengkak susu. Beliau maklumkan ada ketulan susu di breast dan sering berulang sakit bengkak susu ni. Akibatnya susu drop apabila masalah ini terjadi.

Alhamdulillah, beliau mencuba Lecithin ni dan saya dimaklumkan keesokannya bengkak susu dah tiada dan tak sakit lagi..Alhamdulillah..syukur..





Bengkak susu hilang dalam masa sehari selepas pengambilan Lecithin


Lecithin ni bukan sahaja untuk masalah bengkak susu tau. Banyak lagi manfaat dan kelebihan apabila mengambil lecithin ni.

Antaranya ia bantu menurunkan kolestrol tak sihat dalam badan, bantu uraikan lemak kepada molekul kecol, baik untuk kesihatan prostat bagi lelaki , bantu dalam proses penurunan berat badan, baik juga untuk kecerdasan otak.



Jadi memang tak rugi consume Lecithin ni..Berbaloi-baloi dengan harganya.

Sebotol ini hanyalah RM53.75 untuk 180 biji. 

Lecithin adalah suplemen semulajadi,tiada bahan kimia merbahaya, bebas pengawet,pewarna dan pemanis.

Ibu dalam pantang,ibu menyusu boleh mengambilnya. Insyaallah tidak 'drop' pengeluaran susu malah membantu pengaliran susu lebih lancar.


Sekiranya ibu-ibu mengalami masalah ini,jangan berlengah lagi. Boleh dapatkan Lecithin dengan segera. 

Untuk pembelian secara online ( guna kad kredit/debit kad) boleh dapatkan di sini. Selepas pembelian boleh whatsapp saya untuk panduan pengambilan lecithin yang betul.


Sekiranya ibu-ibu berada di sekitar Bandar Baru Bangi,Pekan Kajang, Sri Serdang, UPM, insyaallah saya boleh buat penghantaran dengan segera. Untuk poslaju insyaallah mengambil masa 1-2 hari.

Boleh hubungi saya seperti berikut untuk dapatkannya.

klik di sini : Whatsapp 016 358 9018