Aug 24, 2016

Mini Giveaway Lucky Nine

Assalamualaikum.


Jom Join GA ni..Hadiah menarik menanti anda.





Klik banner untuk join :D

Twitter : - 


Senarai Hadiah : 


Top Referral :
Wang Tunai RM50


Random :
1. Custom made pouch x 2 pemenang [byAyong]
2. Custom made mini cute pillow x 1 pemenang [byAyong]
3. Sabun Collagen Nurraysa x 1 pemenang [DNIA House]
4. Topup RM5 x 2 pemenang [DNIA House]
5. Blog Review + Bloglist x 2 pemenang [Mya Farisha]


Penyertaan berakhir 2 September 2016

Aug 23, 2016

Laman web jual Shaklee MURAH ?? Entah-entah TIRUAN. JANGAN MUDAH TERPEDAYA !!

Semalam ada seorang customer lelaki PM saya bertanyakan harga pencuci muka Nutriwhite. Selepas di maklumkan,beliau memberitahu harga saya jual mahal. Beliau bagitahu pernah beli di sebuah laman web xx hanya pada harga RMxx, jauh lebih murah daripada harga ahli shaklee.


Hmm,saya tanya padanya..encik beli tu confirm ke tu produk original? zaman sekarang ni sesenang je orang boleh reka macam-macam jenis ramuan dan ciplak rompak dan jual produk ala-ala nampak 'ori' asalkan untung.

Jangan Terpedaya dengan Jualan Murah Lelong.Mungkin sudah tamat Tarikh Luput atau bukan original


Bayangkan jika anda beli beg LV di KLCC dengan beg LV di pasar malam. Sudah tentu nampak bezanya bukan? Harga beg di pasar malam jauh lebih murah berbanding di KLCC..Kenapa? sebab beg LV di pasar malam walau sebijik serupa dengan LV di KLCC namun ia hanyalah tiruan. Boleh jadi pakai tak sampai sebulan dah koyak rabak.



Harga murah tapi tiada kualiti dengan harga mahal tapi yang Original dan berkualiti.Mana satu pilihan anda?

Mungkin ada daripada anda yang tak kisah barangan tak ori, asal dapat murah.Tapi sanggupkah anda menerima risiko apa akan berlaku kepada kulit muka dan badan anda jika amalkan suplemen yang tiruan atau alat kosmetik yang tidak original?

Kalau beg,baju tiruan masih boleh di terima. Cukup sebulan jika koyak rabak boleh di buang sahaja. Tapi jika kulit muka habis rosak teruk dan badan mula gatal-gatal, naik rashes dan sebagainya bagaimana? Diri sendiri juga yang susah.

Jangan sesekali gadaikan nyawa ya!

Jadi sekiranya anda ingin membeli produk shaklee ( suplemen, beauty set,pencuci dll) boleh terus ke branch shaklee atau menerusi Pengedar Shaklee yang sah.

Sekiranya anda membeli melalui pengedar shaklee,anda akan dapat consultation sekali. Kebiasaan Pengedar Shaklee akan guide panduan cara makan yang betul,pantang larang dan sebagainya.

Tapi sekiranya anda beli di laman web yang belum tentu original atau tipu, sudah tentu anda tidak akan di layan sekiranya tanya panduan makan.

Produk Shaklee Ekslusif

Shaklee ekslusif hanya boleh di dapati di HQ Shaklee atau rangkaian branch dan melalui pengedar shaklee sahaja. Sebab itu ia tidak di jual di Guardian dan sebagainya. 

Sekiranya anda ingin mendapatkan suplemen shaklee, boleh hubungi saya untuk pembelian. Boleh save contact saya ni. Insyaallah anda layak mendapat konsultasi yang baik selepas pembelian.





Pesakit Kanser Payudara Akhirnya Mampu Tersenyum Setelah Pulih Sepenuhnya

Kanser payudara! 
Tiada wanita yang ingin menghidap penyakit ini!  Malah kebanyakan wanita yang menghidapinya menyatakan ibarat mimpi ngeri.
Hari ni saya nak share sebuah kisah daripada luar negara iaitu kisah benar seorang penghidap kanser yang bernama Barbara W. Seminole. Beliau telah disahkan menghidap kanser payudara ini pada Oktober 2006. 


Secara ringkasnya,beliau menceritakan telah menjalani dua kali pembedahan membuang ketumbuhan dalam payudara ( Lumpectomies) ,melakukan rawatan kimoterapi, rawatan Herceptin,rawatan Radiasi dan juga melakukan pembedahan Partial Hysterectomy bagi tujuan menghalang sel-sel kanser daripada terus merebak.
Selepas beliau menghabiskan kesemua rawatan kimoterapi, akhirnya beliau meneruskan pengambilan vitamin Shaklee iaitu Nutriferon.Vitalea,Ostematrix dan Vitamin C. Enam bulan sebelum beliau melakukan pemeriksaan terakhir, beliau menambah tonik Vivix untuk mengurangkan sakitnya. Semasa pemeriksaan doktor, doktor memberitahu keputusan darah adalah baik dan perkembangan dirinya cemerlang.
Barbara turut bertanya adakah peluang untuk kanser tersebut hilang. Namun jawapan doktor adalah “TIDAK”. Walau bagaimanapun, pihak hospital sedang membuat satu kajian terhadap sejenis bahan yang dipercayai mampu merawat kanser payudara dan kanser prostat dan mengelakkan kanser tersebut berulang. Pihak hospital telah memperuntukkan sebanyak 1 juta Dollar untuk melakukan kajian tersebut. Apa yang lebih membuatkan dirinya teruja ialah, kajian tersebut dijalankan ke atas sejenis bahan yang dikenali sebagai Resveratrol yang mana bahan tersebut juga terdapat di dalam Vivix.

Barbara telah memberitahu doktor bahawa dia juga telah mengambil resveratrol daripada Vivix Shaklee selama 6 bulan. Doktor sangat terkejut dan menyatakan bahawa Barbara adalah orang pertama yang berjaya membuktikan keberkesanan resveratrol yang sedang dalam kajian mereka.

Akhirnya Barbara yakin bahawa Vivix, Nutriferon dan suplimen Shaklee yang lain dapat membantu pesakit kanser sepertinya dan beliau juga yakin bahawa suplimen tersebut juga dapat membantu pesakit lain dalam usaha melawan penyakit tersebut dan sekaligus dapat menghalang kanser daripada berulang.
Sekiranya anda bekas pesakit kanser payudara atau apa jua penyakit kanser lain,ambillah suplemen Vivix - antioksidan yang kaya dengan Resveratrol ni. Banyak kajian di jalankan ke atas Resveratrol dan mendapati ia memberi banyak manfaat dan khasiat untuk kesihatan diri.

Jangan biarkan kanser merebak.sayangilah diri..Insyaallah vivix memang terbaik untuk penawar penyakit kronik seperti kanser ini. 

Testimoni Pesakit Kanser lain yang mengambil Vivix




Jemput baca:

Sekiranya anda di sahkan menghidap kanser atau bekas penghidap kanser, jangan sedih hati dan takut, Insyaallah, usaha terbaik dan dapatkan rawatan sebaiknya dan jangan sesekali berputus asa..Insyaallah ada hikmah atas penyakit di hadapi ini.

Sekiranya ingin mendapatkan tonik Vivix antioksidan terbaik ini boleh hubungi saya segera seperti berikut.



Aug 22, 2016

Cara Atasi Masalah Kejang Kaki Ketika Hamil

Masalah kejang kaki sering berlaku kepada wanita hamil. Ia sering berlaku di tengah-tengah malam ketika tidur..Terjaga daripada tidur tetiba kaki kejang..Oh sakitnya!!Tuhan sahaja yang tahu.



Hebatnya Ibu Hamil ni.Awal trimester kebiasaan alami alahan muntah-muntah..Masuk trimester kedua dan ketiga kebiasaan masalah kejang kaki ni la selalunya terjadi.


Punca Berlaku Masalah Kejang Kaki / kejang Betis Ibu Hamil

Sedang enak tidur lena,tetiba terjaga daripada tidur, rasa kebas dan kejang betis hingga ke kaki. Oh,sakitnya Allah je yang tahu..time ni tak boleh paksa luruskan kaki ye..kalau tak lagi sakit..

Sebab terjadinya kejang kaki atau betis ini adalah disebabkan pengumpulan asid dalam serat otot yang menyebabkan otot kaki ibu menjadi kejang.



Ada teori mengatakan kekejangan kaki semasa hamil adalah disebabkan kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium di dalam darah. Bayi yang semakin membesar mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan ibu.  Jadi sangatlah penting ibu mengambil cukup zat kalsium ya.

Selain itu, uterus (rahim) ibu yang semakin membesar juga memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki ibu.  

Berdiri, bersukan atau aktiviti seharian juga boleh menyebabkan otot-otot mudah letih. Jadi ibu perlukan rehat dan pengambilan kalsium mengcukupi.


Cara Hilangkan Kejang Kaki Ketika Hamil

Sekiranya ia terjadi di tengah-tengah malam, ibu boleh buat regangan iaitu dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-laham. Jangan di paksa ya..Buat perlahan-lahan je. Jika ada suami di sisi, kejutkan suami dan minta pertolongan. 

Boleh urut otot yang kejang dan sapu minyak panas. Insyaallah dapat membantu.

Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan tiada lagi dan boleh berjalan seperti biasa.


Untuk mengelak masalah kejang daripada terjadi, ibu boleh ambil suplemen Ostematrix. 

Ostematrix adalah pil kalsium yang lengkap dengan kalsium,magnesium,vitamin D dan beberapa mineral lain.

Ostematrix baik untuk elakkan kekejangan otot dan kaki



Apa kata Ibu-Ibu yang mengambil Pil Kalsium Ostematrix?








Ahamdulillah,kebanyakan ibu yang ambil ostematrix ni sangat seronok kerana masalah kaki kejang ini tiada lagi.


Bukan setakat hilangkan kejang,malah membantu melawaskan pembuangan,atasi sembelit dan hilangkan lenguh-lenguh badan sepanjang hamil dan menyusu.

Ibu-ibu hamil dan ibu menyusu saya recommend sangat ambil pil kalsium ni..Pil kalsium Ostematrix ni dah lengkap dengan magnesium dan vitamin D yang membantu penyerapan dengan lebih baik.,

Harga 1 botol pil kalsium ini hanyalah RM61 (Tidak termasuk caj penghantaran). Sekiranya anda membuat pembelian pada bulan ini lebih jimat kerana ada promosi sekarang ini sehingga 31 ogos ini.

Beli 6 percuma 1 @ beli 2 diskaun 5%

Memang jimat dan menguntungkan.


Jom hubungi saya segera untuk dapatkannya.









Aug 16, 2016

Cara Didikan Che & Abi yang Menjadikan Kami 8 beradik Orang yang 'Berisi'

Assalamualaikum..petang ni nak share sebuah kisah menarik. Boleh dijadikan contoh oleh kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak zaman sekarang.

Anak muda hebat yang berjuang di Bumi Syria. Jom sama-sama baca kisah menarik ini


===================================================================

Ramai yang bertanya apa yang ibu bapa kami lakukan sehingga kami boleh lakukan kerja gila seperti hari ini.
Abang aku menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang berada di Gaza. Palestin. Beliau membuka NGO bernama From Gaza With Love untuk membantu rakyat di sana. Bayangkan, Palestin yang negaranya begitu dan abang aku tinggal seorang diri di sana.
Dan untuk yang terkini, beliau membuat satu lagi keputusan yang lebih gila apabila mengahwini seorang janda Palestin beranak lima ketika lelaki seusianya mengimpikan anak dara cantik jelita.
Aku membuka sebuah NGO bernama Tangisan Syria Di Bumi Jordan untuk membantu pelarian Syria yang berhijrah ke Jordan. Dan untuk yang terkini kami sudah mempunyai sebuah sekolah yang menempatkan hampir 120 orang kanak-kanak pelarian.
Kami menjaga 7-8 buah kem yang menempatkan hampir 300 buah keluarga. Dan kami sudah mengagihkan mungkin lebih sejuta ringgit sumbangan orang ramai sejak ditubuhkan pada 2013.
Tidak. Ini bukan post untuk berbangga diri. Post ini hanya sekadar untuk berkongsi. Terutama kepada ibu yang sedang membesarkan anak atau remaja yang bakal berumah tangga.
Ada yang bertanya kalau-kalau Abi (panggilan kami kepada ayah) atau Che (panggilan kami kepada ibu) ada memberi kami 8 beradik sebarang vitamin semasa kami kecil.
Seingat aku, Che dan Abi tidak pernah memberi sebarang vitamin. Masa bayi atau sebelum tadika, aku tidak pasti.
Tetapi ada beberapa perkara yang Che dan Abi gariskan semasa kami kecil sehingga kami menjadi seperti yang hari ini.
1. Solat adalah perkara yang paling dititikberatkan. Abi pernah sekali memotong wayar tv apabila kami lewat solat maghrib kerana menonton kartun Doraemon. Ya, Abi juga yang membaikinya, tetapi kami tidak lagi menonton tv pada waktu maghrib sejak peristiwa itu.
Che tidak pernah bosan bertanyakan kami tentang solat sebanyak lima kali sehari.
2. Waktu menonton televisyen adalah terhad. Tv hanya boleh ditonton apabila sudah solat dan kerja sekolah sudah disiapkan. Biasanya kami boleh menonton tv selama sejam atau sejam setengah sehari.
Astro dipasang di rumah kami agak lewat. Apapun, kami lebih enjoy menonton beramai-ramai cerita P. Ramlee misalnya.
Oh ya. Tv diletakkan di dalam bilik Che dan Abi. Jadi yang tidak selesai kerjanya tidak boleh masuk semasa orang lain menonton. Tidak ada juga yang berpeluang curi-curi menonton tv pada waktu tengah malam.
3. Begitu juga komputer. Kami dibenarkan bermain komputer apabila semua kerja sudah beres. Satu kertas jadual masa untuk kami bermain komputer akan dibuat.
Setiap orang yang ingin bermula bermain komputer perlu menulis jam berapa dia mula, dan apabila selesai sejam, kertas akan ditanda menandakan masa untuk hari itu sudah habis.
4. Kami tidak pernah merasa membeli komik seperti Kreko, Doraemon atau apa sahaja. Kalau Abi terjumpa komik tersebut di mana-mana, ianya akan dibuang serta-merta.
Ps 1? Ps 2? Ps 3? Psp. Hanya berjumpa di dalam mimpi. Sedangkan tv pun kadang-kadang perlu dipegang aerialnya untuk mendapat siaran yang elok ketika Astro masih belum dipasang.
Che dan Abi juga cukup tidak suka kalau kami ke rumah kawan untuk bermain permainan di atas.
5. Kami tidak diberi telefon bimbit sehinggalah masuk ke sekolah menengah. Itupun telefon turun temurun daripada generasi sebelah atas.
Telefon yang diberi biasanya kerana kami tinggal di asrama. Untuk mudah kami menghubungi Che dan Abi di rumah.
Bukan telefon mahal. Tetapi yang tidak ada warna, jauh sekali boleh main internet.
Oh ya. Salah seorang daripada kami tidak pernah mati kerana tidak mempunya telefon bimbit.
6. Hubungan sesama adik beradik sangat dijaga. Yang bergaduh akan cepat disuruh berpeluk dan bermaafan.
Biasanya kami akan tergelak apabila disuruh memeluk begitu. Acah-acah gelilah katakan.
Panggilan abang atau kakak kepada adik beradik yang lebih tua adalah wajib. Kalau hanya panggil nama, anda tidak akan dilayan.
Malah dari dulu sehingga sekarang, kami 8 beradik tidak pernah menggunakan kata ganti nama 'aku, kau' sesama kami.
7. Kami bebas bermain di luar bermula selepas waktu asar. Dan kami wajib berada di rumah sebelum jam 7.00 malam. Cubalah balik pada jam 7.01 malam. Biasanya Che atau Abi akan menunggu di depan pintu dengan rotan.
Atau lebih teruk. Kami akan duduk di luar sampailah dibenarkan masuk. Biasanya selepas isyak. Oh ya, esoknya kami akan grounded.
Grounded atau denda tidak boleh keluar rumah sehingga dimaklumkan adalah perkataan paling ngeri yang keluar dari mulut Che suatu tika dahulu. Sesiapa yang grounded hanya mampu melihat adik beradik yang lain keluar bermain dari celahan pagar.
Takut akan grounded juga menyebabkan kami banyak berhati-hati untuk tidak membuat silap di dalam kehidupan seharian.
8. Sebelum keluar rumah, kami wajib minta izin terlebih dahulu. Tidak kira untuk ke mana-mana sahaja.
Kami akan ditanya ke mana kami pergi. Dengan siapa kami pergi, apa yang akan dilakukan di sana dan bila akan balik.
Jadi Che dan Abi tahu dengan siapa kami berkawan.
Terbiasa meminta izin sebelum keluar ini kekal sehingga sekarang.
9. Sesiapa sahaja wajib ikut apabila Che dan Abi pulang ke kampung atau ke rumah saudara mara yang lain. Wajib.
Tidak kira sama ada balik raya, atau sekadar open house. Hasilnya, kami adik beradik mengenali dengan baik hampir kesemua waris, baik di sebelah Abi atau sebelah Che.
Nak duduk di rumah juga? Silakan. Tetapi kad astro akan dibawa atau disorok.
10. Kami diajar untuk memberi sejak dari kecil. Abi tidak pernah lupa memberi aku seringgit dua pada setiap hari jumaat untuk dimasukkan ke dalam tabung.
Che dan Abi tidak pernah gagal untuk memberi kami syiling di pasar malam untuk diberi kepada peminta sedekah.
Malah kucing yang datang ke meja makan kami sekeluarga biasanya akan mendapat rezeki.
Kucing hanya akan dihalau jika kedua kakinya sudah naik ke atas kerusi kakak sulung yang takut akan makhluk tersebut.
11. Kami diajar untuk menghormati sesiapa sahaja. Kami diajar untuk berterima kasih kepada pakcik-pakcik yang bekerja mengutip sampah. Menutup hidung apabila nampak mereka adalah sangat tidak sopan.
Penjual karpet atau makcik jual keropok tidak pernah dihalau. Malah sesiapa sahaja yang datang mengetuk pintu rumah biasanya akan disediakan air selepas seharian mereka berpanas mencari rezeki. Tidak kira sama ada yang datang adalah pemotong rumput atau kanak-kanak yang bekerja meletakkan kertas iklan di rumah-rumah.
Cuma sekarang perlu lebih berhati-hati akibat manusia semakin ramai yang berpura-pura.
12. Abi dan Che sangat menjaga hati jiran. Ada sahaja lauk yang dibungkus oleh Che dan kami akan bergilir mengetuk pintu memberi kepada jiran-jiran.
Biasanya juga, akan ada orang yang datang ke rumah kami mengadu masalah. Kami akan curi-curi dengar dari sebelah dalam. Che dan Abi akan cuba juga untuk membantu semampu mungkin.
13. Abi tidak mengajar kami hidup mewah walaupun Abi boleh dikatakan bergaji besar. Abi boleh sahaja memilih untuk bertukar-tukar kereta mewah, atau membeli rumah idaman beliau. Tetapi Abi lebih suka menggunakan Satria atau Mercedes lamanya untuk membawa kami berjalan-jalan. Dan kadangkala kami sepuluh beranak bergerak menaiki dua kereta kerana tidak muat.
Masa Abi juga banyak dihabiskan dengan anak-anak walaupun Abi sibuk. Jarang atau rasanya tidak pernah Abi keluar melepak di kedai mamak sehingga lewat malam. Selepas solat biasanya kami sekeluarga akan bersembang. Juga semasa makan. Bahkan jika keluar makan di luar juga, kami banyak berkomunikasi.
Aku tahu, ini mungkin hanya 10% peratus daripada keseluruhan yang Che dan Abi terapkan kepada kami. Tetapi ini adalah antara yang aku ingat. Dan aku akan cuba untuk terus berkongsi, insya Allah.
Aku tidak tahu sama ada ianya masih relevan untuk generasi hari ini, tetapi apa yang pasti, inilah didikan yang menjadikan kami 8 beradik menjadi manusia berisi.
Didikan luar biasa akan menghasilkan generasi yang luar biasa. Dan begitulah juga sebaliknya.
16 Ogos 2016.
FB Musa Nuwayri
Penulis Buku Lelaki Terakhir Menangis di Bumi

Aug 15, 2016

Cara Merawat Impetigo Supaya Tidak Merebak Lebih Teruk

Impetigo adalah sejenis jangkitan kulit yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia adalah di sebabkan oleh serangan bakteria yang memasuki luka pada bahagian kulit terdedah dan menyebabkan lepuhan lebih besar berlaku. 





Ia boleh terjadi di bahagian mulut,hidung,muka dan seluruh badan kanak-kanak.

Impetigo boleh berjangkit dan merebak melalui sentuhan. Ia biasanya tidak serius dan boleh sembuh dalam masa 2-3 minggu. Namun sekiranya ia berlaku, jangan sesekali bawa anak ke tempat terbuka, ke taska atau tadika.


Jenis Jangkitan Kulit  Impetigo

  • Impetigo Bullous
Impetigo Bullous ialah lepuh besar yang berisi cecair tetapi tidak menyebabkan rasa sakit.
  • Impetigo Bukan Bullous
Impetigo bukan bullous adalah bentuk yang lebih mudah berjangkit kerana lepuh atau kudis yang pecah serta kerak kuning-coklat.


Tanda-tanda mengalami Impetigo

Pada awalnya, kulit menjadi merah dan lepuhan kecil akan muncul. Lepuhan tersebut akan pecah dan mengeluarkan cecair kuning. Kulit bahagian bawah akan menjadi warna merah. Lepuhan akan menjadi kering, gatal dan berkeruping warna coklat.


Punca Berlakunya Impetigo

Punca utama Impetigo ialah disebabkan bakteria Staphylococcus aureus atau Streptococcus. Bakteria ini tersembunyi dan mudah untuk menjangkiti kanak-kanak yang mengalami luka terbuka. Jika memang ada masalah kulit seperti ekzema, gigitan serangga atau kulat membuatkan mereka lebih terdedah untuk mendapat jangkitan Impetigo.

Bagaimana Mengelakkan Serangan Impetigo & Mengawalnya Merebak


  • Elakkan anak yang di jangkiti Impetigo untuk bermain atau bergaul dengan kanak-kanak lain. Asingkan mereka semasa makan,bermain dan tidur.
  • Bagi anak yang mengalami Impetigo, jangan biarkan dirinya menggaru kawasan yang terluka yang boleh menyebabkan luka semakin besar dan merebak kawasan lain
  • Jaga kebersihan diri,tempat tinggal dan persekitaran
  • JANGAN berkongsi barang-barang seperti tuala,barang permainan,baju,seluar dan alatan peribadi yang lain
  • Asingkan baju,selimut dan cuci secara berasingan dengan pakaian lain

Apa yang perlu di lakukan sekiranya anak anda mengalami Impetigo?

Sekiranya mempunyai tanda-tanda seperti di atas, bawa segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan, Jika lambat akan menyebabkan serangan semakin teruk dan mudah merebak.

Kebiasaan doktor akan berikan antibiotik bersesuaian. Habiskan antibiotik yang diberikan ya. Untuk tingkatkan sistem imun badan, boleh berikan juga Nutriferon, Immune booster yang amat baik untuk tingkatkan sistem pertahanan badan ni.




Nutriferon bantu melindungi diri daripada serangan bakteria dan menguatkan sistem imun badan.

Selain itu, basuh pakaian, permainan anak-anak selalu dengan pencuci serbaguna Basic H. Basic H ni adalah pencuci bebas bahan kimia berbahaya. Tiada Toksik! jadi sangat sesuai bagi kediaman yang ada bayi,kanak-kanak. Boleh di gunakan juga untuk mencuci kediaman rumah.

Pencuci organik, tidak bertoksik. Sebotol rm47.  Tahan berbulan-bulan


Pastikan juga sapu krim pada tempat luka yang kering. Krim antibiotik Herbal Blend ni sangat sesuai di gunakan kerana ia tiada toxic, free paraben dan natural. Dah ramai sangat ibu-ibu gunakan krim ni untuk anak-anak luka, gatal-gatal dan masalah luka kecil.

Hanya RM37.50 satu tiub. ( tidak termasuk kos penghantaran)


Jaga kesihatan diri anak-anak selalu. Bagi yang tinggal di taska, mungkin cepat merebak penyakit-penyakit berjangkit seperti ni. Jadi sangat penting untuk ibu tingkatkan sistem imun badan anak-anak. Vitamin C, Nutriferon antara suplemen terbaik yang boleh ibu berikan untuk anak-anak setiap hari.






Sekiranya ibu-ibu berminat dan berhajat untuk dapatkan krim herbal blend, Pencuci Basic H dan suplemen-suplemen di atas bolehla hubungi saya seperti berikut:






Aug 10, 2016

Resepi Popia Suka Hati



Petang- petang selalu laparkan..

Haa hari ni Jom try popia suka hati ni.

Hehe apesal nama popia suka hati?  Sebab kita suka main campak-campak je bahan ape yang ada..

Godek-godek dalam peti ais jumpa crabstick,fish cake..haa dah cukup untuk buat inti.

Resepi popia suka hati:

3 biji kentang,hiris halus dan goreng
2 ulas bawang putih,cincang halus.
1 ulas bawang besar,hiris halus
2 batang crabstick hiris
2 batang fish cake
Sedikit taugeh
Sedikit daun sup
Sedikit habbatus sauda / jintan Hiram
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Goreng dahulu kentang sehingga kekuningan kemudian baru masuk bawang,crab stick dan fishcake.

Campur je bahan-bahan lain macam masak sayur campur.

Saya suka masukkan sedikit habbatus sauda ni sebab rasa herba-herba sikit.




Anak-anak suka sangat popia versi ni..memang licin la kalau goreng ni..sekejap je budak-budak ni ngap.

Boleh cicah dengan sos cili Thai atau sedikit mayones..memang ummphh..

Boleh tukar-tukar pakai ayam,udang jugak..buat banyak sikit bumbu dia ni so bolehla buat frozen..

Esok lapar-lapar boleh goreng je.

senangkan?

Selamat mencuba:-)