Oct 7, 2015

5 Cara Atasi Kulit Berminyak

Semua orang memandang pada diri Husna.."Apa tak kena sebenarnya pada wajahku ya?" Cepat-cepat dia ke toilet untuk melihat apa yang tidak kena..

Owh,wajahnya berkilat dan berminyak umpama boleh menggoreng ikan..Malunya..rasa rendah diri dan tidak yakin terus menerpa..apa perlu buat ni??
Sebenarnya semua orang mempunyai kulit berminyak cuma yang membezakannya adalah sedikit atau banyak.

Kulit kita sebenarnya menghasilkan minyak yang bertindak sebagai pelindung kulit daripada pencemaran dan debu. Bahaya luar ni boleh menerobos masuk ke dalam pori-pori kulit yang boleh menyebabkan punca pertumbuhan jerawat.





Apakah Punca Wajah Berminyak?


1) makanan berlemak

Makanan yang mengandungi lemak jika di ambil secara berlebihan menyebabkan berlaku penimbunan lemak di bawah kulit.

Lemak di bawah kulit merangsang lebihan minyak sehingga menyebabkan kulit berminyak

2) Hormon tidak seimbang

Perubahan hormon dalam badan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan di bawah kulit. Wanita kebiasaan mengalami perubahan hormon ketika menstruasi,hamil dan menopaus.

3) salah pilih kosmetik

Pemilihan kosmetik yang betul sangat penting bagi mengelakkan masalah kulit.Jika tersalah menggunakan alat kosmetik kulit wajah cepat berminyak,iritasi dan kulit menjadi sensitif

4) Genetik

Cuba perhatikan wajah kedua ibu bapa dan adik-beradik yang lain.Jika kebanyakan memiliki wajah berminyak bermakna faktor keturunan.Faktor ini tidak boleh dicegah tetapi boleh diatasi.

5) stres

Sebagai tindakbalas terhadap stress,tubuh menghasilkan minyak berlebihan dan membuat wajah nampak berkilat


5 Cara Atasi kulit Berminyak


Cara berikut mungkin boleh mengatasi pengeluaran minyak berlebihan di wajah.

1) Mencuci muka

Kebersihan muka sangat penting. Cuci muka dengan pembersih yang bersesuaian dengan kulit. Cukup membersih 2 kali sehari sahaja bagi mengelak minyak yang berlebihan. Jika kerap membersih wajah,ia akan mengikis lapisan kulit dan ia juga membahayakan kulit bagi yang kerap terdedah kepada cahaya matahari.


2) Air suam dan garam

Celup tuala muka yang bersih ke dalam air suam yang di campur dengan sedikit garam.Tekap sceara perlahan-lahan ke kulit awajah sehingga tuala sejuk. Air suam membantu membuka pori wajah dan garam berfungsi mengangkat segala kotoran pada wajah.


3) Putih Telur

Pukul sebiji putih telur dan sapu pada seluruh wajah sebagai masker. Bilas dengan air suam


4) Lemon

Lemon sangat bagus untuk membantu kulit lebih cerag dan menyingkirkan bekas jerawat. Caranya perah air lemon kemudian tambah sedikit madu dan tekap di wajah.

Minum air lemon suam yang ditambah madu juga membantu membersihkan kulit daripada dalam.


5) Minum Air Kosong 

Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari, Minum air kosong dengan banyak boleh menjaga metabolisma tubuh. Tubuh yang mengandungi banyak air membantu kulit lebih lembap dan menghalang penghasilan minyak berlebihan



Ketahui Rahsia Kulit Cantik Berseri Bebas daripada Masalah Jerawat dan Jeragat

Jom tengok video dibawah.. rahsia Cik Farizan dapat kulit yang cantik,bebas masalah jerawat selepas 7 tahun menderita masalah kulit




Cara Atasi Masalah Kulit Berjerawat dengan Cepat


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan suplemen set kecantikan atau set kulit berminyak/berjerawat boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Setiap pembelian akan disertakan konsultasi panduan cara makan.













Oct 6, 2015

10 Cara Mudah untuk Hilangkan Stress

Stress berlarutan disebabkan masalah pekerjaan,percintaan atau masalah keluarga boleh mengundang masalah kesihatan.Ada sesetengah orang suka menghabiskan masa dengan bercuti di tempat menarik atau menghabiskan masa di spa untuk tenangkan fikiran.Namun ada cara mudah dan murah yang juga membantu menghilangkan stress anda.






1) Hirup Udara Segar

  • Keluarlah pada waktu pagi untuk mendapatkan udara segar.Ini kerana pengeluaran vitamin D dalam badan oleh sinaran matahari pagi boleh meningkatkan hormon serotonin(bahagia). Menikmati pemandangan dengan aroma segar waktu pagi dapat mengalihkan daripada pemikiran yang serabut

2) Letak Tanaman Hijau 
  • Jika anda tinggal di kawasan bandar yang sibuk,anda boleh meletakkan beberapa tanaman hijau. Kajian yang di jalankan oleh Washington state University,meletakkan tanaman berdekatan dengan meja kerja akan menurunkan tekanan darah dan stress berkurangan.

3) Nyalakan Lilin

  • Menyalakan lilin dan amati kerlipan lilin yang indah.Suara alam dan cahaya lilin yang redup boleh membuatkan anda kembali tenang.

4) Bayangkan Tempat yang Tenang

  • Bayangkan tempat yang membuatkan anda merasa tenang seperti berada di tepi pantai,melihat pemandangan laut atau melihat beraneka warna bunga yang cantik.Tutupkan mata,fokus dan bayangkan tempat tersebut.Lakukan beberapa minit setiap hari
  • Penelitian dari University of California,Los Angeles menunjukkan bahawa badan akan mengeluarkan hormon kortisol(stres) ketika otak anda membayangkan tempat yang indah dan menenangkan.

5) Membaca & Rujukan Inspirasi

  • Ketika tenaga anda berkurangan dan tidak bersemangat,capailah buku yang di minati,buku motivasi dan lain-lain.

6) Tidur Siang

  • Ini mungkin sedikit sukar bagi yang bekerja makan gaji.Namun jika perlu,memadai anda menyandar kepala di kerusi sambil menutup mata beberapa minit untuk mengembalikan tenaga anda.

7) Pelihara 'Si Comel'

  • Tahukah anda memelihara binatang dengan memegang dan membelainya dapat menenangkan hati yang rungsing. Binatang peliharaan seperti burung,arnab,kucing atau ikan mampu mengurangkan stress anda.

Melihat ikan berenang dalam akuarium juga boleh menghilangkan stress


8) Senaman

  • Senaman amat baik untuk meningkatkan pengeluaran hormon endorphin (perasaan lebih baik). Ia juga membantu mengatur ritma tidur,meningkatkan tenaga,tenang dan lebih fokus. Pilihlah senaman yang anda sukai dan lakukan ketika waktu lapang


9) Ekspresi Rasa Syukur

  • Seseorang yang tidak segan untuk melafazkan rasa syukur dan terima kasih akan membantu meningkatkan hypothalamus(bahagian dari otak yang memainkan peranan besar dalam mempengaruhi tingkat stres)
  • Anda boleh mengungkapkan dan menulis kata-kata positif pada nota kecil atau mengucapkan terima kasih kepada teman atau keluarga


10) Membaca Al-Quran

  • Ini adalah terapi terbaik bagi umat Islam. Membaca al-quran ketika stress membantu menghilangkan masalah yang di hadapi dan ia adalah terapi paling mujarab bagi muslim. Juga anda boleh tambahkan dengan memperbanyakkan zikir dan selawat.



Sumber:majalah rapi







Oct 4, 2015

Khasiat dan Kebaikan Air Nabeez (air rendaman kurma/kismis)

Musim-musim jerebu ni sangat bagus kita ambil air rendam (infused water) untuk mengelakkan dehidrasi dan membekalkan tenaga.

Salah satu air rendaman yang bagus untuk kesihatan dan di amalkan oleh Nabi adalah air rendaman kurma(air Nabeez)




Apa itu Air Nabeez?

Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginyer.
Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah lembik tu, nabi telan sekali.
Talk about infused water. Org barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lama dah.

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-

1. pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah

Khasiat air nabeez

Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.
Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.
Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.

Cara membuat air nabeez

Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.
Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.
Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.
Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranyer ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.
Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.

Pantang larang dalam membuat air nabeez

Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.
Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.
Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.
Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez nie dibuat fresh daily.
Air nabeez nie nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.
Jom sama-sama kita amalkan untuk kesihatan yang baik

Source: FB Resepi Shiela Rusly

Oct 3, 2015

Resepi Homemade aiskrim Oreo Coklat Chips Yang Sedap

Gara-gara teringin sangat nak makan aiskrim oreo..umie pun rajinlah cuba buat aiskrim oreo ni..
Tengok bahan-bahan pun simple je..godek-godek cari dalam mr google jumpala resepi aiskrim sedap..serius sangat sedap..kalah aiskrim kat mcd tu..haha..zaman dulu² ja beli oreo mcd ni..lani dah boikot mcd..so kita buat sendiri lagi senang..



Resepi Homemade aiskrim Oreo Choc Chips

Bahan A: 
- 1 1/2 gelas susu cair (saya guna susu dugro asli 4 sudu besar bancuh dalam 1 1/2 gelas air) 
- 1/2 tin susu pekat (saya pakai 3 sudu tak silap..tak suka manis) 
- 1 sudu besar ovalette 
- 1 sudu teh esen vanilla 

Bahan B: 
- 1 paket oreo 


Caranya: 
- Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu
- Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. Ketuk pakai lesung batu pun boleh tapi tak perlu hancurkan sangat sampai lumat ye
- Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati 
- Serbuk2 oreo yang ada, taburkan atas ais krim bersama choc chips
- Masukkan ke dalam freezer sampa beku 
- Siap! 

Fullamak..memang tak cukupla 2 bekas ni..almaklum semua peminat aiskrim kat rumah ni..dari bapak budak.mak budak sampailah cik hannah dah nak masuk 2 tahun ni..hihi..

Harini plan nak buat double resepi ni..makan bagi puah...kata org ganu...hihi..

selamat mencuba..








Oct 2, 2015

Clearance Sale Vitamin E Complex: Siapa Cepat Dia Dapat

Nak akhir-akhir tahun ni macam biasa banyaklah jualan sale kat pasaraya besar..macam-macam promosi ada:-)

Dan julung-julung kalinya juga syarikat shaklee membuat clearance sale untuk suplemen Vita-E Complex pada bulan oktober ini.



Promosi beli 2 diskaun 50 % atau promosi  beli 1 percuma 1 ni memang anda tak boleh tolak tau!! Sangat-sangat menguntungkan dan menjimatkan poket anda..

Harga 1 botol vitamin E hanya RM157.95 (belum termasuk postage)  kini anda boleh dapat untuk 2 botol..jadi ini lah masa terbaik untuk anda grab tau..



Kebaikan Vitamin E:

💖 Tinggi antioksidan untuk elakkan risiko mendapat kanser.
💖 Melambatkan proses penuaan. Menjadikn diri awet muda.
💖 Melicinkan kulit dan menghilangkn parut.
💖 Melembapkan kulit yang kering.
💖 Mengelakkan terjadinya jeragat n memudarkan jeragat yg sedia ada.
💖 Menjadikan rambut cantik,sihat dan lebat.
💖 Meningkatkan kesuburan lelaki dgn meningkatkan fungsi sperma.
💖 Menggalakkan hubungan seksual. Dikenali sebagai vitamin cinta.

Siapakah yang memerlukan Vitamin E?

# Anda yang BERJERAWAT
# Anda yang BERPARUT
# Anda yang MUKA BERMINYAK
# Anda yang MUKA MULA BEKEDUT-
# Anda yang berkerja DI BAWAH CAHAYA MATAHARI
# Anda yang SAYANGKAN JANTUNG serta KELUARGA ANDA
# Anda yang ADA MASALAH KESUBURAN
# Anda yang DINGIN DENGAN PASANGAN 
# Anda yang mempunyai masalah cyst/kanser
# Anda yang mempunyai penyakit Alzhaimer

Kenapa anda perlu pilih vitamin E Complex?

Vitamin E Shaklee telah diperbaharui dengan formulasi yang baru. 

Apa yang terkandung dalam Vita-E Shaklee?
  1. Minyak kacang soya
  2. Minyak biji gandum( yang kaya dengan Vitamin E)
  3. 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
  4. Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi untuk membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih baik.
  5. Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yang kaya dengan antioksidan.



Vitamin E juga membantu mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan para suami..

Ketahui bagaimana Vitamin E membantu suami/ayah/abang atau adik anda?



Jom jangan tunggu lama-lama..promosi ni selagi masih ada stock!!jika stock dah habis,promosi ni pun tamat..jangan menggigit jari pulak nanti menyesal lambat order!!




Beli 1 vitamin E percuma 1 

Untuk tempahan boleh hubungi saya segera seperti berikut:



SUHAILA JOHAR
ID Shaklee 889806
SMS/WHATSAPP 016 358 9018
PM FB PAGE : Impianz Shoppe
FB PAGE: Suhaila Johar
COD area : Bandar Baru Bangi,Sg Chua,Jalan Reko,Pekan Kajang
UKM/UPM/UNITEN
Poslaju/GDEX seluruh Malaysia

Oct 1, 2015

Promosi Ektravaganza Oktober Membantu Anda Lebih Jimat

Assalamualaikum..salam 1 oktober semua..Masa berlalu pantas meninggalkan kita semua..semoga kita manfaatkan masa sebaik-baiknya.

Seperti biasa di awal bulan saya akan kongsikan promosi bulanan yang telah di tetapkan oleh pihak Shaklee..Bulan Oktober ni nampaknya lebih extravaganza..lebih banyak promosi dan sangat jimat nampaknya



1) Promosi Omegaguard : Beli 6 dapat Percuma 1 @ Beli 2 dapat diskaun 5%


Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurnapenyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. 

Anda nak tahu details mengenai omegaguard?


Omegaguard ni sahabat sejati saya sejak serangan penyakit asma selepas kelahiran anak kedua...Alhamdulillah sejak konsisten amal makan omegaguard ni...serangan asma tiada lagi..Syukur sangat2..dulu-dulu masa tak kenal lagi omega ni duk bergantung pada Inhaler..pantang batuk selsema je mulalah asma menyerang..Kini alhamdulillah..antibodi dan paru-paru saya sangat kuat..Saya memang sarankan  anda atau anak-anak yang ada masalah asma,cubalah omega ni..memang tak rugi mencuba..Omegaguard adalah minyak ikan terbaik yang di ekstrak dari laut dalam..BEBAS kandungan pengawet,pewarna dan pemanis


Omegaguard sangat bagus untuk pesakit darah tinggi dan penghidap kolestrol tinggi


2)Promosi GLA COMPLEX : Beli 6 dapat Percuma 1 @ Beli 2 dapat diskaun 5%

Tidak asing lagi minyak EPO terbaik pilihan ramai iaitu GLA COMPLEX.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk kecantikan kulit






3) Promosi Vitamin E Complex : Clearance Sale - Beli 2 Vitamin E Diskaun 50%

Promosi ni julung-julung kalinya di adakan untuk peminat-peminat setia Vitamin cinta atau vitamin cantik,Vitamin E ni,,anda memang perlu grab secepat mungkin..siapa cepat dia dapat..

Memang untung sangat-sangatlah ni..Ibarat beli 1 percuma 1 la ni..


Harga untuk 2 botol Vitamin E ni adalah RM158 sahaja..Memang JIMAT banyak sangat tau!


Kebaikan vitamin E:
- membantu mencegah sebarang pertumbuhan abnormal sel spti kanser
- membantu pudarkan parut jerawat
- mningkatkan kesuburan
- memberi kesan awet muda (anti penuaan)
- melembabkan kulit
- dihasilkan daripada bahan semulajadi
- dilengkapi dgn selenium utk penyerapan optimum
- antioksidan terbaik
- vitamin cinta suami isteri
- bebas bahan pengawet,pewarna dan perisa


4) Promosi Vitalea For Children : Beli 3 Percuma 1

Vitalea for Children ni adalah multivitamin untuk kanak-kanak dan sangat sesuai untuk tumbesaran dan melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak.




Kaya dengan kandungan vitamin, BEBAS KAVITI dan sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar.



Sekiranya anda berminat untuk dapatkan mana-mana promosi hebat di atas bolehlah hubungi saya seperti berikut. Setiap pembelian akan di sertakan panduan pengambilan vitamin, dan Konsultasi berterusan di dalam group Whatsapp


Hubungi saya seperti berikut:

SUHAILA JOHAR
ID Shaklee 889806
SMS/WHATSAPP 016 358 9018
PM FB PAGE : Impianz Shoppe
FB PAGE: Suhaila Johar
COD area : Bandar Baru Bangi,Sg Chua,Jalan Reko,Pekan Kajang
UKM/UPM/UNITEN
Poslaju/GDEX seluruh Malaysia