Oct 12, 2014

Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House

Assalamualaikum..

Selamat pagi..

blogwalking dan join GA baru pagi ini..


Syaratnya cukup mudah..Klik kat banner atas untuk info lanjut ya



Oct 11, 2014

Menang Giveaway 2014 Mialiana.com

Alhamdulillah..

rezeki dapat menang Giveaway ni..ni kali ke 4 rasanya saya menang..

1st dari Dhiya GA
2nd dari segmen pencarian bloglist oktober 
3rd dari segmen  Kerana dirimu begitu berharga
4th dari segmen Miliana.com ni 

Nanti saya kumpul dan postkan semua hadiah kat sini..

Alhamdulillah menang 1 helai shawl..terima kasih kepada Miliana dan juga sponsor AinimRashihah



Wah tak sabar nak tunggu hadiah ni...hehe..

Alhamdulillah,,terima kasih kepada Mialiana,sponsor dan anda semua yang mendoakan..

Nanti rajin-rajin lagi blogwalking dan join GA ya:-)



Promosi Mealshake:manfaat dan kebaikan Mealshake

Assalamualaikum..

selamat berhujung minggu semua..


Mak-mak dah sibuk kat dapur ya? masak ape tengahari ni?


Ok,just nak habaq kat semua,bulan ni sebenarnya ada 2 promosi hebat dari Shaklee..



Promosi beli 6 ESP Free 1

Promosi beli 3 Mealshake Free 1

Ok cite pasal mealshake ni,sebenarnya shaklee ada buat kempen untuk sumbangan kepada rumah anak-anak kurang bernasib baik dengan kerjasama MyKasih Foundation.


Setiap pembelian mealshake ni,10% darinya akan di sumbang kepada 2000 rumah anak-anak pengasih ni selama setahun.





Mealshake ni adalah suatu hidangan lengkap yg mengandungi asid amino dan nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Mealshake diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Jika anak anda sering selsema atau demam,kurang selera makan,mengalami masalah sembelit dan juga asma,saya cadangkan anda berikan anak kesayangan anda melashake ni..




Boleh di bancuh bersama susu anak anda atau dalam air jus atau minuman kegemarannya..

Mealshake juga membekalkan nutrien dan multivitamin yang lengkap untuk tumbesaran kanak-kanak.





Siapa lagi boleh mengambil Mealshake?



  • Bayi (1 tahun ke atas)
  • Kanak-kanak Membesar
  • Pelajar
  • Ibu Mengandung
  • Ibu Menyusu
  • Pengamal Sayuran (Vegetarian)
  • Orang selalu demam dan selsema
  • Orang Yang Terlalu Sibuk Bekerja
  • Orang Yang Selalu Menganbil Makanan Segera
  • Orang Yang Ingin Menambah Berat Badan
  • Orang Yang sering lesu dan kurang selera makan

Dapatkan promosi hebat bulan ini..

Perisa vanilla yang enak..Anda atau anak pasti sukakannya..

hubungi saya untuk konsultasi,pertanyaan dan order mealshake..






Oct 10, 2014

Chewable Vita C untuk kanak-kanak dan seisi keluarga

Adakah anda pernah mengalami tanda-tanda berikut?


  • Lemah badan
  • Sakit-sakit dan sengal badan
  • Bengkak gusi
  • Hidung berdarah
  • Scurvy (pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).

Ia adalah petanda badan anda mengalami kekurangan vitamin C..Selain daripada pengambilan vitamin C dari buah-buahan dan pemakanan seharian,anda juga boleh menambah pengambilan vitamin C melalui supplemen vitamin C..

Pelbagai lambakan vitamin c kat pasaran dan farmasi..tapi hari ni saya nak share vitamin C berbentuk chew yang sangat istimewa! iaitu Chewable vita-c Plus


vitamin c shaklee


Keistimewaan Chewable Vita C Plus:


  • Membekalkan 100MG Vitamin C yang ditambah dengan rose hips dan bioflavonoids complex. Rose hips dan bioflavonoids ni membantu meningkatkan lagi fungsi vitamin c apabila masuk kedalam tubuh badan kita.
  • Boleh dikunyah dan SEDAP. Mempunyai rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren sangat ideal untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
  • Dengan mengunyah Vitamin C Chewable, air liur akan membantu dalam pemecahan Vitamin C, membuatkannya sedia untuk diserap apabila ia disalur ke usus kecil kita. 
  • Pengambilan beberakali sehari akan membantu memastikan penyerapan lebih efektif berbanding jika kita makan beberapa biji sekali gus.. Ingat Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Bagi anda yang tak suka mengambil vitamin C berbentuk pil,anda boleh mencuba vita c chewable Plus yang rasanya masam-masam oren.

Sangat sesuai untuk KANAK-KANAK yang tidak suka makan buah dan juga untuk meningkatkan antibodi mereka..


Kebaikan Vitamin C

Pelbagai kebaikan vitamin C untuk kesihatan badan kita 


  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapatmengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.



Diperkaya Dengan Bioflavonoids Dan Rose Hips

Badan kita mampu untuk melakukan banyak perkara tetapi badan tidak dapat menghasilkan dan menyimpan Vitamin C. Vitamin C Chewable Shaklee diperkayakan dengan Bioflavonoids dan Rose Hips untuk membantu meningkatkan lagi fungsi Vitamin C dan mengelakkan pengoksidaan Vitamin C dalam badan. 



Harganya sangatlah berpatutan..Serendah RM 37.50 sahaja 1 botol ( 90 biji)..Anda boleh berkongsi bersama anak-anak dan seisi keluarga..

Jom dapatkannya hari ini..Kunyah sahaja dan sangat enak:-)







Oct 9, 2014

Pemakanan yang boleh mengurangkan masalah gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Punca-punca gastrik:

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda:

1)Pisang

Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.

Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.

2)Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut.

Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.Bolehlah anda mencuba banana milk shakes untuk melegakan gastrik


3)Bunga cengkih


Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.

Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut.

Jika anda terkena serangan gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.


4)Halia

halia hilangkan atasi sakit perut gastrik

Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik

5) ESP 

ESP Shaklee bersifat alkali yang membantu mengurangkan asid dari gastrik.Ia juga membantu memberi tenaga dan mengurangkan rasa lapar.Elok di bancuh pada waktu awal pagi untuk menahan perut dari rasa lapar.


Boleh baca di sini bagaimana ESP boleh mengurangkan gastrik:


Jom dapatkan promosi hebat ESP bulan ini sahaja..


beli 6 ESP FREE 1
FREE MEMBERSHIP
BONUS/CASHBACK 




Hubungi saya untuk pesanan dan keterangan lanjut:


Oct 8, 2014

Perasmian Restoran Assam Jawa,Simpang Renggam

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

segala puji milik Allah..semua yang berlaku pada kita terjadi dengan izinNya..

Alhamdulillah pada 10 zulhijjah yang lepas,perasmian pembukaan restoren assam jawa telah di laksanakan di Simpang Renggam Johor.

Restoren ini adalah usaha bersama adik beradik suami..Alhamdulillah impian suami untuk buka restoren bersama  adik beradiknya  dah tercapai..Semoga Allah murahkan rezeki untuk kami..

Seronok tengok anak-anak 'JAWA' ni saling tolong-menolong..dari urusan kecil sehingga ke sebesar-besar perkara..Hasil usaha dan doa mak abah yang tak putus untuk kami jua..Syukur Alhamdulillah..

Semoga Allah murahkan rezeki kami hendaknya..

Di jemput semua yang berada di Simpang Renggam Johor terutamanya untuk singgah dan nikmati aneka masakan melayu johor..Bagi anda yang ingin ke sini,boleh exit ke tol simpang renggam dan menghala ke pekan simpang renggam..bangunan kami di sebelah kanan jalan utama.





Beberapa gambar yang sempat di ambil semasa program perasmian yang lepas..

Antara hidangan semasa majlis..


Daging Kambing masak kurma


Ubi rebus


Masak lemak sayur nangka


Kerabu pucuk ubi (yummy)










Insyaallah bakal beroperasi bermula 20 OKTOBER ini..

Jemput hadir ya anda semua jika berada di Johor :-)






Segmen Bloglist November 2014 By AdeLine


Jom join segmen baru untuk list November..

Syarat cukup mudah..

Klik pada image di atas untuk tahu syarat-syaratnya..

Selamat berkenalan dan blogwalking:-)