Pages - Menu

Sep 24, 2018

Sakit Pinggang Hilang, Pembuangan pun Lawas

ya Allah bang..kenapa sakit sangat pinggang ni? macam turun peranakan je?

Tah kenapa dan apa yang tak kena..mungkin terjatuh terduduk sebelum tu..tak sampai 2 jam kesannya pinggang belah kiri sakit ya amat..



Lepas solat isyak sambil bertelekung terbaring..tak pernah kena macam ni..

Terus ambil krim panas Mustajab warna merah tu..sapu-sapu..hangat panas tu rasa bestla sikit..

tapi masih rasa sakit ya amat..

Perlahan-lahan sengkak sendiri..teringat kak ipar , bidan bersalin buat sengkak bila urut lepas bersalin..best ni kalau dapat berurut.

Lepas tu terus teringat pil kalsium Ostematrix pun boleh bantu hilangkan sakit pinggang, kebas-kebas dan lenguh.

terus telan 3 biji malam tu dan tertidur bertelekung sampai pukul 2 pagi..

Alhamdulillah, bangun pagi tadi terasa dah hilang sakit pinggang..risau jugak sakit lagi so malam ni teruskan makan Ostematrix rutin seperti biasa.

Kenali Ostematrix

Ostematrix ni adalah pil kalsium yang bukan sahaja ada kandungan kalsium malah lengkap dengan magnesium, vitamin D serta zat mineral lain

Kandungan Ostematrix


Tiada pemanis, pengawet atau pewarna.

Tiada bau busuk ubat. Sangat mudah untuk di telan.

Saya dah mula berkenalan dengan Ostematrix sejak 5 tahun lepas ketika hamil adik Hannah. Pil kalsium ni juga suplemen saya bawak ke wad bersalin dan telan terus lepas tu sebelum tidur. Hasilnya bangun pagi saya tak de sembelit langsung dan lawas pembuangan tanpa rasa takut-takut selepas sehari bersalin. Rasa wooww sangat sebab pengalaman bersalin sebelum2 tu memang ada masalah sembelit dan sampai rasa fobia nak membuang air besar

Pil kalsium ni juga penyelamat ketika tangan saya kebas-kebas masa preggy adik Hannah. Kata doc, kurang kalsium walau saya dah makan pil kalsium doc bagi ketika tu.. So saya add on dengan Ostematrix dan B Complex..alhamdulillah, masalah kebas beransur pulih dan hilang.


Pil kalsium ni juga bantu hilangkan lenguh-lenguh badan selepas travel. Kalau balik kampung atau perjalanan jauh bercuti, memang saya bawa botol Ostematrix ni..Kebiasaan kalau lesu sangat badan, rasa lenguh sampai rasa tak larat nak buat kerja apa pun, telan Ostematrix ni 3 atau 4 biji dan insyaallah tak sampai sejam badan rasa fresh balik dan lepas tu boleh buat kerja seperti biasa ( memasak, mengemas dll)


Pil kalsium ni juga bantu atasi kejang kaki selepas berjam-jam travel balik kampung dan masa preggy dulu memang jarang sangat kena kejang kaki tengah-tengah malam berbanding sebelum kenal pil kalsium ni.

Sebab tu bila datang promosi Ostematrix ni memang saya takkan miss beli. 

Alhamdulillah, semua dengan izinNya.

jika adik,kakak, ibu ada masalah sama seperti yang pernah saya alami..Amalkan Ostematrix, Insyaallah sangat-sangat membantu..Lagi-lagi ibu hamil dan ibu menyusu, saya faham sangat masalah yang sering di hadapi..Sakit pinggang, sembelit, kejang kaki, kebas tangan, penat badan dll tu memang sangatlah sinonim dengan ibu-ibu.











Harga sebotol Ostematrix ni mampu milik. 1 botol ada 120 biji dan berharga RM61.25 ( exlcude postage)

saya sangat sarankan ibu, ayah dan seisi keluarga lah ..kalau ada mak ayah atau atuk nenek pun boleh ambil.


Promosi bulan ini boleh dapatkan 3 botol diskaun 5%

Berminat untuk dapatkan pil kalsium Ostematrix ini boleh hubungi saya di 016 358 9018 atau boleh klik di sini * whatsapp 016 358 9018


Sep 19, 2018

Pentingnya Ibu Hamil ambil Makanan Berkhasiat dan Suplemen

Moment best time preggy adalah?
.
Haa cer share sikit apa pengalaman dan moment best ibu-ibu? ๐Ÿ˜€

Ada orang dia seronok time preggy ni boleh makan sepuasnya.. Tapi takut jugak asyik makan je, berat badan naik mendadak,  nanti  nurse marah๐Ÿ˜‚ tak pasal minum air gula pulak
.
.
Ada juga kata best sebab tak yah buat kerja-kerja rumah.. Relaks sikit . Haha,  kalau ada pembantu okla kannn,  kalau anak berderet dah ada,  che abam pun asyik balik keje malam,  haa camno tu?  Takkan nak tunggu dan lihat ja๐Ÿ˜‚
.
.
Bestnya time preggy boleh doa banyak-banyak sebab dah tak de cuti bulanan!  Yes,  yang ni memang betul.. Time puasa syok sebab dah puasa penuh
.
.
Moment best semestinya bila dapat rasa gerakan baby seawal 16 minggu.. Rasa macam mimpi,  ajaib semua ada kaaannn
.
.
Yang penting ibu jangan skip pengambilan makanan berkhasiat..makan ikan,  makan sayur,  makan buah..

Dan add on juga dengan suplemen seperti set hamil ni.


Set hamil lengkap untuk kesihatan ibu dan janin


Penting tau asid folic,  omega3,  multivitamin,  vitamin c,  protein dan kalsium.. Semua ni penting untuk pastikan ibu dan bayi dalam kandungan sihat
.
.
Semalam terbaca ada sorang nurse bising kat grup ibu2 hamil menyusu sebab ramai patient yang  tak makan vitamin di bagi..

Alasan sebab takleh telan, nak muntah dll.. Haa jangan camtu tau adik kakak..

Kesian kat baby.. Jangan bagi risiko pada si kecil . Masalah jantung,  kepala tanpa tempurung,  tiada tulang belakang dan pelbagai masalah kritikal boleh terjadi. Kesihatan dirinya tanggungjawab dan amanah ibu sejak  dari kandungan lagi.


Cadangan Vitamin Shaklee bg Ibu Hamil 

1. VITALEA (Multivitamin) – multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA. Membekalkan segala vitamin dan mineral penting utk ibu dan bayi, kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.

2. B COMPLEX – lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid, Mengurangkan rasa loya dan mengurangkan stress dan mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.

3. VITAMIN C – Membina antibodi badan dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel tubuh yg baru dan juga penting untuk gusi dan gigi yang sihat

4. OSTEMATRIX – kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Menyokong pertumbuhan tulang bayi dan Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

5. OMEGA GUARD – sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen yang Kaya dgn EPA dan DHA. Ia baik untuk perkembangan retina mata bayi (Trimester 2), Baik utk perkembangan otak bayi (Trimester 3) dan bagi ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

6. ENERGISING SOY PROTEIN (ESP) – Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus. Membantu membekalkan tenaga segera kpd ibu untuk melakukan aktiviti seharian , mencantikkan kulit ibu dan bayi, memaksimakan penyerapan vitamin serta mengawal DIABETES semasa hamil.




Set hamil shaklee ni lengkap dengan semua zat nutrisi,  bantu berikan tenaga berpanjangan kepada ibu,  bantu ibu dan bayi sihat sepanjang kehamilan sehingga penyusuan nanti

Bukan setakat boleh ambil time hamil,  time berpantang dan menyusu pun boleh.. Berbaloi sangat.

Sebarang pertanyaan atau berminat untuk dapatkan set ini boleh whatsapp 016 358 9018 atau klik di sini




Sep 4, 2018

Set Berpantang Shaklee: Bolehkah Di ambil Ketika Bayi Demam Kuning?

Set berpantang Shaklee sangat baik untuk ibu. Ia bukan setakat makan ketika berpantang tapi boleh teruskan makan sehingga menyusu.
Saya dapat beberapa pertanyaan dari ibu yang takut untuk mengambil sebarang set bersalin kerana takut demam kuning akan memberi kesan buruk kepada bayi.


Suka saya nak ingatkan, Set Berpantang Shaklee ni BUKAN daripada campuran herba kecuali Alfafa Complex
Jadi ia memang selamat untuk di ambil oleh ibu sejak hari pertama berpantang lagi.
Dan sekiranya bayi mengalami demam kuning, ibu TIDAK PERLU BERHENTI makan set ini kerana ia tidak memberi kesan merbahaya kepada ibu dan bayi Insyaallah

Set berpantang Shaklee ni telah di ambil oleh ramai ibu dan di akui oleh ramai ibu sangat baik untuk pemulihan badan dan penyusuan susu ibu.

Set berpantang Shaklee terdiri daripada Vitalea, B complex, ESP, Vitamin C dan Ostematrix. 
MULTIVITAMIN VITALEA :
  • Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan.
  • Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral.
  • Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin 
  • mengelakkan pucat dan tidak bermaya.


B COMPLEX WITH ACID FOLIC :
  • melegakan sistem saraf, memberikan ketenangan kepada seluruh badan, mengelak masalah meroyan dan mengurangkan stress pada ibu
  • Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah
  • Menukarkan makanan yang di ambil kepada tenaga - ibu akan lebih bertenaga
  • Memelihara kulit dan lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin - kulit makin lembut dan cerah


ESP : 
  • Protein ESP daripada sumber soya Non GMO baik untuk penghasilan susu dan membantu susu lebih pekat
  • Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan sel-sel badan
  • Meningkatkan tenaga
  • Memudarkan parut strechmark


VITAMIN C :
  • Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya.
  • Membantu pemulihan luka supaya cepat sembuh
  • Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit

OSTEMATRIX :
  • Pil kalsium ini sangat penting untuk ibu berpantang dan menyusu
  • Ia bukan setakat kalsium biasa malah mengandungi Magnesium, Vitamin D dan zat mineral lain
  • Pengambilan setiap hari membantu badan cergas, mengatasi masalah sembelit, mengelak serangan kejang kaki dan otot serta mengurangkan sakit pinggang


TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE:

Jom baca kisah menarik puan Nadim yang bersalin secara czer dan beliau mengambil set berpantang shaklee ini

[SIHAT, BERTENAGA DAN SUSU BANYAK DENGAN SHAKLEE MEMENUHI IMPIAN SEMUA IBU BERPANTANG]

Hai semua. Assalamualaikum!
Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee.
.

Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3tahun lepas lagi.
.
Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak.
.
Lagi2 sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diebetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak2 kali. And Nadim BEBAS GDM!
.
Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah 1 lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbukak untuk minum ESP yang super famous tu.
.
Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin2 ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa.
.
Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat. Zayyad dah menyusu daripada minit-minti pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan. Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu2. TAKUT TAKDE SUSU!
.
Tapi alhamdulillah, sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu. Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je. Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapatla 2 tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2bulan berpantang kat kampung. Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O.
.
Nadim berpantang dengan inlaw yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang. Bayangkan nutrisi apa je yang ada. Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air. Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak.
Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga!
.
Tapi semua berjalan lancar. Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon. Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri,drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi.
.
Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar. Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!
Owh lupa! Lepas 2 minggu, berat dah kembali 55kg dan habis pantang berat dah 54kg!
.
Tu lah pengalaman nadim dengan set berpantang shaklee. Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks. Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang.
.
Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10bulan. Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!
.
Vitamin Shaklee memang awesome! InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon!
.
Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu2 yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak, Shaklee PILIHAN PERTAMA!

================

Haa, cadangan Nadim ni saaya sokong sangat..Ramai ibu takut ambil set bersalin nanti tak boleh makan sebab baby kena kuning tak boleh nak makan. Jangan risau, set berpantang shaklee ni insyaallah boleh ambil time anak kena kuning pun...tak perlu nak tunggu..sejak hari pertama berpantang dan time anak kena kuning boleh makan dengan selamat. InsyaAllah badan pun cepat pulih, bertenaga nak jaga baby.

Lagi Testimoni set berpantang Shaklee di SINI

Berminat untuk dapatkan set berpantang/ Set bersalin shaklee boleh whatsapp saya di 016 358 9018 / boleh klik di sini

Sep 3, 2018

Cara Atasi Sembelit ketika Hamil dan Berpantang

Ramai ibu mengalami masalah sembelit ketika hamil dan berpantang. Saya juga pernah melalui pengalaman sembelit yang mengerikan semasa berpantang anak sulong. Memang menyeksakan di tambah lagi dengan luka perineum yang panjang.





PUNCA SEMBELIT KETIKA HAMIL


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah sembelit ketika hamil dan berpantang. Antaranya adalah:

  • Kerisauan
  • Kurang pergerakan fizikal
  • Pemakanan yang kurang serat ( fiber)
  • Kurang pengambilan air kosong
  • Rembesan hormon progesterone yang banyak yang menyebabkan pergerakan usus menjadi perlahan bagi wanita hamil
  • Rahem wanita yang semakin membesar memberi tekanan fizikal kepada usus bagi ibu hamil



CARA ATASI MASALAH SEMBELIT

1. Ambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, oat, beras perang dan kekacang

2. Pastikan pengambilan air kosong dalam kuantiti secukupnya

3. Pengambilan Yogurt juga membantu pelawasan dengan baik

4. Buat senaman ringan seperti berjalan,menunggang basikal senaman bagi ibu hamil..Ibu berpantang elakkan senaman berat ya

5. Pengambilan pil kalsium atau suplemen bersesuaian

6. Ubat-ubatan atas nasihat doktor


Masalah sembelit biasa di hadapi oleh ramai ibu namun jangan biarkan ia berlarutan. Sekiranya terdapat tanda merbahaya sehingga berdarah perlu segera berjumpa doktor. Mungkin sudah sampai peringkat buasir pula sekiranya lambat mendapat rawatan.


IKHTIAR HILANGKAN SEMBELIT DENGAN OSTEMATRIX

Antara suplemen yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit ketika hamil dan berpantang adalah pil kalsium, Ostematrix




LAWAS PEMBUANGAN SELEPAS BERSALIN


Pengalaman  saya berpantang anak pertama sangat memeritkan. Dengan luka perineum yang panjang menambah kesakitan sembelit yang datang. Hari ke 4 baru saya dapat membuang. Itupun lama termenung dan ulang-alik ke tandas. Sungguh serik!

Anak seterusnya selepas mula mengenali suplemen Shaklee, nutrionist mencadangkan saya mengambil pil kalsium Ostematrix ni sebaik sahaja selepas bersalin. Saya bawa bersama 1 botol Ostematrix ni dalam wad. Saya bersalin pada pukul 1.30 pagi, pukul 7 lebih saya dah dapat membuang tanpa sembelit lagi. Lega sangat-sangat.  Alhamdulillah. Tiada lagi episod ngeri sembelit yang menyakitkan semasa berpantang



Ostematrix bukan sekadar kalsium

Kandungan sebotol Ostematrix lengkap dengan kalsium, zat mineral dan magnesium yang dapat membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya serta kandungan VITAMIN D di dalamnya membantu merangsang penyerapan ke dalam tulang




Sangat penting ye untuk ambil pil kalsium yang mengandungi magnesium kerana ia boleh menyebabkan risiko penyakit lain seperti batu karang. Ini yang di pesan oleh nutrionist dan hasil pembacaan saya 


OSTEMATRIX TIADA pemanis, pengawet dan pewarna

OSTEMATRIX juga TIADA bau yang kurang menyenangkan

MUDAH DI TELAN




Selain mengatasi masalah sembelit, saya juga suka pil kalsium ni kerana ia bantu mengurangkan sakit pinggang yang di hadapi terutama ketika Trimester ketiga kehamilan, mengelak daripada masalah kejang kaki ( simpul biawak) - masalah yang sering terjadi kepada ramai ibu dan memebantu badan cergas bertenaga. Mudah bangun pagi dan mudah membuang sangat menyenangkan hati


SIAPA BOLEH AMBIL OSTEMATRIX?

  • Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat
  • Mereka yang tidak suka minum susu, jadi boleh ambil ostematrix
  • Ibu menyusu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu
  • Ibu hamil, Ibu berpantang dan ibu menyusu
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit
  • Mereka yang mengalami masalah tulang/sendi
  • Mereka yang kerap lesu/letih
  • Mereka yang selalu kekejangan otot
  • Mereka yang kerap migrain
  • Mereka yang kerap senggugut


Apa kata pengguna lain yang telah mengambil Ostematrix?


Boleh baca Testimoni Ostematrix di SINI dan SINI








Harga sebotol Ostematrix RM71.25 ( 120 biji) termasuk kos penghantaran Semenanjung dan Sabah/Sarawak


Bulan ini ada promosi best Ostematrix- setiap pembelian 3 botol akan dapat diskaun sebanyak 5%

Untuk dapatkan Ostematrix boleh hubungi saya melalui sms/ whatsapp. Boleh klik whatsapp di sini ATAU PEMBELIAN SECARA ONLINE di sini