Pages - Menu

Oct 17, 2016

Penyakit Genetik Kencing Manis: Adakah Ia boleh di Elakkan?

Kata orang, jika ada sejarah keluarga yang mempunyai masalah diabetes,kanser, atau athma; penyakit ini akan 'menurun' kepada anak-anak atau cucu cicit.

Bagi gen yang mempunyai keturunan diabetes di katakan akan menurun kepada anak-anak dan waris sebanyak 75%.






Dulu arwah mak saya ada genetik penyakit keturunan ni. Kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi. Hampir kesemua adik beradik arwah mak ada penyakit ini dan di jemput ilahi asbab penyakit ini.

Dulu masa arwah mak sakit, saya selalu tengok arwah makan ubat-ubat hospital segenggam setiap hari. Banyak tau.

Saya tanya sampai bila nak kene makan ubat2 ni mak?

sampai mati kate arwah. 


Time tu saya masih belajar di form 5, Saya terfikir jugak, takde ke pemakanan yang lebih baik dan berkesan selain ubat? pengambilan ubat dalam tempoh lama mesti ada kesan bahaya dan boleh merosakkan buah pinggang. 

Ingat lagi arwah mak bagitahu.

Mak dah bosan makan ubat ni la..dah tak nak makan tapi kene makan jugak.

Sampailah arwah dah bosan dan jemu dengan ubat-ubat hospital ni..

Arwah mak di jemput Ilahi pada hari Jumaat selepas seminggu di ICU dan komplikasi masalah diabetes,darah tinggi dan buah pinggang.

Bila tengok masalah sama berlaku kepada makcik, pakcik dan adik- beradik yg sekarang juga mendapat tempias penyakit keturunan ni ( darah tinggi dan kencing manis), saya terfikir sanggupkah saya utk hadapinya jua kelak. Nauzubillahi min zalik..Tapi saya juga darah sama seperti arwah mak dan kemungkinan besar untuk menghadapinya jua pasti ada.


Teringat juga 1st kehamilan ada masalah gdm ( kencing manis ketika hamil) , banyak kali doc pakar pesan jaga pemakanan, jaga pemakanan, jaga pemakanan. Padahal saya makan seperti biasa. Tidak makan makanan manis, masak pun tawar.



Ulang kali doc ni pesan setiap kali checkup. Mulai daripada itu saya faham saya perlukan 'sesuatu' utk merubah hidup saya supaya dapat jaga kesihatan selalu dan kesihatan lebih baik.


Kenapa Mengambil Suplemen Shaklee?

Inilah antara faktor kenapa saya serius membuat business berasaskan makanan kesihatan semulajadi Shaklee.

Saya tidak mahu bergantung seumur hidup dengan ubat-ubatan kelak. Saya tidak menyalahkan keturunan saya yang ada penyakit ini.

Penyakit keturunan mungkin tak dapat nak elak tapi kata doc dengan pemakanan yg sihat dan gaya hidup sihat insyaallah kita boleh mengurangkan risiko hadapinya.

Saya yang perlu ubah cara hidup dan pemakanan daripada sekarang.

Saya mula serius dalam dunia pemakanan Shaklee selepas menyusukan anak ketiga. Ketika ini saya ambil set penyusuan Shaklee dan saya nampak kesan positif hasil pengambilannya. 


Badan bertenaga, susu meriah , stok susu dapat buat banyak-banyak.

Kemudian hamil anak keempat saya teruskan pengambilan set hamil Shaklee.
Alhamdulillah, badan bertenaga semasa hamil, tiada masalah GDM lagi,darah tinggi pun tiada,berat badan terkawal. dan selepas sahaja bersalin saya mengambil set bersalin+ menyusu. Masa ni langsung tiada masalah sembelit ketika berpantang, susu memang meriah sampai boleh buat stok susu banyak,badan bertenaga walau berpantang sendiri dan bestnya berat badan kembali ke asal. 



Orang kata jika kita nak jadi orang baik,berkawanlah dengan orang baik-baik dan alim ulama ,jika nak bau wangi berkawanlah dengan penjual minyak wangi.


Begitu juga nak jaga kesihatan maka lagi baik jika ceburkan diri dalam dunia kesihatan nutrisi dan berkawan dengan orang-orang yang mementingkan kesihatan. 


Apa kita makan akan jadi darah daging. Pemakanan hari ini mengundang penyakit atau masalah 10 tahun akan datang.




Sebab tu,saya bersungguh-sungguh dalam business shaklee ni di mana secara tak langsung dapat bantu saya jaga kesihatan diri dan keluarga. 


Dengan shaklee saya berpeluang menimba banyak ilmu kesihatan. Setiap bulan,ada kelas kesihatan yang di adakan oleh pihak Shaklee. Ada kelas nutrisi, ada talk kesihatan, ada geng2 detoks super ohsem. Ada grup support yg ingatkan tentang pentingnya menjaga kesihatan dll. 


Suplemen Shaklee bukan suplemen biasa yang di hasilkan ala kadar. Ia di hasilkan begitu teliti oleh saintis-saintis terkemuka. Bukan sahaja mendapat kelulusan KKM , malah produk ini juga mempunyai Landmark Studies yang di sokong oleh para doktor dan saintis seluruh dunia.


Ketahui apa itu Landmark Studies di sini

Shaklee sudah berada hampir lebih 50 tahun di Malaysia. Alhamdulillah sudah ramai pengguna produk kesihatan ini dan sudah ramai juga mendapat kesihatan positif dengannya.









Saya yakin pencegahan awal dapat membantu mengelak penyakit kritikal seperti ini dan mudah-mudahan usaha kecil ini dapat bantu saya bebas daripada penyakit keturunan ini suatu hari nanti.. Biiznillah.. 

Insyaallah . Semua dgn izinNya.



No comments:

Post a Comment