Pages - Menu

Feb 12, 2016

Punca Berlakunya Kekenduran Rahim atau 'Prolapse' dan Cara Mengatasinya

Penyakit yang sering berlaku kepada wanita adalah kekenduran rahim atau disebut 'prolapse' rahim.Ia berlaku apabila rahim jatuh dan adakalanya terkeluar daripada saluran faraj disebabkan ligamen dan otot yang biasa memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat daripada kehamilan dan beberapa kelahiran bayi. 






Terdapat beberapa peringkat "Prolapse" :

1) Peringkat awal - hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa
2) Peringkat kedua - pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj 
3) Peringkat ketiga - Sangat teruk apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (dikenali sebagai tombong)


Antara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot-otot rahim:


1) Gangguan kencing


Kebiasannya wanita yang menghidapi 'prolapse' akan menghadapi masalah kerap kencing,sukar untuk mula kencing,kerap terkencing ketika batuk dan bersin. Air kencing kerap keluar sendiri tanpa boleh dikawal.


2) Gangguan Hubungan Kelamin

Oleh kerana berlakunya kelonggaran faraj khususnya otot yang memegang faraj yang biasa di panggil 'pelvic floor muscle' ,maka kekuatannya untuk mencengkam atau mengemut dalam proses hubungan suami isteri sedikit terganggu. Ramai wanita selepas bersalin mengalami masalah ini. Lakukan senaman kemutan untuk menguatkan otot sekeliling faraj dan otot lantai punggung,


3) Gangguan Kesihatan

Dalam kes prolapse peringkat ketiga,seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka akan terjadi. Luka ini boleh menyebabkan jangkitan kuman yang boleh menyebabkan masalah keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.


Punca Berlakunya 'Prolapse':

1) Faktor Baka

sesetengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada dikalangan saudara mereka seperti ibu,ibu saudara atau nenek mengalami masalah sama, Selain itu,kekenduran ini juga boleh dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan kesihatan.


2) Kehamilan dan Kelahiran

Kekenduran dan kelemahan tisu di sekeliling peranakan khususnya bahagian otot lantai punggung yang biasa memegang faraj dan mendokong rahim.


3) Menopaus

Proses kekecutan pada tisu,ligamen dan otot dalam jangka panjang boleh menyebabkan prolapse.


4) Ketumbuhan dalam rahim

Fibroid yang tidak menimbulkan masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku pada wanita usia 40an ke atas atau selepas putus haid boleh menyebabkan risiko berlakunya prolapse



Rawatan & Pencegahan

Langkah-langkah pencegahan yang perlu di amalkan oleh semua wanita:

  • Jaga kesihatan dan kawal berat badan
  • Amalkan senaman terutama senaman kegel sangat baik bagi merapatkan kembali bahagian intim,menguatkan otot sekeliling faraj dan otot-otot yang mengawal kencing.
  • Dapatkan khidmat bidan yang pandai mengurut untuk sengkak semula rahim
  • Pembedahan - Terdapat beberapa jenis pembedahan seperti membuang rahim,membetulkan saluran faraj.
Pembedahan kebiasaan apabila 'prolapse' terlalu teruk dan dikalangan wanita yang telah berumur.
Bagi yang lebih muda dan masih bercadang mendapatkan zuriat,kekenduran faraj boleh di atasi dengan pembedahan untuk menguatkan atau membetulkan saluran faraj. Ini pun hanya dilakukan jika usaha seperti senaman dan penggunaan alat PSX gagal mengatasinya.


Cara Senaman Kegel : Lihat disini

Rawatan yang boleh dilakukan untuk masalah tombong oleh Dr Zubaidi: Lihat disini


Amalkan juga pengambilan Alfafa Complex yang sangat banyak khasiat terutama kepada isteri.

Antara manfaat alfalfa untuk kesihatan dalaman wanita ialah :
  • Mengurangkan keputihan
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Mengurangkan simptom menopaus seperti hot flashes (mengikut kajian University of Michigan Health System)
  • Mempuyai fungsi seperti kacip fatimah iaitu mengetatkan bahagian intim wanita
  • Mencegah rahim jatuh (prolapse)



Kesihatan rahim sangat penting bagi semua wanita. Jaga aset berharga kita ini. Ia juga boleh menjadi penyebab 'penceraian suami-isteri' sekiranya tidak di tangani sebaik-baiknya. Nauzubillah..Sayangi dan jagalah sebaik-baiknya. Dapatkan rawatan doktor segera sekiranya anda menghidapi masalah ini.


Sekiranya berminat untuk mendapatkan Alfafa Complex untuk kesihatan dalaman wanita boleh hubungi saya segera. Hanya RM54 untuk 330 biji memang sangat berbaloi-baloi dan baik untuk masalah kesihatan dalaman wanita.




Sumber: O&G majalah Nur





No comments:

Post a Comment