Pages - Menu

Feb 16, 2016

Bentan Dalam Pantang - Punca dan Cara Mengatasinya

Rasa gigil,seram-sejuk,sakit-sakit seluruh badan menunjukkan petanda ibu mengalami bentan. Apakah sebenarnya bentan? Bentan adalah sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin. Bentan sering berlaku kepada ibu dalam tempoh berpantang bersalin 



Ada ibu yang mengalami ketika awal berpantang dan ada juga yang mengalaminya ketika sudah di penghujung tempoh berpantang. Jadi sangatlah penting ibu-ibu perlu berpantang dengan baik sehingga cukup tempoh berpantang selama 44 hari.

Punca Bentan:

Bentan boleh disebabkan oleh beberapa punca/sebab seperti

1) Tersadung atau terlanggar benda keras. Ibu mertua saya sering berpesan untuk berhati-hati ketika melangkah. Jangan jalan laju-laju walau tiada luka jahitan. Kesannya boleh menyebabkan luka pendarahan semula,badan seram sejuk dan seperti hendak pitam.

2) Makanan sejuk dan berangin - Ketika berpantang sangat penting untuk ibu mengambil tahu sedikit sebanyak makanan yang dibolehkan atau dilarang ketika berpantang. Buat persediaan awal sebelum kelahiran bayi kerana ada sesetengah hospital menyediakan makanan atau buah-buahan yang sejuk ketika ibu dalam wad selepas bersalin. Jadi pepandailah ibu memilih makanan yang sebaik-baiknya untuk mengelakkan mudarat kepada badan ibu yang masih lemah.

3) Mengangkat benda-benda berat. Pesan arwah ibu,paling berat boleh di angkat ketika berpantang adalah bayi kita. Jadi janganla ibu-ibu jadi 'sado' pulak mengangkat kotak-kotak berat,tong gas dan lain-lain. Jaga-jaga ya ibu.Kesannya juga boleh menyebabkan peranakan jatuh dan sakit seluruh badan.

4) Terkena hujan - Elakkan terkena hujan ketika dalam pantang. Teringat pengalaman saya sakit gigi ketika berpantang hari ke 11. Gigih saya ke klinik gigi dengan keadaan berstokin dan berkain batik dan bayi sekali..Time tu hujan lebat turun. Hampir sejam juga menunggu untuk mengelakkan dari terkena tempias hujan.Sampai dirumah cepat-cepat saya bertungku dan sapu minyak panas di kaki dan berstokin tebal.Alhamdulillah tiada apa yang berlaku:-)

Jenis-jenis bentan & Cara Mengatasinya:

  1. Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

  1. Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.Rawatan berurut dan bertungku dapat melegakan keadaan ini.

  1. Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Penjagaan Diri

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang sangat penting dan perlu diberi perhatian serius.

  • Banyakkan berehat
Pada awal hari berpantang,jangan terlalu aktif membuat kerja-kerja rumah atay mengangkat objek berat. Pada awal minggu kelahiran bayi,minta pertolongan daripada suami atau penjaga untuk membuat kerja-kerja harian termasuk memandikan bayi.


  • Jaga Kebersihan Diri

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.Tukar pad sekerap mungkin ketika pengaliran darah banyak dan boleh gunakan daun-daun herba untuk mandian.

  • Jaga pemakanan

Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.



  • Elakkan bersiar-siar dan berjalan-jalan 
Tempoh berpantang adalah tempoh untuk badan berehat dan pulih sepenuhnya. Janganlah pula kerana bosan terperap di dalam bilik,ibu pergi berjalan-jalan/shopping di pasaraya. Mungkin zaman moden dah terlalu banyak suplemen ibu makan. Namun sangat penting untuk tidak berjalan-jalan agar masalah bentan tidak terjadi.


Sekiranya masalah bentan terjadi,cepat-cepatlah ibu mengambil tindakan ya!!Jangan biarkan pula kerana boleh menyebabkan risiko angin meroyan ketika dalam pantang. 
  • Pakai stokin tebal dan baju tebal
  • Selimut tebal
  • Elakkan memasang kipas/aircond
  • Boleh mengambil panadol atau lebih selamat antioksidan tinggi VIVIX yang boleh membantu memanaskan badan ketika menghadapi bentan.


Vivix juga sangat sesuai di ambil ketika berpantang bagi membantu luka cepat sembuh dan milkbooster terbaik untuk bayi.





Proses berpantang masa terbaik ibu untuk berehat. Jadi jagalah diri sebaik mungkin,berpantang dengan baik dan dapatkan sokongan insan sekeliling seperti ahli keluarga dan suami bagi membantu ibu cepat sihat dan pulih:-)

Saya doakan semoga ibu-ibu berpantang semua sentiasa sihat dan cergas.


Beberapa artikel menarik untuk ibu:
 







Credit info: majalah pama







No comments:

Post a Comment