Pages - Menu

Jan 18, 2016

Atasi Masalah Mata Kering dan Berpasir dengan Carotomax

Masalah mata kering sering berlaku terutama kepada pemakai cermin mata. Mata kering sering di kaitkan dengan rasa perit,berair,merah,terasa seperti berpasir dan sensitif pada cahaya.




Antara faktor lain terjadinya mata kering adalah:


    1.  Umur – semakin meningkat usia,kualiti air mata semakin merosot terutamanya bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas.
    2. Jantina- wanita lebih cenderung untuk mendapat masalah ini disebabkan perubahan hormon iaitu ketika mengandung dan juga menopous (putus haid).
    3. Keadaan penyakit- pesakit rheumatoid arthritis dan diebetis kebanyakkannya akan menghadapi masalah ini.
    4. Ubat-ubatan – pengambilan ubat seperti anti-depressant,anti-histamine.
    5. Suasana persekitaran – cuaca panas, berangin, penghawa dingin, melakukan kerja di hadapan laptop dengan terlalu lama.
    6. Pemakaian kanta lekap, pembedahan LASIK.


Hari ni saya nak share sedikit perkongsian daripada Puan Siti Mardhihah di grup FB mengenai masalah mata kering dan berpasir yang pernah di hadapinya.


======================================================================

Saya Nik Siti Mardhiah Bt Abd Rahman. 15 Oktober 2014 saya baru menginjak umur 31 tahun. Allah telah beri sedikit ujian kesihatan mata pada awal Oktober 2014.

Saya mula perasan anak mata kedua-dua belah mata kering, kesat, berpasir dan tidak selesa seperti hari-hari sebelumnya. Walaupun saya rabun jauh dan bercermin mata saya belum pernah mengalami masalah seperti ini.

Hari berganti bulan, saya biarkan berlarutan kerana beranggapan mungkin ianya hanya sementara. Keadaan semakin teruk apabila menjelang malam selepas waktu Maghrib mata seolah-olah mengantuk, rasa sangat kesat dan berpasir.

Padahal belum mengantuk pun lagi. Saya masih buat andaian mata saya kepenatan sahaja. Sedar tak sedar saya biarkan mata kekeringan tanpa apa-apa tindakan selama hampir 8 bulan.

Pada masa itu, saya mula rasa khuatir dan terfikir apakah ini tanda-tanda badan saya kekurangan sesuatu nutrien penting khususnya vitamin A dan Karotena. Hasil pembacaan semula tentang kesan jangka panjang akibat kekeringan mata boleh menjejaskan tahap fungsi penglihatan dengan lebih serius.

Sebenarnya saya pengguna produk Shaklee sejak menyusu anak sulung pada tahun 2012 lagi tetapi saya tidak pernah sedar bahawa Shaklee ada satu produk emas yang sangat bagus untuk kesihatan mata.

Saya menghubungi semula upline saya Master Norhanita Yusof dan beliau mencadangkan cuba dahulu sebotol CAROTOMAX. Sebotol CAROTOMAX hanya mengandungi 30 biji dan minimum pengambilan hanya sebiji sehari.

Botolnya paling kecil dan comel berbanding botol produk Shaklee yang lain. Pada masa itu saya hanya bertawakal kepada Allah S.W.T.



Saya cuma telan sebiji CAROTOMAX pada waktu malam. Pada waktu siang saya masih meneruskan pengambilan Set Penyusuan dengan kadar sangat minimum iaitu ESP, VITA-LEA IRON FORMULA, SUSTAINED RELEASE VITA-C 500gm, B COMPLEX, ALFALFA, dan OSTEMATRIX. Saya istiqamah pengambilan sehingga malam ke-3.

Pada malam ke-4 sebelum pengambilan seterusnya, saya masih ingat sekitar jam 9 malam selepas solat Insyak terdetik rasa hairan dan aneh bebola mata saya sudah boleh digerakkan dengan lancar dan mata tidak seperti orang mengantuk!. Teruja sungguh saya pada malam itu, macam-macam perasaan hadir-syukur, lega, gembira, malah rasa ajaib. Saya baru telan 3 biji sudah rasa perubahan positif? Betul ke ni?


Kemudian saya teruskan pengambilan sehingga ke 20 biji. Selebihnya 10 biji di simpan di dalam peti sejuk. Saya sengaja mahu menguji lagi keberkesanan si kecik CAROTOMAX ini. Saya teruskan pengambilan Set Penyusuan tanpa CAROTOMAX sehingga hampir 60 hari.

Alangkah gembiranya hati selepas 60 hari mata saya tidak mengalami kekeringan semula seolah-olah seperti masih mengambil CAROTOMAX. Kemudian saya habiskan 10 biji yang berbaki.


Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t saya diberi kesempatan merasai kekeringan mata yang perit hanya selama 8 bulan sahaja. Sepanjang tempoh pengambilan CAROTOMAX syukur saya tidak mengalami sebarang 'Healing Crisis'. Mungkin faktor umur saya yang masih muda proses pemulihannya agak cepat. Saya pastikan supaya kerap minum air bersih antara 2 liter sehingga 3 liter sehari.

Kini saya baru sahaja mengetahui bahawa rawatan bagi kes mata kering, CAROTOMAX boleh di tingkatkan pengambilannya sehingga 2 biji 2 kali sehari. Bayangkanlah jika telan 1 biji sehari selama 3 hari sudah boleh merasai perubahan positif apatah lagi jika telan 2 biji 2 kali sehari?


Saya jatuh hati dengan si kecik CAROTOMAX dan masih mahu meneruskan pengambilan untuk menurunkan tahap rabun jauh dan pelbagai faedah kesihatan yang lain kerana fungsi CAROTOMAX sangat banyak khasiatnya.

"Saya hanya berikhtiar, penyembuhan penyakit hanya dengan izin Allah S.W.T"


Alhamdulillah dengan izinNya,masalah mata kering dan berpasir dapat di atasi dengan pengambilan Carotomax.


Kenali Carotomax


Carotomax adalah suplemen antioksidan tinggi dan mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat,kulit dan membran mukosa yang sihat.




Mengandungi 5 jenis karotenoid penting bagi perlindungan antioksidan yang kuat untuk kesihatan anda.
  • Alfa Karotena : 89 biji buah rasberi
  • Beta Karotena : 102 hidangan pisang
  • Likopena :714 biji buah aprikot
  • Lutein : 285 biji buah limau gedang
  • Zeaxanthin + Kuercetin, Ekstrak Biji Anggur & Brokoli : Ikan Salmon & Mikroalga laut



  • Alpha Carotene - Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.
  • Beta Carotene - Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.
  • Lycopene - Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat. 
  • Astaxanthin - Pigmen di dalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon.Walaubagaimanapun, Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL. 
  • Lutein - Menyekat katarak, AMD (age related macular disease/penyakit makular berkaitan umur), glaukoma. Zeaxanthin Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Mengurangkan risiko kanser payudara ovari, endometrial dan serviks.


Pelbagai feedback positif dari customer mengenai mata mereka selepas pengambilan Carotomax. Pengalaman kawan baik saya mengambil carotomax,power spek nya makin berkurang dan silau pun berkurang,Sekarang malam-malam dah mampu nak drive semula.


Apa kata pengguna Carotomax?

Klik di sini --> TESTIMONI CAROTOMAX


Alhamdulillah semua dengan izinNya.. 

Ketahui Makanan yang baik untuk mata dan Tips untuk mendapat mata sihat dan bersinar di SINI


Harga sebotol Carotomax adalah RM74 dan sangat berbaloi untuk mata sihat. Sekiranya anda seorang yang memakai cermin mata,mengalami masalah silau,atau ibu ayah ade alami masalah katarak,cubalah Carotomax! 

Carotomax daripada sumber semulajadi dan tidak merbahaya untuk kesihatan. Ia kaya dengan zat dan vitamin A yang sememangnya bagus untuk kesihatan mata.

:-)

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan carotomax boleh hubungi saya segera untuk pesanan



No comments:

Post a Comment