Pages - Menu

Jul 15, 2015

15 Miinit Ketawa Setiap Hari dan Ketahui Manfaatnya

Bila kita ketawa atau senyum,mood juga turut berubah. Dari sedih boleh menjadi ceria,marah menjadi lebih cool dan jika sakit makin berkurangan.




Ketawa banyak memberi kesan positif dan sangat memberi kesan baik kepada kesihatan seseorang. Ada yang tengah bersedih tak dapat cuti beraya atau balik kampung halaman? Jangan sedih-sedih ya..Mungkin perkara ini boleh membantu anda untuk gembira dan ketawa semula:


1) Fikirkan sesuatu yang lucu

Cuba ingat perkara-perkara yang lucu dan menggelikan hati yang pernah anda lalui.Kemudian,fikir tentang hal tersebut dan lihat samada ia boleh mencetuskan senyuman atau ketawa anda.


2)Melihat sesuatu dalam cara yang lucu

Cuba bayangkan sesuatu yang lucu seperti 'kawan anda tak suka jatuh tertiarap di depan pintu pejabat dan pebagai lagi.


3) Tonton video lucu

Tonton video lucu di youtube dan televisyen,Anda pasti boleh ketawa terhibur dengan keletah mereka


Manfaat ketawa ke atas kehidupan:


  • Otot-otot bersenam
Mnegikut kajian,tubuh badan kita bekerja seperti sedang bersenam ketika ketawa.80 jenis otot tubuh akan mengecut dan berehat secara berirama. Kebanyakkannya otot-otot di bahagian perut,belakang badan dan muka.

  • Melancarkan perjalanan darah
Tekanan darah,pernafasan dan kadar denyutan jantung akan meningkat semasa ketawa dan melancarkan perjalanan darah. Selepas ketawa berhenti, tekanan darah akan kembali normal. Proses ini membantu menurunkan tekanan darah bagi penghidap darah tinggi

  • Meningkatkan paras oksigen
Kita menghela udara dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa ketika ketawa. Ini akan meningkatkan paras oksigen dalam darah. Ini juga membantu menyegarkan minda dan tingkatkan daya tumpuan.

  • Meningkatkan imuniti daya tahan terhadap deria sakit
Hormon gembira endorfin dikeluarkan ketika ketawa. Endorfin meningkatkan imuniti dan daya tahan terhadap deria sakit.Jadi,apabila melawat orang sakit,cubalah buat mereka ketawa dengan berbual sesuatu yang lucu

  • Mengelakkan serangan jantung

Penyelidik daripada Maryland melaporkan seseorang yang suka ketawa susah untuk mendapat risiko serangan sakit jantung. Jadi banyakkan ketawa sekurang-kurangnya 15minit sehari dan senaman 30 minit 3 kali seminggu

  • Memperbaiki hubungan sesama manusia
Individu yang senang ketawa biasanya lebih disenangi dan disukai orang.Asalkan ia tidak melampaui atas dan ia bantu memperbaiki hubungan sesama kita



Sumber:iSihat

No comments:

Post a Comment