Pages - Menu

May 10, 2015

Selamat Hari Ibu

Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Assalamualaikum wr wbth khusus buat para ibu yg ditinggikan darjatnya, dimuliakan oleh Allah dgn diletakkan syurga dibawah tapak kakinya, satu ingatan penting buat para anak. Baginda Nabi Muhammad SAW pun pernah ditanya dan menjawab sebanyak 3x antara tentang kedudukan ibu dan bapa...jawapan baginda tetap Ibu ( Ummi)  barulah bapa. Ini adalah kerana hanya ibu yg dapat mengandung, melahirkan dan menyusukan.

Mulianya ibu. Ibu adalah madrasah atau sekolah utama bagi anak2 walaupun org pertama yg mengajar tentang Allah dgn laungan azan ialah bapa sewaktu dilahirkan.

Tatkala hari ini, 10 Mei, seluruh masyarakat menghargai hari Ibu, ada kedengaran suara yg mengatakan Islam mengajar menghargai ibu pada setiap hari, mendoakan setiap hari dn bukannya 1 hari dalam setahun. Orang bukan Islam dibarat yg perlu diingatkan kerana budaya mereka dah jauh dari menghargai ibu dan keluarga. Benar.

Cuma, dihari ini, marilah kita menggunakan peluang peringatan ini untuk mengingatkan kembali tentang kisah dan iktibar yang boleh diambil dari ibu2 yang dimuliakan sehingga tercatat kisah mereka di dalam Al Quran dan Hadith.
Kisah Cinta mereka terhadap Allah SWT tetap utuh dan kekal walau diuji dengan pelbagai ujian dari makhluk2 Allah bergelar Manusia.

🌹1. Kisah Siti Hawa, dari mula bertemu nabi Adam hinggalah menjadi ibu pertama yg melahirkan umat manusia.
🌹2. Kisah ibu Nabi Musa yg bertawakal pd Allah menghanyutkan anaknya, kisah isteri Firaun, Asiyah yang menyelamatkan Nabi Musa a.s
🌹3. Kisah isteri Nabi Zakaria dan begitu juga  Siti Sarah, isteri Nabi Ibrahim a.s yg mendapat anak Nabi Ishak diusia yg berumur.
🌹4. Kisah pengorbanan Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang redho ditinggalkan di padang pasir kerana memahami perintah Allah pada suaminya. Berusaha dan bertawakal pada Allah berjuang untuk menyelamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari kehausan akibat terik di padang pasir
🌹5. Kisah Maryam a.s. wanita mulia yg dipilih utk mengandungkan nabi Isa a.s. ujian2 yg dilalui dari mula berkhidmat untuk agama Allah hingga diuji dengan pelbagai tohmahan dan kesusahan hingga melahirkan Nabi Isa yg membelanya stlh diberi mukjizat oleh Allah utk berkata2 dari bayi.
🌹6. Kisah Siti Aminah yg melahirkan Rasulullah SAW setelah kematian suami tercinta, rela berpisah sementara untuk disusukan dn utk anaknya mndpt tarbiyah dari keluarga dan persekitaran lain bg membentuk jati diri yg kuat utk anknya dari kecil.
🌹7. Kisah seorang ibu angkat, Halimatun Saadiah, ibu susu Rasulullah SAW yg menjaga baginda dengan penuh keikhlasan dan kadih sayang. Menyusukan bukan kerana wang walaupun beliau sangat miskin, tetapi kerana kadih dan cinta.
🌹8.Kisah Sayyidatina Khadijah r.a yang berkahwin di usia yg berumur dan melahirkan 4 puteri2 dan 2 putera Rasulullah (Sayyidina Abdullah dan Sayyidina Qassim) membesarkan anak2 nya dgn suami terdahulu dan bersama Rasulullah dengan penuh kasih sayang, ujian beliau ketika putera2 beliau meninggal dan kesedihannya kerana terlampau mencintai Rasulullah SAW.
Kisah cara pentarbiyahan beliau kepada Sayyidatina Umi Kalthom r.a, Sayyidatina Ruqayah r.a, Sayyidatina Zainab r.a. dan Sayyidatina Fatimah AzZahra sehingga digelar Ummu Abiha.
🌹9. Kisah Mariyatul Qibtiyah seorang hamba yg dipilih Allah untuk mengandungkan zuriat Rasulullah SAW tetapi anaknya Ibrahim juga meninggal.
🌹10. Kisah Sayyidatina Fatimah Az Zahra yg hidup dalam serba kemiskinan tetapi melahirkan dan mendidik Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husin dengan penuh cinta dan tanggungjawab untuk menyediakan mereka sebagai khalifah Allah dimukabumi bakal menyambung perjuangan nendanya Rasulullah SAW. Pergantungan yg tidak berbelah bagi kepada Allah SWT menjadi contoh tauladan dan ikutan sehingga menghasilkan keturunan para ahlulbayt yg menjadi ulama memperjuangkan dakwah Allah membawa risalah Nabi Muhammad SAW hingga cahaya Islam sampai ke Tanah Melayu dan nenek moyang serta ibu kita dan diri kita dan anak2 kita Allah pilih menjadi Umat Rasulullah SAW.

Hari ibu bukan sekadar untuk ingat ibu kita....marilah kita mengingati semua jasa2 Ummahatul Mukminin dalam perjuangan mereka utk kita jadikan contoh menjadi Ibu yang Solihin.

🌹 KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA 🌹
🌹 IBU, UMI, EMAK, MAMA......RATU HATI KU🌹

Setiap hari adalah hari ibu💖

No comments:

Post a Comment