Pages - Menu

May 11, 2015

Panduan solat dan melakukan ibadat lain bagi yang menggunakan Implan atau IUD

Daripada kitab Qawa’id wa Masa’il fi Toharah al-Mar’ah al-Muslimah, 

Oleh: Syeikhah binti Muhammad al-Qasim.

Penyemak: Dr. Abdullah bin Nasir al-Salami. 


متى رأت الدم فهي حائض ومتى طهرت منه فهي طاهر سواء زادت عن عادتها أم نقصت وسواء تقدمت أو تأخرت
“Apabila kelihatan darah, ia dikira haid. Apabila bersih daripada darah, ia dikira suci sama ada lebih 

dari tempoh kebiasaan atau kurang, sama ada terawal atau tera kebiasaan darah haidnya tidak dapat dikenal pasti. Akan tetapi darahnya (istihadhahnya) pada beberapa hari berbeza dan memiliki sifat darah haid: lebih hitam, pekat dan berbau darah haid. Sedangkan pada hari-hari yang lain darah yang keluar tidak memiliki cirri-ciri darah haid. Warnanya merah, tidak pekat dan tidak berbau seperti darah haid. Maka dalam keadaan ini darah yang keluar dan mempunyai ciri-ciri haid dikira sebagai darah haid. adapun yang tidak mempunyai ciri-ciri darah haid dikira darah istihadah.

Haid keluar lebih dari tempoh biasa disebabkan suatu penghalang. 

Contoh: seorang wanita menggunakan Intra-Uterine Device (IUDs - Alat Kawalan Kehamilan). Kemudian tempoh haidnya bertambah dari lima hari ke lapan hari selepas menggunakannya. Tempoh haidnya dikira selama lapan hari. Tambahan tempoh keluar darah itu dikira sebagai haid, dalam masa yang sama dia perlu melakukan pemeriksaan doktor untuk kepastian IUD nya berada dalam kedudukan yang betul, dan tidak menyebabkan luka dan pendarahan.

Sekiranya tempoh haid bertambah dari tempoh kebiasaan haidnya dalam salah satu bulan. Tambahan itu dikira sebagai haid. contoh: sekira tempoh haidnya lima hari. Tetapi dalam salah satu bulan, darah keluar berterusan sehingga sebelas hari, kemudian bersih. Ini bermakna darah haidnya bagi bulan tersebut ialah sebelas hari. Sekiranya darah berterusan. Dia boleh tunggu sehingga tempoh paling lama haid iaitulah selama lima belas hari.

Jika darah itu keluar hingga ke tempoh ini, setelah selesai tempoh dia perlu mandi dan dia dikira suci. Sekalipun darah terus keluar. Dia perlu berwudhu setiap kali solat dan membasuh kesan darah jika terkena pakaian. Darah yang keluar itu dikira darah istihadhah. Inilah mazhab jumhur ulama.


Haid keluar terpisah-pisah dan berhenti-henti dalam tempoh kebiasaannya. Maka apabila ada darah dikira haid. Apabila tidak ada darah dan kering dikira suci. Contoh: tempoh biasa haid selama lapan hari, datang dalam sesuatu bulan selama empat hari kemudian berhenti dua hari, kemudian datang semula selama dua hari. Maka empat hari pertama dikira haid, dua hari pertengahan yang bersih dan kering dikira suci (perlu solat dan puasa) dan dua hari berikutnya bersama darah dikira haid. Ini kerana kebiasaan haidnya adalah lapan hari. Ini kerana asal hukum darah yang keluar dari kemaluan wanita dikira sebagai darah haid, selama tidak dipastikan darah itu bukan darah haid.

Inilah pandangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah.

#jika hari ke 25 contohnya keluar semula darah pekat sama seperti sifat darah haid dan kita YAKIN  ia adalah darah haid,ikut yg kita Yakini.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment