Pages - Menu

Jan 13, 2015

9 makanan yang baik untuk kesihatan jantung

Semalam saya ada terbaca status seorang kawan saya yang sangat sedih kawan baiknya baru kehilangan suami tercinta ketika beliau melahirkan bayi sulong..Saya pun turut merasa sedih walau tak kenal insan tersebut.Lebih menyedihkan lagi rumahnya di landa banjir di Kelantan dan hampir keseluruhan musnah..Masyaallah..Punca pemergian suaminya adalah di sebabkan oleh kolestrol tinggi yang menyebabkan kepada sakit jantung dan stroke.




Di usia 30an,terlalu muda saya fikirkan untuk menerima penyakit STROKE,sakit jantung dan lain-lain.Namun itulah realiti sekarang yang perlu kita terima memandangkan sekarang ni pemakanan tidak sihat,stress dan gaya hidup yang tak berapa sihat menjadi sajian utama setiap hari.


Kolestrol tinggi amat berkait rapat dengan pemakanan yang di ambil setiap hari.


Kolestrol penyebab serangan jantung
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.


Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis” dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.


Berikut adalah makanan yang sangat baik di ambil untuk kesihatan jantung:

Emping oat 

Mulakan hari anda dengan semangkuk emping oat yang kaya dengan asid lemak omega-3, folat dan kalium. Makanan yang kaya serat ini juga dapat menurunkan kadar kolesterol, di samping membantu mengelakkan arteri daripada tersumbat. 

Pilih oat kasar atau organik berbanding dalam pek segera kerana ia mengandungi lebih banyak serat dan tambahkan perisa dengan pisang, kiwi atau strawberi. 


Ikan salmon 

Kaya dengan asid lemak omega-3, salmon secara efektif membantu mengurangkan tekanan darah dan menghindarkan saluran darah tersumbat. Cuba senaraikan ikan salmon sekurang-kurangnya dua hidangan dalam seminggu, yang mana dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung. 

Salmon juga mengandungi karotenoid astaksantin, iaitu antioksidan penuh. Jika bukan peminat salmon, pilih ikan lain seperti tuna, sardin, kembung atau ikan hering. 


Avokado 

Tambahkan sedikit avokado dalam sandwic atau salad sebagai sumber lemak sihat dalam diet anda. Padat dengan lemak monotaktepu, avokado dapat membantu mengurangkan kolesterol buruk (atau dikenali LDL) sementara meningkatkan jumlah kolesterol baik (dipanggil HDL) dalam tubuh. 

Avokado juga membuatkan penyerapan karotenoid lain khususnya beta karotena dan likopena - yang penting untuk kesihatan jantung. 


Minyak zaitun 

Kaya dengan lemak monotaktepu, minyak zaitun merendahkan tahap kolesterol LDL dan mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. 

Keputusan daripada Kajian Tujuh Negara, yang melihat kejadian penyakit kardiovaskular di seluruh dunia, menunjukkan bahawa lelaki di Crete, Greece mempunyai kecenderungan untuk mendapat paras kolesterol tinggi, tapi tidak ramai yang meninggal dunia akibat penyakit jantung kerana diet mereka memberi tumpuan kepada lemak sihat yang ditemui dalam minyak zaitun. 

Gunakan minyak zaitun jenis virgin atau extra-virgin dan gunakannya bagi menggantikan mentega ketika memasak. 


Kacang 

Kacang walnut penuh dengan asid lemak omega-3, selain badam dan kacang makadamia yang sarat dengan mono serta lemak politaktepu. 

Selain itu, pengambilan kekacang dapat meningkatkan serat dalam diet. Seperti minyak zaitun, bahan makanan ini adalah sumber besar untuk lemak sihat. 

Jadikan pengambilan kekacang sebagai snek berbanding mengambil makanan ringan yang penuh dengan bahan perisa dan pewarna. 


Buah beri 

Beri biru, raspberi dan strawberi - apa saja yang anda suka - penuh dengan khasiat antiradang yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan barah. 
Beri ini juga baik untuk kesihatan sistem pembuluh darah. 


Kacang legum 

Kacang kuda, dal dan kacang hitam kaya dengan asid lemak omega-3. Selain itu, ia memberikan khasiat kalsium dan serat larut. 


Bayam 

Bayam boleh membantu mengekalkan degupan jantung normal disebabkan khasiat lutein, folat, kalium dan serat. 

Tapi apa jua sayuran dapat memberikan rangsangan pada jantung anda. Kajian Pakar Kesihatan memeriksa lebih 15,000 lelaki tanpa penyakit jantung selama 12 tahun dan mendapati mereka yang makan sekurang-kurangnya dua setengah hidangan sayuran setiap hari berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 25 peratus, berbanding dengan mereka yang tidak mengambil sayuran. 

Setiap hidangan tambahan pula mengurangkan risiko sehingga 17 peratus. 


Soya 

Soya dikatakan membantu mengurangkan kolesterol dan disebabkan ia rendah lemak tepu, ia sumber protein yang baik untuk kesihatan jantung. 

Pilih sumber semula jadi soya seperti kacang edamame, tempe atau tauhu organik. 
Susu soya pula adalah tambahan yang baik kepada semangkuk emping oat atau bijirin gandung. 

Elakkan soya yang diproses kerana mengandungi garam tambahan yang boleh meningkatkan tekanan darah tinggi. 



Saya juga ada share mengenai pemakanan yang boleh menurunkan kolestrol di entry lepas:

PEMAKANAN YANG BOLEH MENURUNKAN KOLESTROL


Jom kita ikuti 7 langkah berikut untuk jantung yang sihat:



sumber

1 comment:

  1. Terima kasih untuk senarai makanan kesihatan ini. Saya jadikan rujukkan. :D

    ReplyDelete