Pages - Menu

Sep 25, 2014

Larangan bagi yang ingin melaksanakan ibadah korban

Assalamualaikum..

Kita dah berada di hujung Dzulkaedah.  Bagi sesiapa yang berniat melakukan korban, maka apabila masuknya 1 Dzulhijjah dia dilarang dari mencukur / mencabut / memotong bulu dan kukunya sampailah binatang korbannya disembelih.  Justeru, potonglah siap-siap hari ini sebelum masuknya bulan Dzulhijjah!


Ini berdasarkan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Ummu Salamah radhiAllahu `anha yang maksudnya:

“Barangsiapa berniat akan berkorban, maka apabila telah kelihatan anak bulan Dzulhijjah, janganlah dia memotong apa-apa rambutnya/bulunya dan kukunya sehinggalah haiwan korbannya disembelih.”

(HR Muslim, no. 1977)

Maksud hadith di atas ialah kita dilarang dari mencukur/mencabut/mencukur rambut atau apa-apa bulu yang ada di tubuh kita.  Kuku juga dilarang dari kita memotongnya.  Ada sebahagian ulama kata maksud larangan tersebut ialah haram.  Dan ada juga yang kata makruh.

Al-Imam an-Nawawi iaitu tokoh besar yang bermadzhab asy-Syafi`i mengatakan hukum larangan dalam hadith di atas ialah makruh.  Tapi makruh di sini ialah makruh tahrim yakni makruh yang dekat dengan haram.  Allahu A`lam.  Jadi, ia penting untuk diambil perhatian.  Setelah masuk 1 Dzulhijjah, maka tahanlah diri dari mencabut/mencukur/memotong rambut/bulu dan kuku.


Antara hikmah kepada larangan ini ialah supaya orang-orang yang tidak terlibat mengerjakan haji dapat merasai sama perasaan orang-orang yang sedang berihram yang terpaksa menahan diri dari memotong rambut/bulu dan kuku mereka.





No comments:

Post a Comment