Pages - Menu

May 18, 2014

Tips stok susu melimpah ruah bagi ibu bekerjaya

Hari ni saya berminat nak cerita mengenai Penyusuan susu ibu di kalangan ibu bekerja.Rata-rata ibu bekerja sangat risau stok EBM tidak mencukupi untuk bekalan kepada bayi sepanjang kerja dan ada mula risau stok akan merudum bila sudah bekerja nanti.




Saya nasihatkan ibu-ibu yang berkerjaya,tolong buat stok susu ketika ibu dalam pantang.Ambil peluang ketika bayi tengah tidur atau ketika bayi menyusu sebelah,ibu boleh pam sebelah lagi.Membuat stok ketika dalam pantang sangat membantu ibu ketika ibu sudah mula bekerja nanti.Malah production susu ketika pantang sangat meriah.Ketika ni susu badan ibu kebiasaannya sangat banyak dan melimpah.Jadi sangat rugi jika ibu biarkan susu menitik keluar begitu sahaja.


Setiap anak ada rezeki masing-masing.Ya..tetapi jika ibu tidak berusaha dan mencuba untuk terbaik,manakan dapat hasil.Ibu perlu tanamkan azam untuk menyusu bayi selama 2 tahun,Insyaallah Allah akan bagi jalan dan bantuan dengan semangat ibu.


Ada juga ibu yang tidak bekerja yang saya jumpa sudah memberi anak susu tepung dengan alasan susu tidak banyak kerana cik B nya saiz kecik.Owh,sangat sedih apabila saya mendengar.Saiz payudara ibu tiada kaitan langsung dengan penghasilan susu.Allah Maha Adil ye.


Ada yang bertanya,jika saya pam susu ketika dalam pantang,boleh tahan ke susu badan saya ni?


Ok,ibu-ibu perlu tahu sedikit sebanyak info asas penyusuan dan penyimpanan susu ibu (SI) ini.SI sangat unik kerana boleh di simpan dalam suhu sejuk (beku) yang boleh bertahan sehingga beberapa bulan.Ibu boleh refer jadual berikut:



tempoh penyimpanan susu ibu


Ibu-ibu yang bekerjaya boleh mulakan cubaan memberi susu perahan ni kepada bayi 2 minggu sebelum mula kerja untuk memastikan bayi anda mula belajar menerima teknik menyusu lain selain payudara ibu sendiri. Ada anak yang tidak mahu menyusu menggunakan botol susu dan ibu perlu mencari puting bayi yang sesuai dengan kehendak bayi.

Macam-macam jenis puting bayi kat pasaran sekarang ni,yang rupa seperti puting ibu pun ada ye.Jadi ibu boleh mencuba.


MIMIJUMI


Untuk penghasilan susu badan yang banyak dan konsisten,ibu perlu tahu beberapa perkara ye.

  1. Kerapkan menyusu bayi 2/3 jam setiap setiap hari @ pam susu mengikut jadual tetap setiap hari
  2. Mengambil pemakanan seimbang
  3. Mengambil supplemen supaya ibu bertenaga dan kurang lesu
  4. Minum air mineral atau air masak sebanyak 3 liter
  5. Jauhi stress
  6. Memilih pam yang sesuai yang grade sesuai seperti spectra 3,Harmoni medela dan lain-lain.
  7. Sentiasa berzikir dan berdoa semoga Allah mudahkan usaha menyusu bayi

Mengapa supplemen sangat penting bagi ibu menyusu?

Supplemen amat penting untuk bantu ibu bertenaga,kurang lesu dan sekaligus menyebabkan mood ibu dalam keadaan baik.Apabila badan ibu sihat dan bertenaga,susu mudah di hasilkan dan dapatlah ibu menyusu anak sehingga kenyang / pam susu dengan banyak.

Jika anda ingin tahu supplemen yang boleh membantu,boleh rujuk di sini: Rahsia mengumpul 3000z stok susu ketika dalam pantang

Tips penyusuan susu ibu dan makanan yang boleh menambah susu ibu:Antara makanan yang boleh membanyakkan susu

Ok,saya doakan ibu sentiasa kuat semangat untuk menyusu bayi.Selalulah berdoa semoga Allah kurniakan rezeki melimpah ruah untuk menyusu bayi selama 2 tahun.Antara doa yang boleh di amalkan.


"Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku
untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar
menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. AMEEN..."

Banyakkan juga zikir (ya matin sebanyak 100x)Setiap hari.


Jika ibu ada sebarang pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu dan juga berminat dengan suplemen penyusuan ,boleh hubungi saya seperti berikut.Insyaallah saya cuba bantu ibu ya!













No comments:

Post a Comment