Pages - Menu

Dec 28, 2013

Resepi untuk Ibu Dalam Pantang

Alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi ke 4 pada 17 Disember lepas..Puteri comel anugerah terindah lahir  tepat jam 12.30 pagi..

since sekarang dalam pantang,sudah hari ke 11..alhamdulillah saya semakin sihat dan bayi saya pun alhamdulillah tidak terkena jangkitan kuning...

Saya nak share resepi untuk ibu-ibu dalam pantang..Ada sesetengah ibu memang mendapat jagaan rapi dari mak atau mak mertua masing-masing..Dapat hasil masakan dari orang-orang berpengalaman dan ibu-ibu memang sangat best.Alhamdulillah saya mendapat hasil air tangan suami sepanjang tempoh berpantang kali ini memandangkan saya berpantang sendiri di rumah tetapi saya tidak ambil mudah kerana berpantang sendiri lagilah amat penting jagaan sebab kalau sakit sendiri tanggungkan..so pandai2la jaga ye ibu-ibu dalam pantang :-)

saya share sedikit sebanyak resepi saya sepanjang berpantang kali ni dan sebelum-sebelum ni..Memang sedap jugak lauk ibu-ibu dalam pantang ni:-)

Resepi istimewa suami untuk saya mestilah sup ikan haruan..Sup ikan haruan amat bagus untuk membantu memulihkan luka-luka dalaman atau luka episotomi..Pastikan dapat makan sup ni 2,3 kali dalam pantang,Insyaallah luka akan cepat baik.


Sup Ikan Haruan

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 cm halia - di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:

Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.
Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.


Sup bening sawi

Masakan paling popular untuk mengelakkan dari sembelit.Walau puas jemuh kata org ganu,tapi amat bagus untuk sistem penghadaman.Letak lada hitam banyak sikit bagus untuk panaskan badan ketika berpantang.

Paling senang letak air,letak bilis,sawi,garam+lada hitam ditumbuk halus..Makan nasi panas2 dengan sup ni dan ikan bakar pun sedap.


SUP AYAM

Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak.


SUP KENTANG

Orang berpantang tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak.

Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang yang dicampurkan dengan Suun dan ikan bilis.

Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak.


DAGING BAKAR
Bahan-bahan
300 gm daging lembut
garam
minyak

Cara
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.

Air Assam
4 keping adsama gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil

Cara gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.


Ikan Panggang Halia Muda

Bahan A (diperap)

2 potong ikan tenggiri @ apa sahaja ikan yg tidak berbi
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)

3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara:

Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Ikan Gelama Masak Asam

Bahan:

2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Cara:

Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili. Masukkan air asam dan garam. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.

Kucai goreng kicap

Bahan:

1 ikat kucai – dihiris
2 ulas bawang merah – dihirs
3 ulas bawang putih – dhiris
kicap

Cara:

Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap.


Sayur bening air bayam - bagus untuk tambah darah (tinggikan HB)

Masukkan air,sayur bayam,bawang besar dan sedikit bilis.Makan dengan nasi panas-panas..


selain dari resepi-resepi di atas,ibu-ibu juga boleh makan halia goreng yg di potong halus2 dan bawang goreng..letak siap2 dalam bekas tupperware..bila nak makan nasi,tabur je halia dan bawang goreng ni..sedap rasanya sebab ada crunchy2..


Selain itu,antara makanan2 lain yg boleh di makan:

* Nasi, bubur nasi, sphagetti, makaroni dan pasta.

* Sayur-sayuran seperti bawang (bawang besar, bawang merah dan bawang putih), halia, lengkuas, ulaman pegaga, brokoli, lobak, sawi dan serai.

* Ikan seperti ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.

* Makanan bijirin seperti oats, empingan jagung, beras merah & perang, kekacang soya (tauhu, tempe & tofu), badam, walnut, gajus, roti putih, roti wholemeal/wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.

* Buah-buahan seperti epal merah, oren, limau, kurma, buah zaitun, buah tin, delima, aprikot dan strawberri.

* Minuman seperti susu, soya, horlicks dan milo.


Jika anda berminat untuk dapatkan supplemen set bersalin shaklee,boleh rujuk di sini


Set bersalin pilihan ibu Malaysia




1 comment: