Pages - Menu

Jul 8, 2013

Tips penyusuan susu ibu

Penyusuan susu ibu amat di galakkan di dalam Islam dan juga amat baik untuk kesihatan bayi dan ibu sendiri.Namun ramai di antara ibu yang keinginan asal untuk menyusu bayi sendiri akhirnya akur kerana factor kekurangan susu badan sendiri dan juga semangat yang lemah.

Ibu perlu memulakan penyusuan sebaik sahaja kelahiran bayi.Susu ibu akan keluar sedikit demi sedikit dan akhirnya akan melimpah sebaik sahaja bayi dilahirkan.Semasa ibu dalam pantang,badan ibu akan mula adjust dengan hormone yang dihasilkan.Kekerapan penyusuan akan membantu badan mengenal pasti bahawa hormone susu perlu dihasilkan dan akhirnya susu akan terhasil sendiri dengan banyak.



Di akui,penyusuan susu ibu memerlukan keazaman dan kesungguhan ibu sendiri untuk menyusu.Ini kerana,ibu perlu mempunyai sedikit sebanyak ilmu pengetahuan mengenai cara penyimpanan susu,cara pengendalian susu ibu,teknik memerah yang baik dan sebagainya.
Beberapa posisi yang boleh ibu amalkan semasa penyusuan adalah:

1) Posisi Mendukung
2) Posisi Mendakap Bersilang
3)Posisi Berbaring
4)Posisi Mendakap

Para ibu perlu memastikan teknik penyusuan dan pelekapan yang betul untuk memastikan puting ibu tidak mengalami sebarang luka/melecet dan bayi sendiri dapat menyusu dengan selesa.

Kekerapan penyusuan bagi bayi selepas lahir sehingga 6 bulan pertama adalah 8-12 kali sehari.Ibu perlu bergilir-gilir menyusukan kedua-dua belah payudara dan bukan hanya memilih payudara yang selesa sahaja.Kebiasaan bayi yang kenyang selepas penyusuan akan melepas putting ibu sendiri dan tidur dengan lena.

Ibu perlu menyendawakan bayi selepas sahaja selesai penyusuan bayi untuk mengelak bayi dari tersedak susu dan lebihan susu.

Ibu boleh melihat cara sendawakan bayi dari gambarajah di bawah.




Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

Para ibu juga dinasihatkan untuk mengambilan pemakanan yang sihat dan lengkap dengan nutrien serta pengambilan air masak yang mencukupi.

Antara makanan yang mungkin dapat menambah penghasilan kuantiti susu adalah:
  • -          Sup lobak putih / lobak putih (buat air atau rebus)
  • -          Habbatus sauda
  • -          Madu
  • -          Longan kering – rebus air dan minum
  • -          Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  • -          Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  • -          Barli – air atau bubur barli.
  • -          Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  • -          Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  • -          Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  • -          Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  • -          Air Horlicks
  • -          Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. Jadi jangan ambil mudah dengan pengambilan kalsium ye)
  • -          Supplemen yang sesuai


Resepi enak yang boleh di cuba:

Blend 1 biji kurma+7 biji badam+21 biji kismis bersama 1 gelas susu segar.Jangan lupa berselawat dan baca YA MATIN (Maha sempurna kekuatannya )..Insyaallah semoga usaha yang berterusan dapat memperbanyakkan susu.

Yang penting ibu-ibu perlu berusaha dahulu,jangan awal-awal lagi dah suakan susu lembu kat mulut anak..Kesian kat anak yang masih kecil.Semoga kita menjadi ibu yang berilmu dan sentiasalah berdoa semoga rezeki susu ibu buat anak sentiasa adaJ




2 comments: