Zaman sekolah saya tidak pernah tahu mengenai penyakit ini. Malah ahli keluarga, saudara-mara pun tidak pernah ada penyakit ini. Kalau tanya saya mengenai darah tinggi,kencing manis, kolestrol tinggi yang ni memang sinonim dengan keluarga atau saudara-mara saya dan saya boleh bercerita kesan dan akibatnya
Menginjak dewasa bila dah masuk dalam dunia business suplemen, saya mula mengenali tiroid ni bila beberapa orang customer yang maklumkan ada penyakit ini. Dari situ saya mula mengenai tiroid ada 2 jenis iaitu hipertiroid dan hipotiroid
Sebelum tu kita ambil tahu dulu apakah itu tiroid?
Tiroid ialah satu kelenjar di bahagian depan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan dan mendatangkan bahaya kepada kesihatan.
Penyakit tiroid lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki dan ia juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.
Kelenjar tiroid ni terbahagi dua sama seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan triiodotiroksin (T3) yang bertanggungjawab menjaga fungsi utama badan.
Kelenjar tiroid itu juga bertindak sebagai perisai leher dan kerongkong, berfungsi mengeluarkan hormon tiroid yang memberikan tenaga dan metabolisme kepada tubuh.
Kegagalan fungsi kelenjar tiroid menyebabkan sama ada metabolisme tubuh menjadi lebih cepat atau perlahan daripada kadar sebenar keperluan tubuh. Keadaan abnormal inilah dikategorikan sebagai hipotiroidisme atau hipertiroidisme.
Hipotiroidisme
Adalah keadaan kekurangan hormon tiroid dalam darah dan menyebabkan metabolisme tubuh menjadi perlahan.Ia boleh disebabkan oleh faktor seperti :
- Pembinasaan dan pengecutan kelenjar
- Penindasan pembentukan hormon oleh bahan kimia dan bahan semulajadi
- Kekurangan iodin dalam diet
- Kekurangan enzim yang terlibat dalam pembentukan hormon
- Penyakit autoimun seperti ‘Hashimoto’s Thyroiditis’
Dalam keadaan ini,paras hormon TSH menjadi lebih tinggi manakala T4 lebih rendah daripada julat normal.
Hipertiroidisme
Adalah keadaan di mana rembesan hormon tiroid berlebihan dalam darah dan menyebabkan mekanisme tubuh menjadi lebih cepat.Faktor penyebab keadaan tersebut adalah seperti:
- Kehamilan
- Penyakit hati kronik
- Kegagalan pituitari yang menjejaskan mekanisme maklumbalas negatif untuk mengawal rembesan hormon tiroid
- Penyakit autoimun seperti ‘Grave’s disease’
Dalam keadaan ini, paras hormon TSH menjadi lebih rendah manakala T4 lebih tinggi atau normal berbanding julat normal.
Hipertiroid membuatkan badan penghidapnya kurus walaupun banyak makan. Badan terasa panas, sentiasa berpeluh, rasa gementar pada tangan dan jari. Pesakit juga mengalami jantung berdebar dan mudah penat.
Adakah merbahaya kedua-dua penyakit ini?
Secara luaran nampak seperti tidak bermasalah atau sihat, tetapi sebenarnya individu yang mengalami kedua-dua penyakit ini mengalami tanda-tanda berikut
- Mudah letih serta penat
- Mudah mengantuk
- Insomnia (sukar tidur)
- Perubahan berat badan yang ketara sama ada menurun atau meningkat.
- Sembelit atau diarrhoea dalam jangkamasa panjang
- Menorrhagia
- Bengkak pada bahagian leher
- Lemah otot dan sendi yang menjejaskan keupayaan untuk bergerak
- Kemurungan
- Hilang selera makan
- Perubahan kulit menjadi kasar dan kering
Sekiranya mengalami tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa dengan doktor dan buat pemeriksaan darah. Maklumkan pada doktor untuk cek ujian tiroid. Doktor akan minta berpuasa dahulu untuk ambil darah.
Hasil keputusan darah ini biasanya mengambil masa 3-4 hari. Sekiranya ujian darah menunjukkan ada hiper/ hipotiroid ni doktor akan bekalkan dengan ubat-ubatan yang perlu di makan dalam tempoh tertentu.
Namun sekiranya ujian darah anda dapat adalah NORMAL tetapi anda mempunyai bengkak, hati-hati dan waspadalah kerana ujian ultrasound perlu di lakukan pula.
Ujian Ultrasound ini untuk mengenalpasti saiz bengkak tersebut dan sekiranya anda berjumpa doktor pakar, dari ujian tersebut doktor dah dapat ketahui samaada sel di situ normal atau mempunyai 'sesuatu' seperti kanser
Daripada ujian ultrasound, sekiranya ujian tersebut meragukan, doktor akan cadangkan untuk ke hospital dan melakukan ujian FNAC/Biopsi
Daripada ujian ini, akan lebih jelas samada kawasan bengkak tersebut normal atau mempunyai sel kanser.
Kanser tiroid bermula apabila sel-sel dalam kelenjar tiroid menjadi tidak normal, tumbuh tanpa kawalan dan membentuk tumor malignan tiroid.
Terdapat empat jenis kanser tiroid papillary, tumorsumsum belakang, tumor folikel dan tumor anaplastic. Jika sel-sel kanser tiroid tidak dikesan dan pengesanan awal rawatan tidak dilakukan, ia boleh merebak ke bahagian lain dari tubuh manusia atau organ melalui aliran darah.
Yang penting jangan takut untuk berjumpa doktor dan dapatkan rawatan segera. Pengesahan doktor akan membantu tahap kesihatan lebih baik.
Credit: Portal MyHealth
test
ReplyDelete