Pages - Menu

Feb 10, 2018

Tanda-tanda Sakit Jantung & Suplemen yang Baik untuk Kesihatan Jantung

Jantung memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan kita. Berhenti degupan jantung, berhentilah nyawa kita. Peningkatan kes serangan sakit jantung sangat membimbangkan di negara kita dan ia pembunuh no 1 di negara kita.



Sakit jantung sebenarnya boleh di cegah sekiranya menjalani kehidupan yang sihat , tidak merokok, bersenam dan juga menjaga pemakanan. Penyakit kolestrol tinggi, darah tinggi dan juga kencing manis juga perlu di elakkan bagi memastikan mendapat jantung yang sihat. Apabila penyakit-penyakit berangkai ini dapat di cegah, serangan jantung dan sakit jantung jika tidak akan berlaku,


Punca serangan sakit jantung berlaku?


serangan jantung berlaku akibat ‘kematian’ atau kerosakan otot jantung yang terjadi disebabkan saluran darah yang tersumbat secara tiba-tiba menyebabkan darah menjadi beku dalam salurannya yang sempit.

Fungsi saluran ini adalah untuk mengalirkan oksigen ke jantung. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutama kolesterol.
Biasanya proses penyempitan saluran darah ini berlaku sejak bertahun-tahun dahulu akibat risiko kolesterol tinggi, merokok, kencing manis, obesiti, menjalani kehidupan yang kurang aktif dan darah tinggi.

Sebab utama yang terjadinya serangan jantung ini adalah kerana darah membeku secara tiba-tiba akibat lapisan saluran sempit itu terkoyak yang menyebabkan serangan jantung berlaku.

Penyakit jantung koronari terjadi disebabkan saluran sempit tadi terdapat banyak lemak ( kolestrol yang menyebabkan inflamasi) yang menjadi punca jantung lemah.

Tanda-tanda serangan sakit jantung
  • terasa kurang selesa atau sakit di bahagian tengah atau keseluruhan dada seperti rasa terhimpit atau dihempap batu yang berat.
  • Kesukaran untuk bernafas 
  • berpeluh-peluh, rasa hendak pitam 
  • gejala penyakit jantung juga boleh jadi seakan-akan sama dengan penyakit gastrik kerana selain terasa kurang selesa di dada, terasa kembung di bahagian perut.


Untuk menjaga dan memastikan kesihatan jantung, paling penting untuk tidak merokok, bersenam ,menjaga pemakanan dan mengambil suplemen yang baik untuk jantung.

Coq10 atau coenzyme Q10 sangat baik di amalkan untuk kesihatan jantung. 

Apa Itu CoQ10? 

Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. 

Menjana tenaga yang banyak tidak menjadi masalah semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10. Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Akibatnya, kita akan berasa letih dan tidak bermaya. 






Pada tahun 1972, Dr. Karl Folkers (dikenali sebagai 'Bapa CoQ10' kerana kajian mendalam beliau mengenai CoQ10) dan Dr. Gian Paolo Littarru membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung seringkali adalah mereka yang juga kekurangan CoQ10. Paras kekurangan CoQ10 telah pun dimantapkan dengan amat jelas dalam kes-kes kegagalan jantung kongestif dan kardiomayopati (otot jantung yang berpenyakit) yang merupakan penyakit yang melibatkan otot jantung itu sendiri. 

Apabila otot jantung lemah, ia tidak dapat mengepam semua darah yang diterima daripada badan. Juga, apabila otot jantung itu lemah, ia memerlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat mencipta tenaga.

Salah satu nutrien yang paling penting ialah CoQ10. Dengan mengambil suplemen CoQ10, maka otot jantung yang lemah itu dengan mudahnya dapat menambah semula simpanan CoQ10-nya. Ini membolehkan otot jantung menjana lebih banyak tenaga dengan itu memperbaiki keadaannya yang lemah itu. 




jom tonton video ni,apa yang terjadi kepada badan kita apabila mengambil coenzyme Q10




Dalam Shaklee terdapat suplemen coq10 ini yang di kenali sebagai CoQ-Trol Plus



Istimewa CoQ10 daripada Shaklee ini, ia  di gabung bersama Resveratrol ( Polifenol). 

Polifenol telah terbukti secara klinikal dapat membantu meningkatkan jumlah mitokondria , stesen penjana tenaga dalam sel badan kita.


Testimoni coQTrol-Plus


Berminat untuk dapat suplemen ini boleh hubungi saya melalui whatsapp 016 358 9018 atau melalui cara berikut:




kredit:






No comments:

Post a Comment