Pages - Menu

Jan 29, 2018

Petua Atasi Masalah Kemurungan dan Kedukaan

Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran. (Saidina Ali karramallahu wajhah)

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masud di datangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa.

Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masud,

Saudara, berikanlah padaku nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini.

Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut.

Ibnu Masud berkata,

Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini :

Pertama - Tempat orang membaca al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat al-Quran.

Kedua - Majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.

Ketiga - Carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.


-----------------------------------------------------

Bila baca kisah ni saya teringat betapa banyak kes kemurungan / penyakit mental yang semakin meningkat di negara kita.

Ujian hidup, susah payah, cabaran sentiasa hadir silih berganti dalam hidup kita.

Sangat penting untuk kawal stress, jaga emosi dengan stabil.

Rasa sedih, gelisah 'back to basic again.' kembali semula kita kepada Pencipta.





Dia sebaik-baik Pendengar, sebaik-baik Penolong, pasti ada jalan keluar setiap masalah di hadapi. Sentiasa bersangka baik dan berlapang dada atas musibah dan ujian yang hadir.



Semoga setiap hari lebih baik, lebih positif dan bersemangat.







No comments:

Post a Comment