Pages - Menu

Nov 15, 2017

Resepi Ayam Bakar Noxxa yang sedap

Assalamualaikum..lamanya tak mencoret.

Hari ini nak share resepi je.

Resepi simple-simple je tapi paling mudah dan senangla.

Kalau adik kakak ibu ada periuk ajaib aka periuk pressure Noxxa tu kat rumah, jangan peram tau..Sayang kalau tak guna..Eh eh awat tak guna pulakkan..beli dah mahal, simpan plak buat pekasam buat ape kan..hehe..sebab pernah baca kat FB kawan-kawan, ada yang takut-takut nak guna..Pastu dah beli tak reti nak guna..

Haa kalau korang beli dengan agen tu, make sure dia masukkan dalam group masak memasak aka group noxxa ni la dalam FB ada..Telegram pun ada..Dalam tu macam-macam resepi ada..tinggal nak buat je..Kalau tak reti jugak, tryla guna..tak silap ada dah jual buku resepi noxxa ni.




Ok, hari ni nak share 2 resepi ayam bakar yang selalu duk buat kat rumah ni..Dulu bakar ayam selalu pakai pemanggang ajaib tu, haa lani ada yang lagi cepat ,pakai jela periuk noxxa ni kan. 7 minit sahaja..zasss dah siap boleh terus makan.


1) Resepi Ayam Bakar Mix Herbs

Resepi ni rasanya dah berulang kali buat kat rumah. Since anak-anak suka sangat rasanya. dan kalau masak ayam ni confirm habis dan bertambah-tambah nasinya.

Bahan-bahannya :

Beberapa ketul ayam ( bahagian kepak, paha ayam atau bahagian lain pun boleh)
sedikit serbuk kunyit
sedikit Mix herbs
sedikit serbuk lada hitam
Sedikit sos tiram
garam secukup rasa


Haa senang sangatla caranya. Gaul je semua bahan-bahan di atas sehingga sebati..Kalau nak sedap biarkan 1-2 jam..Kalau tak, lepas gaul boleh je terus ON pressure cooker tu.

Masukkan ayam dah siap gaul tu dalam inner ( periuk) ..Tutup rapat dan make sure pulas tombol kepada Pressure.

Set High Pressure ( HP) - 7 minit.

Haa tunggula ayam tu ketung-ketang dalam tu..sekejap je..nanti dah bunyi tikktikk dah siap tu..make sure release dulu wap dia..baru boleh buka

Haa nanti bila dah buka korang akan nampak banyak air / minyak ayam tu..

Even tak letak minyak pun, ayam pun akan keluar minyak sendiri.

Lepas tu, Stir Fry ye. Tunggula minyak / air dari ayam tu kering..Masa stir fry ni tak perlu tutup pun takpe. Nanti dah puas hati tengok kekuningan ayam tu bolehla off  periuk ni.


Haa amacam..senang tak? confirm korang makan ni puas hati sangat..Rasa herbs tu membangkitkan selera...Tryla masak untuk family..confirm bau ayam ni semerbak seluruh rumah buat semua tak sabar nak makan..hehe


Ok next resepi kedua pula adalah 

2. Resepi Ayam Bakar Pandan

Ni resepi derhaka namanya..saya olah sedikit..nak lagi sedap boleh la masukkan bawang,halia..tapi cenggini pun dah 3x bertambah dah nasi si bujang ni..hehe




Bahan-bahannya:

Ayam secukupnya
2 sudu serbuk kari daging
sedikit garam
sedikit blackpepper
sedikit serbuk kunyit

macam biasa gaul je semua. Nak sedap lagi biarkan selama 1-2 jam supaya ia sebati serapannya. Kalau dah tak sabar-sabar nak masak. malas nak tunggu lama-lama macam perangai saya ni hehe teruskan je masuk dalam inner periuk tu.

Sebelum tu make sure balut dulula ayam tu dengan daun pandan..Haa nanti dah lilit seluruh badan ayam tu dengan daun pandan, baru la tutup dan macam biasa tekan High Pressure (HP) 7 minit ye. Pastu dah siap tekan stop dan release wap. bila buka ada air/ minyak ayam keluar tu stir fry je untuk keringkan

Tak susah mana pun menu sihat ni..Lagi kalau bakar ayam kat dapur berjam nak tunggu siap..Haa yaang ni 7 minit je tau..confirm bertambah-tambah nasi nya nanti.


Eh gambar atas lupa nak snap. Nanti ada saya masukkan balik ya. Korang try tau.


Ok. selamat mencuba








No comments:

Post a Comment