Pages - Menu

Nov 21, 2017

Milkbooster Shaklee untuk Ibu Kekal Bertenaga dan Stok Susu Semakin Meriah

Rindu zaman mengepam masa BF baby dulu .Dulu-dulu saya antara ibu yang sangat gigih mengepam di office. Haa angkat bakul sekejap...kekeke....Zaman-zaman bawak beg laptop sebelah bahu kanan, beg mengepam sebelah bahu kiri, beg bekal kat tangan kanan, handbag sebelah tangan kiri..Sampai dulu ada kawan lelaki tegur eh apalah banyak sangat beg ko bawak ni su..Kiri kanan haa..Without fail saya bawak hampir 2 tahun tau! Memang kalau ikutkan nak lempar je semua tu..lagi-lagi seharian berkerja penatnya usah cite..




Berkerja sebagai Programmer menyebabkan saya terpaksa bawak balik laptop ke rumah sebab nak kejar dateline. Nak copy sistem bukan kecik dalam pendrive. Itulah terpaksa angkut juga laptop bawak balik ofis.

Kenangan naik bas, kenangan naik LRT, kenangan tumpang kereta dengan kawan, kenangan naik motor rempit dengan che abe, kenangan drive jalan super jam kat Ampang nung..memang di ingat balik nak tergelak, nak menanges, nak ketawa semua ada:-)

Dan saya percaya pengalaman-pengalaman beginilah bila di kenang balik sangat indah. Betulkan? Saya percaya korang pun ada pengalaman special sebegini.

Dulu-dulu fasa menyusu, saya sangat percaya susu ibu adalah titisan emas untuk bayi. Masakan tidak, kalau tak takdelah ayat dalam alquran yang menyuruh ibu menyusu bayi dan saya juga percaya susu ibu membantu bayi membina antibodi badan kuat. Ya betul! Anak-anak jarang demam, sakit atau selsema. Syukur alhamdulillah.

Akibat saya 'kelek' beg pam spectra dulu-dulu juga ramai kakak di office yang juga mengikut jejak saya beli pam spectra dan sama kelek ke ofis..Alhamdulillah, saya happy sangat dapat 'create' environment sihat ini di opis..Time rehat juga sama-sama mengepam dengan gembiranya.

Thats stori mori sikit zaman happy BF dulu..Rindu sangat..

Ada orang rezeki Allah izinkan dapat susukan bayi sehingga 2 tahun. Sampai 3-4 tahun pun ada. Namun ramai juga yang mempunyai masalah kekurangan susu badan lagi-lagi bila badan letih, stress kerja menimbun, zat nutrisi tak cukup, makan pun lintang pukang memang penghasilan susu juga merudum.

Senang cite stok susu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Haa..esok nak guna, harini sibuk mengepam! Lagi malang, terus suakan dengan susu tepung cap lembu.

Sekiranya ibu-ibu mempunyai masalah susu merudum, susu segan-segan nak keluar, pam banyak kali pun tak nak keluar, selalu penat lesu seharian berkerja, saya cadangkan ambillah set penyusuan shaklee ni..Bukan sebab saya jual menyebabkan saya promote tapi sebab saya pernah alami semua tu dan saya jumpa set penyusuan ni masa tu, alhamdulillah seperti magic susu kembali lancar, badan kurang penat, balik masih boleh memasak dan uruskan rumah tangga,walau stress kerja banyak masih dapat menyusu bayi dengan baik.


Saya tahu bukan senang fasa penyusuan bayi ni. Hati mau kental, semangat tekad perlu ada. Yakin boleh menyusu bayi, yakin susu cukup dan sudah semestinya kena rajin pam/ BF direct bayi setiap 2-3 jam, minum air kosong banyak (3 liter seharian) dan pengambilan suplemen tambahan membantu mengurangkan stress, menambah tenaga seterusnya membantu pengeluaran susu lebih banyak dan lancar.

Jom dengar cerita jururawat ini yang mengalami masalah penyusuan dan stok susu berkurang. Alhamdulillah selepas mengambil suplemen Shaklee, sangat berpuas hati. Stok susu semakin bertambah dan kesihatan anak-anak pun baik.



Set menyusu Shaklee terdiri daripada ESP, B Complex, Vitalea, Alfafa Complex, Vitamin C dan Ostematrix ( kalsium)





Set menyusu lengkap shaklee


Namun sekiranya ibu mempunyai masalah bajet, boleh mengambil set bajet penyusuan iaitu ESP dan Alfafa Complex


ESP adalah protein soya daripada sumber Non GMO. Ia adalah milkbooster utama yang ramai sangat ibu suka. Pengambilan konsisten membantu susu badan lebih pekat, membantu pengeluaran susu dengan cepat dan  bukan setakat itu sahaja, ia juga memberikan tenaga berpanjangan, memberikan tempoh kenyang lebih lama dan kulit menjadi cantik dan sihat


Antara manfaat  dan kebaikan ESP:

♡soy protein yang membina blok sel-sel asas kulit
♡ mencerahkan kulit semulajadi dan rawat kekusaman sewaktu berpantang dan menyusu
♡ melembabkan kulit dan kulit menjadi awet muda
♡ memudarkan parut baru dan lama
♡ mengurangkan gastrik dan baik untuk kuruskan badan
♡ bayi kurang meragam sebab kenyang dan bayi bambam gebu gebas
♡ membantu cerahkan kulit dan membaiki sel-sel kulit
♡ membantu kuruskan badan ibu dengan mengelak mengunyah sepanjang masa
♡ meningkatkan kualiti susu ibu - lebih berkualiti makanan, lebih berkualiti susu
♡ meningkatkan pengeluaran susu - protein salah satu bahan mentah menghasilkan susu





Alfafa Complex baik untuk dalaman Wanita


Mungkin tidak ramai yang mengenali Alfafa Complex. Alfafa Complex juga di gelar Raja segala tumbuhan dan ia kaya dengan kandungan vitamin dan mineral di dalamnya. Ia juga agen detoks utama dan dapat bantu singkirkan toksik dari badan

Selain ESP, Alfafa Complex juga membantu dalam pengeluaran susu ibu, bertindak sebagai milkbooster, menghilangkan kepenatan dan pelbagai lagi manfaatnya untuk kesihatan wanita terutama ibu selepas bersalin.
Alfafa Complex juga di gelar kacip fatimah moden kerana ia dapat membantu mengetatkan balik faraj selepas bersalin, baik untuk masalah keputihan atau bau badan. Herba ini juga baik dalam membantu menghangatkan badan selepas bersalin.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Set bajet ni sangat special. Sehingga sekarang walau sudah berhenti menyusu pun saya masih amalkan 2 suplemen bersama beberapa suplemen lain.Ini kerana ia bukan setakat untuk penyusuan bayi malah khasiatnya lebih daripada itu.


Saya pasti tiada ibu yang tidak mahu menyusukan bayi mereka dan sudah pasti inginkan terbaik untuk bayi kan..Pulangan kesihatan berbaloi insyaallah dengan pengambilan set menyusu ini. Lagi baik juga sekiranya ibu dapat  amalkan pemakanan seimbang, tidur cukup, air kosong yang cukup, manage stress dengan baik dan amalkan teknik penyusuan yang betul sepanjang penyusuan bayi.


Apa kata ibu yang mengambil set menyusu ini?











Ingin dapatkan Set Penyusuan Shaklee?

Untuk dapatkan set penyusuan lengkap atau set bajet menyusu ni boleh hubugi saya secara berikut. Fast response melalui whatsapp. Boleh klik link ini - 016 358 9018 atau boleh juga hubungi saya seperti berikut





No comments:

Post a Comment