Pages - Menu

Nov 30, 2017

Kenali Kanser Limfoma atau Kanser Darah

Baru-baru ni kita di kejutkan berita penyanyi Elyana umumkan beliau telah di sahkan menghidapi Kanser Limfoma stage 4 dan sudah mengalaminya sejak 7 tahun lepas.

Kanser Limfoma bukan cerita baru di negara kita. Beberapa kali kita di kejutkan dengan berita kanser ini. Anak penyanyi nasyid Saudara Bazli UNIC, arwah Syahid, Pendakwah terkenal,Ustaz Hanifah antara yang di sahkan menderita penyakit ini.






1. Kenali apakah Kanser Limfoma?

Limfoma atau lebih dikenali sebagai kanser darah bermula dari sel sistem imun dipanggil lymphocytes'. Keadaan ini berlaku apabila 'lymphocytes' berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.

2. Tanda-tanda di serang Kanser Limfoma

Penyakit limfoma tidak akan menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. 
Menurut Ketua Jabatan Hemotologi Hospital Ampang, Datuk Dr Chang Kian Meng: 
"Pesakit akan berasa lesu, berpeluh waktu malam, sakit atau bengkak di bawah rusuk, terutama bahagian kiri, sesak nafas, ruam atau gatal kulit.
"Individu terbabit juga mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan, perut dan groin. Pesakit juga mengalami demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, perut atau tulang yang tidak dapat dijelaskan serta berat badan turun mendadak"

Tanda-tanda yang jelas:
# Pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas atau kesukaran pernafasan.
# Bengkak pada muka, leher, bahagian atas lengan dan dada.
# Kesukaran untuk menelan.
# Bengkak pada nodus limfa di dalam abdomen boleh menyebabkan kembung dan tidak selesa. Keadaan ini boleh menyekat saluran najis dan menyebabkan sembelit, loya dan muntah.
# Demam, hilang berat badan atau berpeluh pada waktu malam, kadang-kala dipanggil simptom B.
# Kegatalan kulit dalam kes limfoma hodgkin.
# Tanda limfoma bukan hodgkin terjadi dengan cepat, dalam masa beberapa hari atau minggu sebelum dikenal pasti. Sesetengah jenis limfoma jenis ini terjadi secara perlahan dalam beberapa bulan.
# Bagi limfoma hodgkin pula, biasanya berlaku dalam jangka masa panjang, secara perlahan. Kesan bengkak ini kelihatan sehingga satu tahun pada pesakit.
# Simptom B pada amnya merebak dengan cepat dan boleh dikesan dalam tempoh masa beberapa bulan penyakit disahkan.

3. Jenis-jenis Limfoma:
Ada dua jenis limfoma iaitu Hodgkin lymphoma (HL) dan Non-Hodgkin limfoma. Limfoma Hodgkin adalah sejenis limfoma tertentu dengan potensi sembuh yang tinggi, manakala Non-Hodgkin lymphoma (NHL), yang lebih biasa berlaku apabila sistem limfatik menghasilkan limfatik yang tidak normal.
Menurut statistik, di Amerika Syarikat (AS), setiap tahun dianggarkan 54,000 orang didiagnosis dengan NHL dan 7,000 kes HL. Ia adalah kanser darah paling lazim di AS sebaliknya Kesatuan Eropah (EU) menyaksikan lebih 50,000 kes NHL setiap tahun.
Mereka yang berumur antara 15 hingga 30 mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat HL, malah warga emas yang berusia 55 tahun ke atas juga mempunyai risiko yang sama.

3. Bagaimana kanser Limfoma berlaku?
Limfoma adalah sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh.
Sistem limfatik berfungsi untuk melawan jangkitan atau anasir yang membahayakan tubuh dan ia merangkumi nodus limfa yang wujud di seluruh tubuh bagi menyaring limfa yang mengalir melaluinya.
Apabila Nodus limfa bengkak dan menjadi lembut ,sejumlah besar organisma mikrobial terperangkap di dalamnya. Ini menunjukkan wujudnya jangkitan.
"Lymphocytes tidak normal terkumpul di dalam satu atau lebih nodus limfa atau tisu limfa. Pengumpulan ini seperti limpa atau tonsil dan lama-kelamaan membentuk kelompok sel yang dipanggil tumor.
"Tumor tumbuh dan merebak di kawasan sekitar tisu dan organ, seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien. Jika lymphocytes tidak normal bergerak dari satu nodus limfa atau pada organ lain, kanser akan merebak," 


4. Rawatan untuk Kanser Limfoma
Dari segi rawatan, pakar akan menjalankan semua pemeriksaan dan ujian sebelum menentukan tahap penyakit dan jenis rawatan sesuai.
Semua rawatan yang diberi bergantung penuh kepada kriteria pesakit, tahap penyakit, jenis limfoma dan tahap kesihatan pesakit ketika itu.


Bercerita mengenai tanda-tanda ini, kakak ipar saya juga di sahkan menghidap kanser ini sejak 2 tahun lepas. Mengalami hampir kesemua tanda-tanda di atas sebelum di sahkan sebagai penghidap kanser ini
Batuk berterusan, berat badan menurun mendadak, pada permulaan tidak nampak dengan jelas bengkak nodus limfa tetapi selepas xray secara terperinci baru perasan bengkak nodus limfa di bahagian leher.
Demam on off sepanjang masa. Sehinggakan ke klinik bertukar ganti dan akhirnya nekad ke hospital pakar di Johor. 
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Melalui proses kimoterapi bukan sesuatu yang mudah. Rambut gugur teruk sehingga kepala botak, selera makan tiada, antibodi 0 menyebabkan mudah demam dan selsema bebila masa, badan cepat panas sejuk, kesukaran tidur, bengkak di muka kaki dan pelbagai lagi. Inilah kesan yang di ceritakan oleh kakak dan apa yang saya nampak sendiri.
Sesuatu ujian Allah hadir bukan sebagai hukuman atau balasan. Tetapi sebagai kasih sayangNya dan ingin tingkatkan martabat diri. 
Sabarlah wahai diri yang di uji dengan ujian getir ini. Semoga Dia berikan kekuatan dan semangat luar biasa kepada yang di uji. Sentiasa fikir positif dan bersemangat untuk teruskan perjalanan hidup. Insyaallah semoga diberikan sebaik-baik kesembuhan.Teruskan beri sokongan kepada pesakit-pesakit ini




No comments:

Post a Comment