Pages - Menu

Aug 8, 2017

Adakah BAHAYA Melakukan MERUANG?

Hari ni penuh viral di muka buku mengenai bahaya melakukan MERUANG..Haa tau tak meruang tu ape? Boleh cari info lanjut mengenai ni ye..

Mengikut penulisan doktor tersebut, Allah dah jadikan kita dengan sebaik-baik kejadian. Tidak perlu nak jolok / buat meruang sehingga menyeksakan kemaluan / faraj sendiri. Teknik ini juga boleh merangsang untuk melakukan onani yang boleh membahayakan kesihatan.

Meruang ini juga di kaitkan dengan teknik untuk ketatkan rahim untuk galakkan hubungan intim dengan suami. Namun pesan doktor tersebut ada cara lain lagi yang lebih selamat seperti mengambil minuman manjakani atau melakukan Senaman Kegel. 

Tak tahu Senaman Kegel? Nak tahu cara nak rapatkan bahagian intim? 

Jom baca kat sini

Meruang adalah MERBAHAYA DAN TIDAK PERLU.
Kenapa merbahaya?
Kerana ianya mengundang jangkitan kuman ke dalam rahim kita.

Walaupun mereka kata, cuci tangan dulu dengan sabun antiseptik. Entah sabun apalah depa guna. Kalau dettol macam tu, itu hanyalah sabun biasa saja. 

Fahamkan dulu apa itu septik dan sterile.
Kenapa tidak perlu?
Kerana rahim anak dara atau rahim yang berusia muda memang dah ketat dah.
Rahim jatuh atau lemah tu untuk wanita yang sudah berusia (lebih 50 tahun ke atas) dan punya sejarah melahirkan ramai anak atau remaja muda ( 18 tahun ke bawah) yang melahirkan anak, selalu sembelit ( selalu teran) ,obesity atau ada masalah sakit puan yang lain.
Untuk maklumat lanjut boleh baca perkongsian doktor Erna Nadia di FB beliau.

Saya tidak arif mengenai teknik meruang ini. Namun sekiranya anda ingin melakukan perkara ini, boleh tanya details kepada yang pakar. Berbincanglah dengan doktor dan minta pendapat mereka. Kerana proses meruang ini melibatkan kawasan dalaman faraj. Silap teknik sangat merbahaya dan boleh mencederakan alat sulit sendiri. Kebersihan jari, kuku sangat penting untuk melakukan teknik ini.

Wallahualam. 

No comments:

Post a Comment