Pages - Menu

Jul 6, 2017

Tips Memasak Ketupat Segera @ Nasi Impit Noxxa

Bulan syawal ni sudah pasti banyak open house dan jamuan raya  - jamuan opis, jamuan sekolah anak-anak  dll. Bagi yang nak masak nasi himpit dengan cepat boleh masak menggunakan periuk tekanan noxxa. Memang menjimatkan masa.






Tips Untuk Memasak Nasi Impit Noxxa


Saya kongsikan semula tips yang saya dapat dalam group telegram pengguna noxxa ni..Mungkin dapatla membantu ibu-ibu,kakak-kakak yang ada periuk ni nak masak. Haa try jangan tak try.. Karang tak guna periuk tu rugi ya amat.


Bahan-bahan:



1 peket mini ketupat ( 30 biji)
Air dan garam

Cara2: 
  • Masukkan ketupat mini dlm periuk noxxa.
  • Letak air sehingga ketupat tenggelam semuanya.
  • Letak garam secukup rasa
  • HP 25 min, off dan bebas tekanan.
  • Jika ada bahagian nasi himpit yang belum kembang, tenggelamkn kebawah dengan balikkan yang bawah ke atas.
  • HP lagi 5 minit. 
  • Keluarkan dan sejukkan sebelum makan.  
  • Siap!!!


Tips:
  • Kadang selepas 25 min tu ada ketupat yg masih nampak macam nasi.. Balik2kan jer bagi die duduk bawah pulak. Lepas tu HP lagi 5 minit lebih kurang.
  • Bila habis masa tu berhati2 bebas tekanan sebab wap panas akan memancut keluar ye.. Tutup dulu atas tombol ngan kain towel dan putar ke stim.. 
  • bila wap dah habis keluar jangan terus buka.. Nanti mungkin ada limpahan air.. Biaq sat...
  • lebih afdal masa wat koje tu solawat dn zikir..hehe


Alhamdulillah, setakat ni masak nasi himpit pakai noxxa ni menjadi je keras macam biasa. So yang nak buat open house, jamuan raya dll, cubalah pakai periuk noxxa ni..tak payah nak tunggu berjam-jam atas dapur..


Selamat Ber 'open house' dan jamuan raya:-)

No comments:

Post a Comment