Pages - Menu

Jun 6, 2017

Antara Amalan Terbaik Sepanjang Ramadhan

11 Ramadhan sudah menjengah..Begitu cepat Ramadhan berlalu. Apa khabar semua?
Saya ingin share sedikit ilmu daripada penulisan seorang sahabat di muka buku mengenai Amalan Terbaik di Bulan Ramadhan ni. 
Perkongsian ilmu oleh Ustaz Muhammad Hazim Mohd Noh meminta untuk amalkan 3 perkara ini:

1) Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh);
2) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harap;
3)dan mereka selalu pula menginfakkan (mendermakan) sebahagian rezeki dari apa yang Kami beri kepada mereka.
(As-Sajdah 32:16) 


Di penghujung kelas pada hari Jumaat lepas, Ustaz Muhammad Hazim Mohd Noh tinggalkan kami dengan 1 pesanan.
Banyakkan buat 3 amalan orang yang benar-benar beriman dengan ayat-ayat Allah. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.
.
"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur".
(As-Sajdah 32:15)
.
Apa amalan 3 serangkai itu?
Ustaz minta rujuk ayat 16 Surah As Sajdah.
.
Balik rumah.
Merangkak-rangkak belek terjemahan.
Baca tafsir. Lakar doodle comot-comot.
Tadabbur apa yang diceritakan dalam ayat ini :
.
1) Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh);
2) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harap;
3)dan mereka selalu pula menginfakkan (mendermakan) sebahagian rezeki dari apa yang Kami beri kepada mereka.
(As-Sajdah 32:16)
.
Maha Baiknya Allah. Hadiahkan ilmu baru lagi. Makin belajar makin banyak tak tahu.
.
Ini kali pertama dengar orang terangkan tentang amalan bersedekah dalam Surah As Sajdah ini. Antara surah kegemaran anakanda. Lagi senang bawa bercerita dengan anakanda.
.
Bila baca sambungan kepada ayat di atas, Masya Allah, sangat 'soothing'.
.
"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan"
(As-Sajdah 32:17)
.
Nasihat yang baik untuk kita mengisi baki Ramadan yang masih bersisa. Moga amal soleh kita Allah suka, Allah terima, Allah redha. Dan mudah-mudahan akhirnya, Allah pilih kita untuk dapat pelbagai nikmat yang mengembirakan di akhirat kelak. Allahumma Ameen.

Credit: FB Nur Haslaily

No comments:

Post a Comment