Pages - Menu

May 23, 2017

Adakah ini Ramadhan Terakhir kita?

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..Tinggal 4 hari sahaja lagi untuk kita sampai ke bulan Ramadhan. Teringat kata ustaz mintalah doa selalu untuk sampai ke bulan Ramadhan,mintala doa selalu untuk sampai ke bulan Barakah ni kerana keberkatannya tidak dapat menandingi kebaikan di bulan-bulan lain.

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita bekas majikan saya jatuh di opis ketika ambil wuduk dan ketika itu suami kebetulan berdua bersamanya terus papah dan bawa ke hospital. Allah lebih sayangkan nyawanya..Sabtu lepas tanggal 20 Mei perginya Prof Dr Khazani, seorang murabbi, ceo,ketua yang sangat baik. Ramai kawan dan sahabat seperjuangan sangat terasa pemergiannya. Orang baik-baik Allah sayang, ramai orang sayang dan dipermudahkan. Boleh search kat carian FB nama arwah pasti akan menjumpai kisah hebat arwah ni. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa arwah dan tempatkan roh arwah bersama para solihin. Sempat berkerja di bawah seliaan arwah selama 4 tahun, banyak perkara saya pelajari. dan suami orang yang begitu rapat dengan arwah sedikit sebanyak memang sangat memberi kesan kepadanya. Pilu juga hati tengok suami bermuram lagi. Bila bersahabat keranaNya sudah pasti perit menghadapi sebuah kehilangan.

 Perginya dalam keadaan mengejut tersebut membuatkan saya betul-betul terasa tepat kena pada diri. Adakah kita yakin mampu sampai ke bulan Ramadhan? dan apa amalan yang kita nak bawa dan tunjuk pada Allah dengan amalan cetek tak seberapa ni..Allahu.

Banyak saya pelajari dari apa yang berlaku. Hidup ini terlalu singkat untuk kita bazirkan.

Berusahalah tingkatkan amalan-amalan diri.
Buatlah sebanyak-banyak kebaikan dan hindarilah kejahatan
Berilah yang terbaik apabila kita berkerja dengan orang lain
Banyakkan aktiviti sukarelawan. moga-moga ia menjadi saham diri di alam sana
Abadikan diri untuk agama. Lebihkan Allah dari segalanya.
Jangan tunggu bulan Ramadhan kita nak bertaubat dan nak buat ibadah kerana kita tak tahu usia kita sampai bila
Selalu bermaaf-maafan dan elakkan cari salah dengan orang lain.


Semoga Allah panjangkan usia kita semua untuk sampai ke bulan terbaik ini.

Kata ustaz. persiapan ramadhan kita perlu buat. Bukan masuk ramadhan baru nak fikir apa kena buat

  • Solat berjemaah
  • solat awal waktu
  • bersedekah walau RM1 setiap hari
  • Solat sunat
  • Membaca alquran setiap solat 5 waktu
  • Berhenti bercakap yang lagha
  • Hentikan perbuatan sia-sia
  • Qiamullail
  • Banyakkan berzikir


dan macam-macam lagi perkara bermanfaat boleh kita lakukan. 

Paling penting juga untuk kita jaga hati dan jaga percakapan kita supaya tidak sia-sia segala amal ibadah yang kita lakukan sepanjang berpuasa. Juga zaman teknologi, zaman berFB, twitter dll ni juga sangat penting untuk jaga tangan kita dari menulis perkara yang sia-sia dan menyakitkan hati orang lain.

Persediaan awal untuk Ramadhan bantu kita sentiasa mengingati diri untuk elak dari melakukan perkara sia-sia, dapat penuhi masa dengan sebaik mungkin. Carilah masa untukNya pasti kita jumpa dan dapat masa berkualiti.

Persediaan mental,rohani dan fizikal semuanya sama penting. Set Ramadhan cergas bertenaga juga amat baik untuk kita ambil sepanjang berpuasa untuk mantain dan boost tenaga serta cergas untuk melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah sunat yang lain.



Semoga Raamadhan kali ini lebih baik, lebih cemerlang dan kita dapat perolehi malam lailatul Qadr Nya..Ameen ya Rabb







No comments:

Post a Comment