Pages - Menu

Apr 10, 2017

7 Makanan Ini Dapat Bantu Kuatkan Badan dari Serangan Penyakit

Musim cuaca tak menentu sekejap hujan sekejap panas ni menyebabkan badan cepat letih, penyakit 3 serangkai demam, batuk dan selsema mudah menyerang. Dalam group whatsapp sekolah anak-anak hampir setiap hari persekolahan ada update daripada ibu atau bapa maklumkan anak tidak dapat hadir kerana kurang sihat.





Untuk kuatkan sistem imun badan, pemakanan dan suplemen juga memainkan peranan sangat penting.


Antara Makanan Yang Dapat Bantu Kuatkan Sistem Pertahanan Badan


1) Cendawan Butang


Haa sedap buat sup cendawan atau dalam apa jua masakan sayur anda.  Cendawan butang sangat kaya dengan mineral seperti Selenium dan Vitamin B ( riboflavin dan niacin). Sekiranya anda senang di jangkiti selsema, sebenarnya badan anda kekurangan Selenium. 


2) Tiram

Tahu tak pengambilan tiram dapat bekalkan sumber zink kepada badan yang sangat baik untuk menentang serangan virus. Zinc membantu mengalakkan dan aktifkan sel darah putih yang baik dan juga membantu dalam penyembuhan luka dengan cepat.


3) Tembikai

Cuaca panas sangat enak apabila mendapat jus tembikai. Tapi pastikan tanpa gula ya. Buah tembikai juga mengandungi banyak antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan seperti glutathione. glutathione dapat membantu kuatkan sistem pertahanan badan yang boleh menentang jangkitan.



4) Low-Fat Yogurt


Probiotik dalam yogurt sangat baik untuk kesihatan. Pastikan pilih minuman yogurt mengandungi 'live and active cultures'. Juga sangat baik untuk memilih yogurt yang mempunyai kandungan vitamin D. Ada kajian di jalankan menunjukkan pengambilan vitamin D yang rendah atau tidak cukup menyebabkan mudah untuk mendapat serangan selsema.


5) Bayam

Bayam sejenis sayuran 'superfood' - pelbagai nutriens boleh di perolehi apabila mengambilnya. Folate, salah satu zat yang membantu penghasilan sel baru dan memperbaiki DNA. Pengambilan bayam juga bantu untuk boost antioksidan seperti vitamin C dan pengambilan bayam dalam bentuk mentah lagi mempunyai banyak khasiat.


6) Keledek

Keledek mengandungi beta-carotene yang membantu melindungi badan daripada serangan radikal bebas. Ia membantu untuk boost immune sistem dan juga membantu melambatkan proses penuaan.


7) Brokoli

Brokoli mempunyai banyak khasiat . Ia mempunyai vitamin A , vitamin C dan antioksidan glutathione. Pelbagai nutrisi di dalamnya membantu melindungi badan daripada serangan radikal bebas dan daripada penyakit.


Credit: sumber webMD.com
Suplemen juga dapat membantu kuatkan sistem pertahanan badan dan melawan penyakit.





Set Immune booster mengandungi Nutriferon, Vitamin C, Garlic Complex dan Carotomax.


Set immune booster membantu melindungi  badan daripada serangan virus dan bakteria, menguatkan sistem pertahanan badan, sebagai antibiotik semulajadi dan melindungi badan daripada serangan radikal bebas.





Setiap pembelian set ini akan mendapat 2 paper bag shaklee seperti di atas


Sekiranya anda mengalami masalah immune badan rendah, sering jatuh sakit seperti demam, terkena serangan chicken pox, jangkitan virus, virus kencing tikus dan lain-lain sangat bagus untuk miliki set ini.


Untuk pesanan menggunakan kad kredit /debit anda boleh klik di sini atau whatsapp terus di sini:







No comments:

Post a Comment