Pages - Menu

Mar 10, 2017

Perkongsian Ustaz Dusuki - Pemilik Darjat Tertinggi di Syurga

Assalamualaikum..Salam Jumaat kareem

Semoga kita semua sihat selalu dan dalam perlindungan kasih sayang dan rahmatNya.

Sedikit perkongsian di pagi jumaat indah ini mengenai Pemilik Darjat Tertinggi di Syurga. Perkongsian setiap khamis oleh Ustaz Dusuki di Slot Mautizzati di IKIM.fm




Hidup kita di dunia tidak lama..Kita semua akan kembali ke sana. Tempat bersemadi kekal abadi..Samada tempat kita di neraka atau Syurga..Semua orang impikan syurga penuh kenikmatan yang Allah janjikan..Namun untuk naunginya dan masukinya bukan calang-calang 

Makam tertinggi di syurga adalah Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian nabi-nabi lain dan para sahabat.

Siapa lagi orang yang mendapat darjat tertinggi dekat dengan Nabi tersayang ni..Kalau boleh kita semua nak kan..

Allahurabi jom sama-sama kita lihat siapakah calon- calon penghuni syarga istimewa dekat dengan Nabi ni:

1) Orang yang mati syahid di jalan Allah. 

2) Ibu-ibu yg menjaga anak yatim dan orang yang turut sama membantu anak yatim. Disini bukan bermaksud bina rumah anak yatim..tapi kata Ustaz orang yang menjaga,membantu menguruskan persekolahan dan kehidupan anak-anak yatim..Yang selalu mengambil perhatian dan cakna kehidupan mereka. Bukan setakat pada hari raya sahaja tapi sepanjang masa. 


Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).

3) Orang yang menyantuni dan membuat baik kepada ibu-ibu tunggal dan orang-orang miskin. Berapa ramai orang gelandangan dan orang miskin yang memerlukan pertolongan orang lain. Ibaratnya ustaz cakap orang-orang yang menolong dengan ikhlas macam puasa dan tak pernah berbuka pahalanya.

4) Orang yg menghafaz a-lquran dan mengamal al-quran..bacalah alquran dengan tertib.Kedudukan seseorang di lihat kepada banyak mana beliau menghafaz..semakin banyak, semakin tinggi darjat

5) orang yg ikhlas dalam amalan..selalu bersedekah dan buat kerja dengan ikhlas


Pesan ustaz :
✔Jangan berhenti daripada belajar..jangan berhenti mencari ilmu..dan beramal dengan ilmu kita ada. Ramai mana orang yang di tarik ajalnya dalam keadaan sia-sia umurnya.
✔Beramallah walau sikit.Lama-lama jadi bukit
✔Jangan putus asa buat amalan.
✔Jika berdoa,mintalah syurga firdhaus walau kita tak layak. Allah suka dengar permintaan kita. 
✔Bila kita tak minta dengan Allah,kita sombong dengan Allah
✔Allah suka dgn hamba yang meminta dan merayu kepadaNya


Berlumba-lumbalah membuat kebaikan setiap hari dan semoga Allah pilih kita menjadi pemilik darjat tertinggi ini insyaallah.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment