Pages - Menu

Mar 13, 2017

Ibu Tak Nak Makan Asid Folic - Janin Bayi Boleh Cacat

Pagi ni sangat sedih bila baca perkongsian doktor Pakar O&G, Dr Imelda Balchin di FB beliau mengenai penyakit yang jarang-jarang berlaku tapi boleh terjadi kepada bayi dalam kandungan iaitu penyakit Anencephaly. 

Anencephaly is a serious birth defect in which a baby is born without parts of the brain and skull. It is a type of neural tube defect (NTD). As the neural tube forms and closes, it helps form the baby’s brain and skull (upper part of the neural tube), spinal cord, and back bones (lower part of the neural tube).
Anencephaly happens if the upper part of the neural tube does not close all the way. This often results in a baby being born without the front part of the brain (forebrain) and the thinking and coordinating part of the brain (cerebrum). The remaining parts of the brain are often not covered by bone or skin.

Penyakit ini - tengkorak tiada dan tidak pernah terbentuk dari awal hayatnya. Bayi membesar tanpa tengkorak. Allahuakbar. 
Puncanya adalah di sebabkan ibu tidak mengambil folic acid sebelum hamil dan semasa hamil dan juga di sebabkan tahap gula tinggi dalam darah ibu ( penyakit kencing manis) tidak terkawal pada waktu permulaan kehamilan.
Jom baca perkongsian doc di  bawah:
____________________________________________________
Anencephaly. 
Dua kali terkejut.
Otaknya sudah hancur di dalam kandungan ibunya tanpa perlindungan tengkorak yang tidak terbentuk.
Berat hati saya setiap kali menyampaikan berita kepada ibubapa yang janin di dalam kandungan mempunyai kecacatan yang membawa maut.
Tapi, memang berat lagi badan yang memikul. Macam tidak percaya bila kita lihat ada kecacatan yang seteruk ini. Janin ini akan terus membesar dan terus hidup di dalam kandungan, sebab ia menerima oxygen dan zat daripada uri ibunya sehingga bersalin. Selepas bersalin, tali pusatnya dipotong, dan sudah tiada lagi oxygen diterima daripada ibunya. Bayi ini akan meninggal dunia selepas bersalin sebab tidak mempunyai otak untuk mengawal pernafasannya, dan dia tidak akan bernafas sendiri.
Ada tiga punca mengapa tengkoraknya tiada, dan tidak pernah terbentuk dari awal hayatnya.
1. Tahap gula di dalam darah ibu yang tinggi (penyakit kencing manis) tidak terkawal, pada waktu permulaan kehamilan.
2. Kekurangan zat 'folic acid', sejenis vitamin, pada waktu permulaan kehamilan.
3. Kadang-kadang masalah di alam sekitar (environmental) yang tidak dapat dikesan.
Selalunya saya memberi nasihat kepada ibu yang sihat bagaimana mengelakkan kejadian ini. Ambil lah folic acid supplemen setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil, dan teruskan folic acid bila hamil untuk tiga bulan yang pertama.
Jika anda membuat hubungan kelamin suami isteri tanpa menggunakan kaedah perancang keluarga, sila lah ambil folic acid setiap hari, sebab anda tidak boleh meramalkan bila masanya anda akan hamil.
Tapi zaman sekarang, obesiti dan penyakit kencing manis lebih berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia, akibat kandungan gula yang tinggi dalam permakanan, memakan berlebihan dan kurang bersenam.
Kebelakangan ni setiap kali saya bertemu janin anencephaly ni, saya terus membuat kajian darah ibu dan mendapati semua ibu-ibu sudah pun ada penyakit kencing manis sebelum hamil lagi, tanpa pengetahuannya (undiagnosed diabetes).
DUA KALI TERKEJUT.
Pertama, bila mendapat tahu tentang kecacatan janinnya. Kedua, bila mendapat tahu tentang penyakit kencing manis (type 2 diabetes)
Bila ditanya adakah pernah mendapat kencing manis semasa kehamilan yang lepas (gestational diabetes), mereka semua menjawab
"Ya doctor, dulu saya pernah ada penyakit kencing manis semasa hamil"
Bila ditanya lagi, selepas bersalin, ada tak berjumpa doktor semula untuk memastikan penyakit kencing manis sudah betul-betul pulih (gestational diabetes), dan adakan anda pastikan paras gula di dalam darah di tahap yang normal setiap tahun, sebelum hamil semula?
Jawapannya semua sama saja, "Tidak doktor"
Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Kesihatan dan masa hadapan anak-anak kita juga tanggungjawab kita, dan tanggungjawab ini bermula dari sebelum hamil lagi.
Jika anda mempunyai penyakit kencing manis (type 1 atau type 2 diabetes), elakkan kehamilan dengan menggunakan kaedah perancang keluarga, sehingga penyakit kencing manis anda terkawal, seelok-eloknya kurangkan bacaan HbA1C ke tahap yang normal (6.3% ke bawah) dan ambil lah folic acid (5mg sekali sehari) sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil.
Jika anda pernah mendapat gestational diabetes (penyakit kencing manis semasa hamil sahaja), anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis di masa hadapan, jadi pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mengkaji paras gula di dalam darah 6 minggu selepas bersalin, dan ulang semula setiap tahun.
Insyallah, kita boleh mengelakkan anencephaly dan kecacatan janin yang lain disebabkan penyakit kencing manis. Allah menentukan, tetapi kita boleh cuba merancang dan berusaha. Dan ilmu itu sudah diberikan. Kalau boleh, kurangkanlah benda yang bagi kita terkejut-terkejut ni dalam menempuhi cabaran hidup kita.
--------------------------------------------------
Saya tak sanggup nak letak gambar sebenar bayi tanpa tengkorak. Sedih sangat nak tengok lama-lama. Ibu-ibu boleh google sendiri rupa sebenar penyakit anencephaly ini
Peringatan bersama untuk kita para ibu, bakal-bakal ibu supaya prihatin dan ambil cakna mengenai ini. Lagi-lagi ada yang masih merasakan tidak penting pengambilan suplemen sepanjang kehamilan dan ingin hamil. 

Suplemen Asid Folic natural - B Complex. Lengkap dengan keseluruhan vitamin B dan asid folic untuk kebaikan dan manfaat ibu dan bayi. Hanya mengambil 1-2 biji sehari dapat mencegah risiko terjadinya penyakit tidak di ingini ini.

Jumlah Asid Folik Yang Dicadangkan Mengikut Usia Kehamilan :-
  • 400 mcg – Perancangan untuk hamil
  • 400 mcg – Tiga bulan pertama kehamilan
  • 600 mcg – Enam bulan hingga Sembilan bulan kehamilan
  • 500 mcg – Semasa menyusukan

Ubah cara berfikir, dan ambil cakna kesihatan diri kita. Sebab kita boleh merancang dan berusaha untuk elakkan perkara tidak di ingini seperti ini terjadi.
Wallahualam


No comments:

Post a Comment