Pages - Menu

Dec 1, 2016

Siapakah yang Cipta Multivitamin Pertama Dunia?

Siapa orang yang cipta multivitamin PERTAMA di dunia?

Beliau adalah Dr. Forrest C. Shaklee






Dulu multivitamin ni dalam bentuk cecair yg diberi nama Vitalized Mineral dan akhirnya selepas beberapa kali evolusi di ubah menjadi bentuk pil untuk mudah ditelan yg dikenali sebagai Vitalea yang sudah berusia hampir 101 tahun.

Mantan PM kita salah seorang yang komited amalkan vitamin terbaik ni sehingga ke hari ni:-)



Perkataan VITAMIN yang kita sebut2 hari ni jugak adalah berasal daripada Shaklee Vitalized Mineral yang disingkatkan menjadi VITA-MIN.



Dr. Forrest C. Shaklee ni adalah pengasas kepada shaklee yg dikenali diseluruh dunia hari ni.



Menghidap TB sejak kecil

Nak cerita sikit dahulu kisah insan hebat ni. 


Semasa baby Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yg merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja

Bayangkan sehingga ayah dia dah give up & seolah2 tunggu je anaknya meninggal.
Tapi Mak dia, yelah kasih Mak kan... Taknak give up. Mak dia tukar pemakanan mereka kepada herba2 yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.
Akhirnya bapanya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Kat situ mereka lebih close to nature. Udara segar dan makanan yg fresh.
Mak dia terus usaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak bergerak2 tapi dia sangat positif. Hinggalah baby Forrest umur 4 tahun dan dia boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!
Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun je, Forrest menjalani zaman kanak2 dan remaja yang happy. Beliau mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan terbabit.
Beliau mendaftar masuk ke Plamer School of Chiropractic dibawah kelolaan B.J Palmer. Semasa beliau belajar disana, beliau sering melihat pesakit yang kurang nutrien ataupun terlebih (overfed). Beliau percaya yang kekurangan nutrisi boleh menyumbang kearah sesuatu penyakit dan beliau semakin mengambil berat tentang kepentingan nutrisi didalam kehidupan seharian.



Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yg beliau ada, Forrest berazam utk tolong orang yang sakit dan tak mampu datang jumpa dia. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.
Disebabkan kerjanya berkaitan dengan tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yg tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.
Sekali lagi Forrest taknak give up. Antara motivasinya sbb dia nak terus berbakti. Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dgn regime pemakanan berasaskan herba & buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak.
Masa ni beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks terhasillah Herblax.
Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.
Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.
Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen. Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan.

Sejak itu Dr. Forrest C. Shaklee sangat menekankan aspek semulajadi dalam penghasilan produknya. Beliau percaya ”drugs hanyalah untuk mengaburi simptom penyakit, bukan menyembuhkan”.

Hasil usaha awal beliau ni akhirnya dapat menghasilkan pelbagai jenis produk drpda bahan semulajadi yang bebas daripada bahan kimia (di beri nama brand shaklee) dan ramai penduduk dunia dah dapat manfaat daripada Shaklee sehingga hari ni.


@Majalah iSIHAT Feb 2013
credit Elaila.net



Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah2 macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. Sikap positif,taknak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.



Multivitamin pertama dunia ini sekarang di kenali sebagai vitalea sudah berada 100 tahun di pasaran. Lengkap dengan kandungan zat besi 




Kebaikan nutrisi memang tidak dapat dinafikan lagi untuk manfaat tubuh dan sangat membantu daripada serangan penyakit dan menghalang penyakit daripada semakin kronik. Insyaallah.


Kenapa pilih suplemen Shaklee?


  • Mempunyai Landmark Studies
  • Kajian R&D daripada pakar saintis
  • Berasaskan tumbuhan semulajadi
  • Bebas pengawet,pewarna dan pemanis
  • Halal





Credit : Lyna Noh

No comments:

Post a Comment