Pages - Menu

Nov 23, 2016

Buku Motivasi Wajib Baca : Insan Hebat Prof Dr Muhaya

Malam ni saya nak share buku yang saya tengah baca sekarang ni..Masih belum habis lagi tapi aura dia subhanallah bila baca terasa sangat-sangat positif.




Sape tak kenal dengan Prof Dr Muhaya kan..Insan hebat pakar motivasi,pakar mata yang sangat-sangat positif.

Serious bila baca kisah hidup prof saya rasa sebak.Kuatnya ujian yang prof hadapi di usia remaja. Sering di tinggalkan oleh arwah ayah prof kerana kerjanya sebagai seorang askar wataniah namun prof sangat rapat dengan arwah ayahnya. Beliau sering mendapat semangat daripada ayah prof yang sangat tegas dan berdisiplin. 

"Bak,yah nak naik kapal terbang." Ayahnya akan menjawab " Belajar.Kalau muhaya rajin belajar,Muhaya akan dapat apa-apa sahaja yang Muhaya nak".

Sejak kecil arwah ayahnya sering berpesan:

"Kunci untuk berjaya di dunia,belajar"
"Kunci untuk pintu syurga,tolong orang dan murah hati"

Cekalnya hati prof bila ayah ibunya bercerai. Namun tidak sekali mematahkan semangat prof untuk sentiasa positif dan berjaya dalam peperiksaan besar di dudukinya.




Bila prof ceritakan kisah arwah ibu beliau, saya rasa pilu sangat..Teringat wajah kudus arwah bonda. Arwah bonda prof memang nak sangat prof jadi seorang doktor hebat seperti Doktor Azizah yang bertugas di hospital di hadapan rumahnya. Impian seroang ibu dan cita-cita ibu beliau untuk melihat dia menjadi seorang doktor membuatkan prof sentiasa kuat semangat dan tekun belajar.

Sepupu sepapat dan sedara mara akan datang belajar dengan prof bila time cuti sekolah kerana tahu prof seorang yang sangat pandai.

Bayangkan ketika di tingkatan 4, Prof sudah menjawab kesemua soalan MCE tahun-tahun lepas sebagai latih tubinya sendiri tanpa arahan guru. Kerajinannya sangat luar biasa sehingga menjadi anak emas guru-guru prof.


Dalam banyak-banyak perkongsian prof ni juga saya menitis air mata bila prof ceritakan kisah anaknya di tahan di wad dan beliau suami isteri terpaksa tidur berlantaikan simen yang di alas kain dalam kelas wad ketiga kerana wad kelas 1 sudah penuh ketika itu. Masa tu prof tertanya-tertanya apalah dosa dan kesalahannya di uji begitu padahal dirinya dah menjaga solat. Namun prof positif dan menggunakan konsep 'reset minda' dan positif untuk improve solat dan mula mengamalkan solat berjemaah..Subhanallah.


Banyak nak share tapi serius best sangat buku ni..Tak sampai separuh lagi saya baca tapi dah banyak benda positif dan aura positif saya dapat. 

Buku ni saya beli dengan harga RM30 lebih sebab tengah promosi.Rasanya masih dalam promosi. Harga asalnya RM80.00. 

Korang beli cepat-cepat ya.. Memang tak rugi baca kisah hidup prof ni..Saya pasti ada sesuautu korang juga akan dapat bila membacanya. Diselitkan juga dengan kata-kata hati yang sungguh membahagiakan ini.




Banyak lagi kisah-kisah menarik yang di kongsi dan sangat-sangat menaikkan motivasi. 

Dapatkan segera di pasaran ya. 

Semoga bermanfaat





No comments:

Post a Comment