Pages - Menu

Nov 29, 2016

Cuti Sekolah Sudah Tiba. Ke Manakah Kita?

Cuti sekolah sudah bermula.




Anak-anak seronokla kan.mak-mak kat rumah la sedikit pening..hehe..dah ada semua ni memang meriahla..

sekejap masuk dapur bukak peti, sekejap makan roti calit jem coklat, bukak youtube TV dan macam-macam lagi..berselang seli dengan suara gelak ketawa dan tangisan..lumrah la tu..

Mak-mak kene banyakkan zikir fatimah dan selawat ye..tarik nafas dan hembus banyak2:-)


Program cuti sekolah? kemana kita? mungkin ada plan balik kampung.

Minggu ni anakanda-anakanda solehah pergi ke program generasi alquran (gengQ) area bandar baru bangi ni selama 5 hari,program ni tahun lepas along hanis dah join..so tahun ni kak una plak request nak pergi..



semoga mendapat manfaat sepenuhnya hendaknya nanti.

Banyak aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program ni.

ada eksplorasi alam,hafazan,seni dan kreativiti, eksperimen sains, kenali tokoh2 islam, permainan traditional, power talk dan macam2 lagi.haa macam2 ade..best pulak tgk aktiviti2 ni..untungla nak oii,zaman umi kecik2 dulu takdak pun camni



Apapun,semoga dapat membantu anak2 menjadi insan lebih baik,dapat timba lebih banyak ilmu pengetahuan dan pada masa sama membentuk peribadi yg baik dan solehah..insyaallah

Malam-malam nanti umie kene sediala telinga nak dengar cite2 best diorang nanti.

Semalam buat eksperimen jarum terapung, buah anggur tenggelam dan hafazan surah al qariah..Anak-anak balik pengsan terus dalam kereta masa umie p COD hantar barang customer. Jalan jem plak sebab lepas hujan. Lepas maghrib diorang bersemangat baca hafazan surah dan terjemahan. Katanya kalau ingat dapat hadiah tau umie..Dah siap hafal, buat latih tubi Matematik sikit sebelum tengok kartun kat youtube sekejap sebelum masuk tidur.

Aktiviti lain?

Minggu depan insyaallah kami nak berfamily day di Avani Resort dengan atuk nenek dan keluarga belah suami..Haa kita main air laut la pepagi..haa musim hujan tak hujan boleh je kan bercuti..hehe..sape mau stay bercuti tenangkan fikiran di Avani Resort bolehla PM saya ya.Whatsapp lagi mudah..dapat special price insyaallah. Untuk bulan 12 ni ada 1 tarikh je available..Selebihnya tahun depan plak.

Avani Sepang Goldcoast


Cuti sekolah ni pun banyak tempat-tempat best kan..

Yang saya tahu program berdekatan ada MAHA 2016 bermula 1 Disember sehingga 11 Disember di MAEPS Serdang. Pecinta buah-buahan,pokok-pokok jangan lupa datang sini ye

Untuk anak-anak pula bolehla bawak ke Malaysia Islamic Children's Fair bermula 2-4 Disember ini di Masjid Besi, Putrajaya





Selamat berprogram dan selamat bercuti juga buat anak2 semua..isikan masa sebaiknya ya..Jaga diri juga musim tengkujuh ni.

Korang bercuti ke mana? jomla share aktiviti-aktiviti menarik bersama keluarga..

Take care.

Bagi yang masih berminat untuk dapatkan promosi Nutriferon, Vitalea for children, Alfafa Complex dan Lecithin jangan lepaskan peluang promosi bulan ni ya..


Esok dah last day tau..Boleh Whatsapp no kat bawah ni laju-laju



Nov 27, 2016

Produk Semulajadi no 1 Pilihan Saya dan Rakyat Seluruh Dunia

Suplemen feveret.

Eh ade ke suplemen feveret ni? Mestilah ada kan..Suplemen ni penting untuk isi lompong-lompong nutrisi yang kurang dalam badan kita. Kekadang skip makan buah,kekadang skip makan sayur. Ada juga hari malas nak masak,so ambikla makanan segera. So dengan ambil suplemen ni dapat bantu lengkapkan zat nutrisi dan bantu badan sihat. Insyaallah

Produk brand Shaklee ni ada banyak. Ada lebih daripada 20 jenis suplemen tapi paling konsisten selalu ambil adalah suplemen berikut: 






Alfafa Complex, Vitamin C, Omegaguard, Ostematrix, ESP dan Cinch Energy tea.


Sebelum ni saya pernah ambil set hamil shaklee,set berpantang dan set menyusu. Alhamdulillah kesemua set ni sangat membantu ketika hamil, berpantang dan menyusu.



Set hamil Shaklee bantu bebas masalah GDM dan darah tinggi

Luka cepat sembuh dan badan bertenaga dengan set berpantang shaklee

Set Menyusu bantu susu lebih meriah dan badan bertenaga


dan mostly semua suplemen feveret saya ni ada dalam salah satu set di atas.


Since saya ni penghidap athma, omegaguard dan vitamin c tu dah jadi sahabat setia..bantu kuatkan imun dan alhamdulillah takdela nak bergantung kat nebulizer dan inhaler lagi.

Yg lain2 suka sebab ada manfaat masing2:

→Alfafa utk detoks darah dan detoks seluruh badan, buang angin, atasi masalah dalaman wanita,rawat keputihan dan pelbagai lagi





→Ostematrix utk hilangkan lenguh2,sakit pinggang,atasi sembelit

→ESP untuk sel badan yg sihat dan berikan tenaga berpanjangan.

→Omegaguard bantu kuatkan imun badan, atasi radang dan baik untuk kesihatan jantung


→Cinch energy tea tu boost tenaga.Di ambil ketika mengantuk atau badan lesu ia akan bantu boost balik tenaga dan merasa segar




Eh ada satu lagi. Produk terbaik untuk mengurangkan risiko penyakit kritikal dan antipenuaan iaitu tonik VIVIX. Mana tak jatuh cinta kan, minum ni boleh bantu boost tenaga dengan cepat dan bantu cegah daripada penyakit kritikal seperti kanser,diabetes,darah tinggi dan lain-lain.

Boleh baca kajian saintifik vivix di sini

Suplemen Shaklee adalah suplemen semulajadi. Mempunyai Landmark studies yang telah di perakui ,kajian dan R&D oleh para saintis bagi memastikan keberkesanan produk dan selamat untuk penggunaan jangka masa panjang dan berkesan.


Suplemen Shaklee di gunakan oleh angkasawan NASA dan para pemain olimpik.. Haa jangan pandang sebelah mata tau. Dah sampai ke angkasa lepas dah suplemen shaklee ni:-)




Pengguna Shaklee bukan setakat di Malaysia malah di seluruh dunia










Yang masih mencari2 suplemen bersesuaian dan tak tahu nak pilih mana satu boleh mencuba suplemen semulajadi yang di iktiraf dan telah menjadi pilihan ramai penduduk dunia ni.


Insyaallah suplemen terbaik untuk kesihatan berpanjangan. Mudah-mudahan Allah terima salah satu usaha kita menjaga amanah kesihatan badan ni dan semoga kita di anugerahkan sebaik-baik kesihatan sehingga ke akhir hayat.

Penting untuk kita memilih dan menggunakan suplemen yang baik kerana terdapat lambakan produk  yang sintetik yang boleh merosakkan buah pinggang. Yang penting pastikan ia selamat di ambil dalam tempoh lama dan tidak membebankan buah pinggang seperti suplemen semulajadi ini.


Bagi yang berminat untuk dapatkan mana-mana suplemen Shaklee boleh hubungi saya seperti berikut:













Nov 26, 2016

Berat Badan Mantain & Inchloss dengan Lecithin

Promosi November tinggal lagi 4 hari sahaja lagi. Yang masih tertanya-tanya promosi bulan ni salah satunya adalah set kurus asas ( Set bajet Kurus) iaitu Lecithin dan Alfafa Complex.

Bagi peminat Lecithin dan Alfafa Complex, jangan lupa untuk grab promosi bulan ni ya.

Beli 3 botol Percuma 1. Haa dah jimat RM53.75





Bila sebut Lecithin kebanyakan daripada kita tidak faham apa fungsi dan kebaikannya. Lecithin ni diperbuat daripada soya.Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. Perlu diingat system badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri.


Manfaat Lecithin

Sebenarnya banyak manfaat lecithin ni bukan setakat bantu turunkan berat badan tetapi lebih daripada itu.

  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf. 
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS






Bagi ibu dalam pantang yang mengalami masalah bengkak susu, Lecithin boleh bantu atasi masalah ini. Boleh baca di entry ni ya : 



Lecithin juga dapat membantu ibu-ibu yang nak turunkan berat badan selepas bersalin kepada berat asal. 



Lecithin sangat baik untuk tajamkan minda dan menguatkan memori. Jika ibu mengambil Lecithin, bayi pun boleh dapat khasiatnya melalui susu ibu.  

Bagi anda yang ingin mendapat khasiat lecithin,jangan lupa grab promosi bulan ni. Beli 3 dapat 4. Haa percuma sebotol dah jimat RM53.75.




Lecithin ni lagi bagus sekiranya di ambil bersama dengan sahabat baiknya, Alfafa Complex. Ini kerana Alfafa Complex membantu menyahkan lemak daripada salur darah dan dapat keluarkan toksin. Alfafa Complex juga bantu detoks darah dan atasi masalah sembelit.




Jom ada masa lagi 4 hari. Promosi beli 3 percuma 1 ni boleh di beli di link bawah ni 


atau boleh hubungi saya segera seperti berikut:









Nov 23, 2016

Buku Motivasi Wajib Baca : Insan Hebat Prof Dr Muhaya

Malam ni saya nak share buku yang saya tengah baca sekarang ni..Masih belum habis lagi tapi aura dia subhanallah bila baca terasa sangat-sangat positif.




Sape tak kenal dengan Prof Dr Muhaya kan..Insan hebat pakar motivasi,pakar mata yang sangat-sangat positif.

Serious bila baca kisah hidup prof saya rasa sebak.Kuatnya ujian yang prof hadapi di usia remaja. Sering di tinggalkan oleh arwah ayah prof kerana kerjanya sebagai seorang askar wataniah namun prof sangat rapat dengan arwah ayahnya. Beliau sering mendapat semangat daripada ayah prof yang sangat tegas dan berdisiplin. 

"Bak,yah nak naik kapal terbang." Ayahnya akan menjawab " Belajar.Kalau muhaya rajin belajar,Muhaya akan dapat apa-apa sahaja yang Muhaya nak".

Sejak kecil arwah ayahnya sering berpesan:

"Kunci untuk berjaya di dunia,belajar"
"Kunci untuk pintu syurga,tolong orang dan murah hati"

Cekalnya hati prof bila ayah ibunya bercerai. Namun tidak sekali mematahkan semangat prof untuk sentiasa positif dan berjaya dalam peperiksaan besar di dudukinya.




Bila prof ceritakan kisah arwah ibu beliau, saya rasa pilu sangat..Teringat wajah kudus arwah bonda. Arwah bonda prof memang nak sangat prof jadi seorang doktor hebat seperti Doktor Azizah yang bertugas di hospital di hadapan rumahnya. Impian seroang ibu dan cita-cita ibu beliau untuk melihat dia menjadi seorang doktor membuatkan prof sentiasa kuat semangat dan tekun belajar.

Sepupu sepapat dan sedara mara akan datang belajar dengan prof bila time cuti sekolah kerana tahu prof seorang yang sangat pandai.

Bayangkan ketika di tingkatan 4, Prof sudah menjawab kesemua soalan MCE tahun-tahun lepas sebagai latih tubinya sendiri tanpa arahan guru. Kerajinannya sangat luar biasa sehingga menjadi anak emas guru-guru prof.


Dalam banyak-banyak perkongsian prof ni juga saya menitis air mata bila prof ceritakan kisah anaknya di tahan di wad dan beliau suami isteri terpaksa tidur berlantaikan simen yang di alas kain dalam kelas wad ketiga kerana wad kelas 1 sudah penuh ketika itu. Masa tu prof tertanya-tertanya apalah dosa dan kesalahannya di uji begitu padahal dirinya dah menjaga solat. Namun prof positif dan menggunakan konsep 'reset minda' dan positif untuk improve solat dan mula mengamalkan solat berjemaah..Subhanallah.


Banyak nak share tapi serius best sangat buku ni..Tak sampai separuh lagi saya baca tapi dah banyak benda positif dan aura positif saya dapat. 

Buku ni saya beli dengan harga RM30 lebih sebab tengah promosi.Rasanya masih dalam promosi. Harga asalnya RM80.00. 

Korang beli cepat-cepat ya.. Memang tak rugi baca kisah hidup prof ni..Saya pasti ada sesuautu korang juga akan dapat bila membacanya. Diselitkan juga dengan kata-kata hati yang sungguh membahagiakan ini.




Banyak lagi kisah-kisah menarik yang di kongsi dan sangat-sangat menaikkan motivasi. 

Dapatkan segera di pasaran ya. 

Semoga bermanfaat





Masalah Period Berpanjangan Melebihi 15 hari? Detox Penyelesaiannya

Darah haid berlanjutan sehingga 15 hari? Seksa bukan. Bab solat. puasa memang sedikit haru tetapi perlu jelas dan kira dengan sebaik-baiknya supaya ibadah kita tidak terganggu dan tidakla kita menanggung dosa. Pengalaman saya pakai IUCD first time darah period berlanjutan sehingga lebih 15 hari. Jiwa sedikit kacau, dah jumpa doktor pun doc maklumkan ia adalah perkara biasa memandangkan saya menyusu badan.


Hari ni nak share kisah seorang kawan SID yang juga alami darah haid berlarutan tapi beliau tidak mengambil sebarang ubat perancang,implan atau IUCD. Jom baca lebih lanjut kisah beliau ni camna beliau dapat atasi masalah period panjang ini.

=======================================================================
Tak pernah seumur hidup saya darah haid berlarutan lebih dari 15 hari.

Tiba-tiba bulan lepas darah saya tak mahu berhenti. Bahkan pada hari ke - 18, darah yang sepatutnya kering menjadi banyak semula.

Saya mula risau, ada fibroid ke? Atau cyst ke?
Atau, penyakit yang ramai wanita takut. Tak berani nak sebut.

Lantas saya jumpa pakar sakit puan.

Alhamdulillah doktor check semua ok. Cuma mungkin ada masalah hormon, jadi darah tiba-tiba keluar berlarutan.

Doktor bagi ubat untuk hentikan darah. Doktor bagitau keadaan saya ini mungkin ambil masa lebih 3 bulan untuk pulih kembali.

Stress rasa.

Saya sangat tak selesa bila setiap kali mahu solat, saya perlu bersihkan darah dan tukar pad.

Takkan kena hadap selama lebih 3 bulan?

Saya Google nama ubat tersebut untuk baca side effect ubat.

Long story cut short, saya decide untuk detoks dengan Set Detoks Shaklee terlebih dahulu, ubat hold kejap.

Saya tahu pemakanan saya setakat ini dah tak berapa clean, dan kebanyakan penyakit adalah sebab toksin banyak sangat dalam badan.

Kalau seminggu tiada perubahan, baru saya akan cuba ubat doktor.

Saya mulakan dengan ESP yang dibancuh bersama Nutriferon dan Performance Drink, makan sekali GLA, DTX, Peppermint Ginger, Alfalfa.

Kemudian saya tambah Vitamin C dan Omega Guard.

Saya juga elak makanan bergula, roti putih dan kafein.

Mula-mula bantai je, tapi bila ambil benda-benda tu, nampak darah banyak balik. So saya pause.

Alhamdulillah hari pertama saya makan, darah berkurangan sehingga dah tidak perlu pakai pad.

Hari-hari seterusnya darah semakin sedikit dan akhirnya hanya discharge jernih yang keluar.

Terkini, selepas seminggu konsisten Set Detoks versi saya ini, saya hampir bersih dari darah.

Keputihan petanda darah kering, telah mula muncul.

Syukur alhamdulillah. Syukur.

Tak perlu dah hadap darah tak berhenti 3 bulan.

Set Detox Shaklee bantu hentikan maslaah period berpanjangan

Alhamdulillah, masalah beliau akhirnya hilang sendiri tanpa perlu menunggu 3 bulan lamanya. Dengan set detox, jaga dan kawal pemakanan ( elakkan makanan bergula putih,caffeine dan roti putih) akhirnya dapat membaikpulih tahap kesihatan beliau.

Sekiranya ada yang mengalami masalah sama dan ingin mencuba suplemen detox  di atas boleh hubungi saya seperti berikut:


Nov 22, 2016

Cara Tingkatkan Sistem Imuniti Badan

Musim akhir tahun ni memang musim tak menentu..Kalau belah pantai Timur memang dah musim tengkujuh. Teringat time kecik-kecik dulu musim camni duk memerap dalam rumahla..makan lauk ikan bilis,telur je since ikan-ikan kat pasar memang mahal la musim camni.

Musim tengkujuh jugak hidung cepat soksek..batuk dan demam mula menyapa. Yang ada masalah athma time ni memang kene jaga-jaga. 



Selain menjaga kesihatan diri,pemakanan seimbang sangat penting dan vitamin juga sangat membantu.

Tips penting untuk kuatkan sistem pertahanan badan:

1. Persekitaran sihat.

- Jaga kawasan rumah supaya bersih
- guna pencuci mesra Alam
- elakkan daripada pembiakan nyamuk

2. Gaya hidup sihat

- uruskan tekanan dengan baik..lagi stress lagi mudah sistem imuniti diceroboh
- kekal positif
- bersenam

3. Amalkan makanan seimbang.cukup zat Nutrisi - buah-buahan dan sayur-sayuran

  • Pengambilan vitamin dan mineral juga sangat penting..ia adalah asas tubuh yg sihat.
  • Protein yang cukup bantu menyokong penghasilan komponen dlm imun sistem.


Kuatkan Sistem Imuniti Badan

Bagi penghidap athma macam saya ni memang konsisten dengan omegaguard,vitamin C, Garlix Complex dan juga Nutriferon.

Anak-anak pula saya bekalkan dengan Nutriferon jika selsema dan demam, dan Vitamin C Chewable untuk kuatkan sistem pertahanan badan mereka.


Fungsi dan Kebaikan Vitamin:

VITA-C PLUS -Membantu dalam meyalurkan vitamin C berterusan. Membantu menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Anak-anak boleh mengambil Chewable Vita-c Plus.

GARLIC COMPLEX - Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yanb baik. Ia juga bertindak sebagai antibiotik semulajadi.



NUTRIFERON - immune booster khas untuk kuatkan sistem pertahanan badan. Ia membantu mengukuhkan sistem imuniti badan dalam masa 3 hari dan menghalang serangan virus dan bakteria sekeliling kita


Immune booster semulajadi, Tiada kesan ubat merbahaya


OMEGAGUARD - Minyak ikan laut dalam yang kaya dengan DHA dan EPA, baik untuk kurangkan radang dan menguatkan paru-paru. Amat baik untuk melegakan batuk berkahak 

Kaya dengan DHA dan EPA yang juga baik untuk kecerdasan otak

Insyaallah dengan menjaga kesihatan persekitaran, jaga pemakanan (kurangkan makanan berproses, roti putih, makanan tinggi gula putih) dan pengambilan suplemen immune booster di atas kesihatan diri dan keluarga dapat di tingkatkan.

Jika setiap bulan MC dan sering demam ,sudah tiba masanya untuk anda tingkatkan sistem imuniti badan.

Take care.



Nov 21, 2016

Kelebihan dan Khasiat Alfafa untuk Lelaki

Semalam saya dapat PM dari seorang customer bertanyakan bolehkah suami beliau mengambil Alfafa Complex?



Owh,sudah tentu boleh.Sangat-sangat boleh!

Sebelum tu kita berkenalan dulu dengan Alfafa Complex ni..Mungkin anda pernah tengok iklan air alfafa? atau pernah minum air alfafa?

Alfafa Complex dikenali sebagai raja tumbuhan.  Ia merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. 

Alfalfa Complex kaya dengan vitamin dan mineral. Ia mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Ia juga mengandungi mineral lain sepertu Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi.

Alfafa Complex bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat serta bertindak sebagai pembersih darah dalam badan.

Sering kita dengar alfafa jamu moden terbaik untuk wanita sebagai perapat,membantu sebagai milkbooster,hilangkan keputihan dan banyak lagi. 

Boleh baca disini: Khasiat dan kebaikan Alfafa untuk kesihatan wanita anggun

Alfafa Complex bukan setakat memberi manfaat untuk kesihatan wanita malah ia juga boleh membantu golongan lelaki dan para suami.


Khasiat Alfafa Complex untuk Lelaki:


1) Membantu mengurangkan masalah resdung
2) Mengurangkan masalah gatal-gatal kulit,alahan
3) Mengurangkan paras asid uric dalam badan
4) Membantu menghilangkan masalah bau badan
5) Membantu detoks darah dan keseluruhan badan
6) Membantu menurunkan kolestrol tinggi dan pecahkan lemak
7) Membantu membuang angin dalam badan
8) Melegakan sakit sendi dan sakit belakang
9) Melegakan sembelit
10) Menghilangkan kelesuan
11)Membantu mencuci buah pinggang dan merawat masalah kencing kotor





Testimoni Alfafa Complex:







Lagi Testimoni Alfafa Complex di sini


Kelebihan Alfafa Complex berbanding jenama alfafa lain:

1. Diekstrak dari sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2. ditanam tanpa semburan bahan kimia. Bebas racun ye.
3. Tidak memudaratkan bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
4. Alfalfa Complex BEBAS perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
5. Lulus KKM dan Halal


So kiranya anda wahai lelaki hensem sekalian mempunyai masalah bau badan, cubalah detoks dengan Alfafa Complex ni.. Bukan sahaja bantu buang segala toksin dalam badan malah masalah bau badan, masalah keletihan dan sakit-sakit badan juga turut hilang. Insyallah.

Harga sebotol Alfafa Complex ni murah sahaja. 330 biji RM53.75 atau 700 biji hanya RM97.50 ( exclude postage). Kalau beli sebotol kat rumah boleh share dengan mak ayah atau suami isteri..Insyaallah semua dapat khasiat dan manfaat yang baik.


Bulan ni ada promosi istimewa.

Beli 3 botol dapat 4 botol.Haa percuma 1 untuk pembelian 3 botol.

Buat masker alfafa pun best sangat..Lembut juga kulit muka lepas masker..

ehem..ehem promosi tinggal lagi 9 hari je lagi..meh lekas boleh PM atau buat pembelian terus kat link bawah ni


PEMBELIAN PROMOSI ALFAFA COMPLEX


atau boleh hubungi saya seperti berikut:





Nov 20, 2016

Hadiah Blogspot Template Dari Reenri.Com

Assalamualaikum..

Jom join Giveaway ni..Hadiah menarik menanti dari Reenri.com💓

Hadiah Blogspot Template Dari Reenri.Com

Apakah syaratnya?

• Mempunyai blogspot.
• Buat entry bertajuk Hadiah Blogspot Template Dari Reenri.Com.
• Copy gambar di atas dan backlink ke blog Reenri.Com.
• Tinggalkan link di ruangan komen entry ini.