Pages - Menu

Nov 12, 2016

7 Ayat Penyelamat dari berbagai Kesusahan dan Kesulitan

Assalamualaikum.

Hari ini sempat mendengar kulliyah Ustaz Ebit Lew dan antara doa beliau kongsikan untuk menghadapi sebarang kesulitan,dizalimi, atau masalah dunia. Amalkan baca ayat-ayat ni setiap pagi dan petang. Insyallah,Allah akan berikan pertolongan


Di kenali sebagai 'ayat munjiyat' yang terdapat dalam buku manzil

Surah at-Taubah ayat 51 
Surah Yunus ayat 107
Surah Hud ayat 6 
Surah Hud ayat 56 
Surah al-Ankabut  ayat 60 
surah Fatir, ayat 2 
Surah az-Zumar ayat 38 


1. Surah at-Taubah, ayat 51



Qul lan yuseebanaa illa ma kataba Allahu lana huwa mawlana wa 'aala Allahi falyatawakkali almuminuun 

"Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal." (Surah at-Taubah, ayat 51)



2. Surah Yunus ayat 107

 
Wain yamsaska Allahu bidurrin fala kashifa lahu illa huwa wain yuridka bikhayrin fala radda lifadlihi yuseebu bihi man yashao min 'aibadihi wahuwa alghafooru alrraheemu

"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah Yunus, ayat 107) 




3. Surah Hud, ayat 6


Wama min dabbatin fee alardi illa 'aala Allahi rizquha waya 'aalamu mustaqarraha wamustawda 'aa ha kullun fee kitabin mubeenin 

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)." (Surah Hud, ayat 6) 



4. Surah Hud, ayat 56



Innee tawakkaltu 'aala Allahi rabbee warabbikum ma min dabbatin illa huwa akhithun binasiyatiha inna rabbee 'aala siratin mustaqeemin 

"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus." (Surah Hud, ayat 56) 


5. Surah al-Ankabut, ayat 60



Wakaayyin min dabbatin la tahmilu rizqaha Allahu yarzuquha waiyyakum wahuwa alssamee 'ul 'aaleemu 

"Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Ankabut, ayat 60) 



6. Surah Fatir, ayat 2





Ma yaftahi Allahu lilnnasi min rahmatin fala mumsika laha wama yumsik fala mursila lahu min ba 'aadihi wahuwa al 'aazeezu alhakeemu 

"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Fatir, ayat 2) 


7. Surah az-Zumar, ayat 38





Walain saaltahum man khalaqa alssamawati waalarda layaqoolunna Allahu qul afaraaytum ma tad 'uuuna min dooni Allahi in aradaniya Allahu bidurrin hal hunna kashifatu durrihi aw aradanee birahmatin hal hunna mumsikatu rahmatihi qul hasbiya Allahu 'aalayhi yatawakkalu almutawakkiloona

"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahaya-Nya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepada-Nyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri." (Surah az-Zumar, ayat 38)


--------------------------------------------------------------


Kata ustaz,

Hidayat ni Allah punya

tak siapa yang boleh bagi derita boleh bahagia selain Allah

Allah berkuasa, kita hidup untuk Allah,, kita mati untuk Allah

Kita susah,hati kita kecil ,jangan terkesan dengan dunia selain Allah

Semoga Allah permudahkan jalan dan urusan kita dan sentiasa dalam pemeliharaan rahmat dan kasih sayangNya.ameen





No comments:

Post a Comment