Pages - Menu

Sep 13, 2016

Set Kehamilan Shaklee Bantu Saya Bebas Masalah Darah Tinggi dan GDM

Pengalaman hamil dulu-dulu sering letih lesu sepanjang hari..berkerja sebagai programmer lagi menambahkan stress dan tekanan darah selalu tak stabil..selalu nurse geleng kepala dan perlu repeat ambik bacaan BP.

+ tetiba ada diabetes plak time preggy..haru sungguh nak kene p cucuk kat jari kat klinik ambik bacaan BSP 4 kali sehari..teringat memori ni memang serik sungguh.

Anak ke 3 saya start guna set Menyusu,anak lelaki memang hisap susu banyak. Alhamdulillah,dengan set Menyusu bajet #ESP + #alfafacomplex time tu dapat supply susu dgn cukup dan badan memang bertenaga.

Hamil anak ke 4 saya teruskan ambik set hamil sepenuhnya.Antara suplemen yang saya ambil adalah B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix,Omegaguard dan ESP.



set kehamilan dan set berpantang shaklee



SET KEHAMILAN SHAKLEE BANTU LENGKAPKAN ZAT NUTRISI IBU


Bila doktor dah tahu saya makan shaklee, beliau minta saya teruskan makan je suplemen ni. Dah tak bagi dah pil vitamin klinik. Lagi bagus katanya. Dah lengkap set hamil awak makan ni.

Time checkup, doc juga puji HB cantik, bacaan BP stabil x naik macam dulu2 dan bestnya takde lagi bacaan gula tinggi atau masalah GDM sepanjang preggy.Alhamdulillah syukur sangat.

Selepas bersalin, dalam wad biasa saya ambil protein tinggi ESP untuk berikan tenaga selepas kepenatan melahirkan bayi dan saya telan 4 biji Ostematrix . Alhamdulillah, badan bertenaga sampai nurse pun tanya eh awak tak tido ke? Tak penat ke? Bestnya jugak dapat membuang pada hari pertama berpantang tanpa rasa takut-takut lagi.

Set hamil ni sebenarnya boleh consume sehingga berpantang dan menyusu, Manfaatnya sama untuk kesihatan menyeluruh. Bestkan?? Takdelah membazir.

Alhamdulillah,sekarang saya masih guna walaupun adik Hannah dah nak masuk 3 tahun. Suplemen memang penting bukat setakat untuk kehamilan,penyusuan atau berpantang malah lebih daripada itu!


Pemakanan seharian kita selalu tak seimbang. Zat nutrisi juga tak cukup. Bila badan lopong dengan zat nutrisi, cepat sangat penyakit nak singgah. Lagi zaman sekarang macam-macam virus ada, jadi sangat penting suplemen zaman ini.

Saya guna,saya rasa dan saya just share kepada ibu-ibu semua. Mungkin ada yang pernah serik dengan pengalaman hamil sebelum ni dapat merasai momen indah dengan set kehamilan shaklee ni.

Jom baca kisah Puan Najihah ni kenapa beliau meneruskan pengambilan set hamil dan set berpantang shaklee untuk bayi keenam beliau.


Pengalaman Puan Najihah Bebas Masalah Sembelit Teruk dan Kejang Kaki dengan Set Hamil Shaklee




Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee.
Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.
Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini)
Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.
Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.
Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.
Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.
Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.
Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!
Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.
Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.
Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.
Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!
*****************************************************************************************************************


Momen indah menjadi ibu semestinya kenangan tidak boleh di lupakan seumur hidup. Bagi ibu-ibu yang sering alami masalah kesihatan tidak memuaskan sepanjang hamil,cubalah set hamil dan set berpantang shaklee ni. Insyaallah sangat membantu ibu-ibu semua.


Sebarang pertanyaan atau ingin dapatkan kehamilan dan berpantang ni boleh hubungi saya seperti berikut:




No comments:

Post a Comment