Hari ni nak berkongsi kisah mengenai idola business saya sejak kecil iaitu arwah ayah. Insan hebat penuh kecekalan dan ketabahan.
Insan hebat saya kenal sejak lahir. Arwah ayah memiliki 3 orang isteri 15 orang anak. Arwah ibu adalah isteri ketiga dan terakhir.
Arwah berniaga kedai runcit kecil-kecilan sejak saya lahir.Sebelum tu pelbagai kerja juga arwah ayah buat..Bawa kren,kerja korek biji besi di zaman jepun dulu-dulu
Sejak kecil,saya melihat susah payah arwah ayah struggle dalam business kedai runcit di jalankan. Kedai kami kecil sahaja. Sedikit sahaja barang yang ada. Kedai kampung biasa jual barang-barang runcit yang mengharapkan orang-orang kampung untuk membeli.
Setiap hari saya menjaga kedai ni bergilir-gilir dengan kakak2 saya bermula usia saya 8 tahun sehingga dewasa.
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka dan tempatkan di kalangan orang-orang soleh |
Ayah Insan Berhati Waja
Arwah ayah sangat rajin orangnya.setiap hari akan sharp buka kedai pukul 8 pagi walau takde orang datang.walau customer pertama datang pukul 10 pagi pun,arwah tetap buka pukul 8 pagi. Kata arwah kesian kat org kampung kadang2 ada yang nak beli sabun,tepung awal pagi ni.Di sini saya belajar disiplin dan konsisten sangat penting dalam berniaga.
Arwah ayah sangat detail dan teliti. Setiap perbelanjaan,kemasukan dan pengeluaran duit,untung runcit harian di catat dengan kemas dalam buku log tanpa gagal setiap hari.Setiap malam selepas tutup kedai hampir sejam arwah habiskan di meja mencatat dengan begitu kemas sekali. Dari kecil saya belajar setiap perkara di catat dengan teliti supaya tahu kemana wang itu pergi.
Arwah sangat gigih. Kekadang bila lori barang lambat sampai dan barang habis stok,arwah terus tolak basikal tuanya dan kayuh ke pekan kecil.Letak barang-barang di beli di dalam bakul dan sepapan telur di belakang..Kayuh basikal 30 minit setiap hari. Disini saya belajar jangan sesekali rasa malu,rasa susah dan menunggu sahaja.jika takde stok,cepat-cepat pergi cari,kita tak tahu bila customer perlukan barang tersebut. Walau hanya ada sebuah basikal,takde masalah nak beli barang bukan tunggu ada kereta.
Kedai kami beroperasi setiap hari kecuali hari raya pertama. Berniaga kene rajin.
Arwah ayah akan ke masjid 5 waktu sehari semalam dengan basikal tuanya. Seawal 5 pagi gigih mengayuh basikal ke masjid dan kekadang saya mendengar alunan bacaan alquran arwah di corong masjid..Mengingatkan saya sesibuk manapun kita buat kerja atau business,jangan lupa untuk solat awal waktu serta membaca alquran.
Saya pernah nampak arwah ayah sedih bila hasil jualan rm60 sahaja hari tersebut namun hari esoknya arwah meneruskan tugas dengan semangat tanpa keluh resah.
Bila saya berniaga,baru saya faham bukan mudah untuk berjaya. Hati jiwa perlu kental,semangat mesti membara, jangan ada rasa malu dan jangan sesekali putus asa.
Arwah ayah menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat ketika berkebun di belakang rumah. Jatuh dan tidak sedarkan diri. Ketika ini saya berusia 18 tahun. Ketika lagi 2 minggu kami nak ke KL untuk saya daftar masuk uni.
Selepas arwah ayah pergi,arwah mak pula ambil alih berniaga.sebab nak sekolahkan saya dan adik-adik..walau terasa perit,arwah mak teruskan buat juga.tidak sesekali mengalah. Banyak juga air mata tumpah di kala ini. Perit nak besarkan anak-anak rupanya. Arwah mak suka bercerita. Dulu-dulu balik daripada sekolah,saya akan teman arwah mak jaga kedai sambil kami bercerita 1001 cerita.
Saya sangat rapat dengan arwah mak. Sungguh pemergian arwah mak saya hampir nanar!! Alhamdulillah dah ada suami ketika tu bantu kuatkan saya.
Arwah mak meninggalkan say ketika saya sarat mengandung anak sulong. Lebih kurang lagi sebulan je lagi saya bakal melahirkan cucunya. Namun Allah lebih menyayangi beliau.
Arwah mak juga meninggalkan kami pada hari Jumaat mulia selepas komplikasi diabetes. Sempat kami adik -beradik bergilir-gilir menjaga arwah di ICU di Hospital Kuala Terengganu,
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka dan tempatkan roh-roh mereka di kalangan orang-orang soleh.
Terima kasih ibu ayah atas jasa dan pengorbanan diberikan. Semoga Syurga Firdaus buat kalian. Banyak ibrah dan pengajaran saya belajar daripada ketabahan dan kesabaran mereka.
Al-FATIHAH.
#rindusangatkatmereka
#kisahibuayah
#kisahidolabusiness
.
.
No comments:
Post a Comment