Pages - Menu

Jul 27, 2016

Suplemen Antioksidan Terbaik untuk Cegah Serangan Kanser

Suplemen antioksidan sangat penting di zaman sekarang ni bagi melindungi diri kita daripada serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh badan kita. 

Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

Radikal bebas adalah sebatian terbentuk apabila badan kita menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga. Orang ramai juga terdedah kepada radikal bebas yang terdapat pada alam sekitar dari asap rokok, pencemaran udara, dan cahaya ultraviolet dari matahari. 

Radikal bebas ini boleh menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit kritikal seperti kanser,diabetes,sakit jantung,Alzheimer,katarak dan lain-lain.


Kita tak boleh nak halang radikal bebas ni kerana ia berada di mana-mana. Namun kita boleh cegah dan jaga sel-sel badan kita daripada serangan radikal bebas ini dengan pengambilan makanan antioksidan dan suplemen antioksidan.


Makanan Antioksidan untuk menghalang serangan radikal bebas

Antara makanan antioksidan yang baik di ambil setiap hari adalah makanan berasaskan VITAMIN A, VITAMIN C, DAN VITAMIN E BERSERTA SILENIUM. 

Menurut sumber wikipedia;

VITAMIN A 
Vitamin A larut dalam lemak, dilaporkan dapat bertindakbalas dengan radikal bebas melalui struktur ikatan lengkapknya.

VITAMIN E 
Vitamin E adalah antioksidan yang larut dalam lemak ,yang perlu ditambahkan dalam makanan.Vitamin E bergerak ke seluruh tubuh bersama molekul lipoprotein, dan dapat melindungi tubuh kita daripada berlaku oksidasi sehingga tidak terbentuk radikal bebas. Oksidasi dari lipoprotein ini merupakan langkah awal pembentukan: Atherosclerosis, pengerasan pembuluh darah boleh menyebabkan kerosakan hati.

VITAMIN C 
Vitamin C larut dalam air, tidak dapat dibentuk oleh tubuh jadi harus dari makanan atau supplement (buah-buahan dan sayuran). Vitamin C ini secara kuat dapat melemahkan radikal bebas serta mempunyai peranan yang sangat penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuhVitamin C dan vitamin E berjalan di seluruh tubuh bersama molekul yang namanya lipoprotein, dan dapat melindunginya dari oksidasi sehingga tidak terbentuk radikal bebas.

SELENIUM Selenium terdapat pada makanan seperti brokoli, kuning telur, bawang merah, bawang putih dan anggur merah. Sebenarnya selenium bukan antioksidan tetapi berguna untuk produksi enzym-enzym yang berfungsi sebagai antioksidan.

Sumber-sumber antioksidan ini boleh di perolehi daripada pemakanan seharian kita seperti sayur-sayuran,buah-buahan yang sarat dan kaya dengan zat dan mineral. Namun kekadang kesibukan kita setiap hari menyebabkan kita kekurangan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Antara suplemen terbaik antioksidan yang baik di ambil untuk tingkatkan imun diri dan atasi daripada serangan radikal bebas:

1) Vivix

Vivix adalah suplemen antioksidan terbaik yang kaya dengan gabungan polifenol dan resveratrol yang mampu menangkis serangan radikal bebas. 
Ia adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Manfaat VIVIX: 

▶Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
.
▶Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
.
▶Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
.
▶Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
.
▶Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf

Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
.
▶Membantu merawat penyakit parkinson
.
▶Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
.
▶Meningkatkan kesihatan imum badan
.
▶Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix adalah suplemen terbaik untuk penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung,kanser,darah tinggi,kencing manis dan lain-lain. Alhamdulillah ramai pesakit kronik yang mencuba vivix mendapat kesan positif dan sangat berpuas hati.

Testimoni Vivix di SINI

2) Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk menguatkan sistem imun badan dan melindungi diri daripada serangan virus,bakteria di sekeliling lagi. Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah nutrien vitamin yang larut dalam air . Ia boleh didapati di dalam sesetengah makanan. 
Dalam badan, ia bertindak sebagai antioksida, membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Tubuh juga memerlukan vitamin C untuk membuat kolagen, iaitu protein yang diperlukan untuk membantu proses penyembuhan luka atau sebarang kecederaan pada tisu.

Di samping itu, vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan dan membantu sistem imun berfungsi dengan baik untuk melindungi tubuh daripada penyakit dan jangkitan kuman.

Testimoni Vitamin C


Kelebihan Vitamin C Sustained Release Vita C Plus:
  • Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (corn starch) yang merupakan sumber asli Vitamin C. Pesakit gastrik tidak perlu risau untuk mengambil vitamin C ini kerana ia tidak memedihkan perut.
  • Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda memerlukannya. 
  • 1 biji SR Vitamin C bersamaan dengan pengambilan 7.5 biji buah oren.
  • SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex. bagi membantu penyerapan vitamin C.

3) Vitamin A ( Carotomax)
Carotomax memberikan perlindungan antioksida, mengandungi 6 carotine terhebat seperti lycopene, astaxanthin, alpha, beta carotene, dan lutein. Ia juga membina semula sel rosak di samping membina pertahanan badan.

Manfaat lain Carotomax:

- membantu melawan penyakit kanser dan oksidasi, terutamanya kanser paru-paru dan payudara
- baik untuk masalah kulit - scabies, akne, ulser kulit
- Merangsang enzim membunuh kuman, mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori 
- baik untuk kesihatan mata - atasi masalah rabun jauh/dekat, silau,katarak,mata kering, kelesuan mata, glaucoma katarak, floaters, eye bags dll

4) Vitamin E wih Silenium
Terdapat pelbagai jenis jenama vitamin E di pasaran namun pastikan anda memilih vitamin E yang lengkap dengan silenium bagi memastikan kesan terbaik di perolehi dan dapat manfaatnya.

Panduan ketika Membeli Vitamin E

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 



Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 



Vitamin Antioksidan ACE



Penyakit kanser, sakit jantung sekarang ni dah menjadi semakin popular. Jadi sangatlah penting untuk kita cakna kesihatan dan amalkan makanan antioksidan ni semasa masih sihat.

 Insyaallah vitamin antioksidan ni sangat berbaloi dan berharga untuk kesihatan. Jangan terasa rugi atau merasa membazir beli kerana kos perbelanjaan untuk sesuatu penyakit lagi jauh tinggi.


Sekiranya anda bekas pesakit kanser,saya sarankan anda amalkan ambil suplemen antioksidan ni terutama vivix supaya sel-sel kanser tidak merebak kembali dan bagi yang sihat semestinya suplemen ni sangat-sangat berbaloi dan sangat baik untuk tingkatkan imun diri.


Mencegah lebih baik daripada merawat. 


Sekiranya anda ingin suplemen antioksidan ini atau set shaklee yang lain boleh hubungi saya seperti berikut:





No comments:

Post a Comment