Pages - Menu

Jul 19, 2016

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee dan bagaimana pembelian Shaklee secara online membantu saya berkembang

Sudah 3 tahun rupanya saya menjadi ahli Shaklee dan alhamdulillah setakat ni rasa sangat berbaloi dan puas hati. Memang saya suggest bagi yang masih mencari-cari suplemen bersesuaian untuk diri atau ahli keluarga untuk mencuba supplemen semulajadi Shaklee ni. 

Produk-produk Shaklee daripada bahan-bahan atau ramuan semulajadi. Tiada bahan kimia,bebas pengawet,pewarna dan pemanis. Berjuta-juta dollar dilaburkan dalam R&D untuk memastikan produk terhasil selamat dan berkesan kepada pengguna.

First time beli set menyusu tahun 2013 selepas habis pantang,memang seronok sangat time tu sebab susu pekat,anak cepat kenyang dan badan bertenaga. Jerawat-jerawat yang menyubur time preggy tu terus hilang tanpa tinggal jejak bekas lagi..hehe seronok sangat tau.

Pastu join keahlian Shaklee. Upline bagitahu join ahli ni dapat diskaun lebih murah.Haa sape tak suka shopping dengan harga murah dan lebih jimatkan. Jadi dengan keahlian RM79.50 je, dah dapat beli dengan harga ahli dan dapat manfaat kelebihan sebagai ahli shaklee ni.



Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee


1. Boleh dapat harga lebih murah untuk setiap pembelian produk. Diskaun setiap pembelian sehingga 15-20% berbanding harga pasaran. Jimatkan? So jadilah ahli shaklee tau. Memang tak rugi!

2. Jika dah join ahli shaklee. ada peluang besar untuk buat business Shaklee dan mendapat income bulanan. Setiap ahli shaklee ada peluang sama rata untuk berjaya dalam business Shaklee ni. Tapi macamana?? Haa perlula join ahli shaklee dengan upline yang buat business atau yang betul. Bukan setakat menjual je, Sebab upline ( orang yang tolong registerkan anda) akan bantu untuk NEXT STEP cara business dalam Shaklee ni. Buat business Shaklee ni boleh bantu anda dapat SIDE INCOME tambahan. Boleh lepas susu,pampers anak,dapat duit tengah bulan seronokkan?

3. Bila dah join ahli Shaklee, tak semestinya perlu business. Jika tak nak busines pun takpe. Untuk makan sendiri ahli keluarga dapat harga diskaun pun dah best sangat. Setiap pembelian produk/suplemen anda akan dapat UV/ Point. Jika cukup syarat yang ditetapkan iaitu minumum 150 UV/Points , anda akan dapat cashback masuk ke dalam akaun bank anda bulan berikutnya. Haa sambil shopping beli vitamin dapat balik voucher tunai. So jimat berganda-ganda!

4. Berpeluang mendapat PROMOSI ISTIMEWA setiap bulan dengan HARGA LEBIH MURAH & MENJIMATKAN. Setiap bulan, Shaklee ada menawarkan promosi bulanan yang berlainan contoh seperti promosi bulan ini Beli 6 botol VIVIX Percuma 1, Beli 2 botol VIVIX  less 5%. Semua ni anda boleh grab dengan harga ahli yang lebih jimat. Jika bulan tersebut adalah promosi vitamin feveret anda,mestilah syok shoppingkan:=)


Promosi bulan Julai ini yang boleh anda nikmati dengan harga tergolek!


5. Pembelian Shaklee sungguh mudah. Jika anda tinggal berdekatan dengan Branch Shaklee,boleh terus ke sana membeli dengan No Keahlian ID anda. Jika tinggal berjauhan, jangan risau, anda boleh membuat pembelian secara talian, atau paling mudah guna sahaja sistem online Shaklee. Anda boleh gunakan kad debit/ kad kredit untuk pembelian secara online ini. Click-click sahaja. Esok lusa sudah sampai ke alamat rumah anda:-) Memang mudah dan selamat.

6. Shaklee menggunakan khidmat penghantaran kurier yang dipercayai . Insyaallah setiap pembelian barang anda dijamin sampai dengan selamat. Setakat ini, semua pembelian saya dan penghantaran barang ke customer selamat sampai dalam masa ditetapkan.

7. Peluang mendapat ilmu bila-bila masa sahaja. Terdapat pelbagai topik kesihatan menarik diadakan di kelas-kelas nutrisi setiap bulan daripada pakar nutrisi sendiri. 

8. Berpeluang mendapat insentif-insentif menarik dan lumayan daripada pihak shaklee seperti International Trip, Umrah 5 bintang, Bonus kereta dan pelbagai lagi.



Bagaimana Pembelian Secara Online Membantu Mengembangkan Business saya? 

Sekarang saya sudah membuat business ni secara fulltime sambil menjaga anak-anak sendiri di rumah. Menjadi suri rumah ni orang kata kerja-kerja rumah tak pernah habis. Lagi-lagi anak-anak tengah membesar kan. Jadi camna nak buat business Shaklee ni?

Semuanya secara online. Haa tapi perlulah ada kemudahan internet.Sambil-sambil duk tengok FB kawan-kawan,IG artis itu ini,kita selit-selit sedikit masa buat sharing pasal produk Shaklee ni.




Tak susah pun. Teknologi sekarang memang sangat membantu memudahkan urusan business ni..Tak perlu nak hadap FB,Instagram atau blog 24 jam pun!

Jika ada FB page business,buat je schedule sharing ikut masa yang anda nak. Boleh set sehari nak berapa kali. Kalau free sikit,boleh schedule terus untuk esok,lusa dan seterusnya. Nampak macam korang ngadap FB 24 jam,tapi sebenarnya sistem scheduling ni yang membantu.

Dalam blog pun sama,boleh schedule entry anda bila nak publish. So time free tu,anak dah tidur bolehla mengarang sikit sebanyakkan.

Boleh juga install software buffer dan hootsuite untuk schedule post di Facebook ni. Jadi bukan alasan kata business ni tak dapat buat tau.


Zaman sekarang ni semua orang suka beli melalui online sahaja. Dalam FB friend saya,ramai sungguh yang berniaga online ni. Macam-macam jenis barang di jual. Memang sangat memudahkan dan jimat masa.


  • Jika takde transport nak ke Poslaju atau kekangan masa nak pos barang sendiri, Pihak kurier Shaklee akan hantar terus ke alamat penerima. Click-click je vitamin apa yang nak, bayar guna kad kredit/debit. Dalam 2-3 hari dah sampai kat tangan penerima. Kebiasaan area saya ni,click-click hari ni esok dah pon-pon abang kurier sampai. Pantas sungguh!
  • Business Shaklee ni kat mana-mana pun boleh buat janji ada kemudahan Internet. Saya balik Kampung pun masih boleh buat sale, terima order seperti biasa. Dah dapat order kita click-click je macam biasa kat sistem online,shaklee akan uruskan penghantaran.
  • Ketika berpantang dan bercuti panjang pun masih boleh buat business.Bestkan? Kadang customer tak tahu pun kita ni sebenarnya dalam pantang.
  • Jimat masa tak perlu nak ke HQ, atau branch untuk pembelian. Jimat duit minyak,parking dan masa.
  • Tak perlu nak simpan stok bawah katil buat business Shaklee ni. Ada customer order baru buat pembelian. Jadi tak payah nak keluarkan modal pun nak beli barang. So tak de isu takut produk expired ke, or produk tak laku ke. Time ada order, baru buat pembelian. Senang!
  • Terdapat mentor dan support group business yang bantu guide,sharing mengenai produk,sharing motivasi dan pelbagai lagi.Memang sangat best! Kita tak sorang-sorang buat business ni.



Alhamdulillah dah masuk 3 tahun guna dan jual produk Shaklee ni,tak pernah lagi ada masalah dengan pihak kurier atau produk Shaklee.

Alhamdulillah kesihatan diri dan keluarga pun bertambah baik. Memang tak rugi pun join business ni. Boleh buat sambil-sambil atau fulltime. Yang penting rajin-rajinlah berkongsi info produk ni dengan kawan-kawan, sedara-mara dan jiran tetangga.

Insyaallah, jika rajin berusaha,disiplin dan tidak mudah putus asa, pasti akan berjaya.


Jom sertai bersama dalam Empayar Jutawan Sihat. Info produk, info sihat dan pelbagai lagi tips business anda akan dapat.


Nak join business Shaklee, jomla roger-roger ciksu ya. Insyaallah sama-sama kita sihat dan berjaya cemerlang dunia akhirat.












No comments:

Post a Comment