Pages - Menu

Jun 23, 2016

Kelebihan Memberi Makan kepada Orang Berpuasa

Assalamualaikum..dah masuk 18 ramadhan kita berpuasa hari ini. Pejam celik tinggal lebih kurang 13 hari sahaja lagi akan tamat bulan keberkatan ini. Cepatnya masa berlalu.

Hari ni just nak share sedikit tazkirah mengenai Fadhilat Memberi Makan kepada orang yang berpuasa.

Teringat saya pada 1 tazkirah Ramadhan di Surau Al Umm 2 hari lepas mengenai keberuntungan orang-orang yang memberi makan kepada orang berpuasa sepanjang Ramadhan ini.



Bayangkan kita bagi makan / sponsor makanan berbuka puasa/iftar di sebuah madrasah Tahfiz. Di Madrasah Tahfiz kita tahu adik-adik atau pelajar-pelajar di sana tugas mereka mengaji/membaca alquran daripada selepas subuh sehinggalah waktu asar. Ada yang sambung lagi sebelum tidur. 

Bayangkan kita bagi makan contoh kepada 50 orang pelajar ini. Bukan sahaja kita dapat pahala berpuasa 50 orang yang berpuasa ni, malahan segala perkara / pahala bacaan alquran yang dibaca oleh mereka pun kita dapat. Itu baru membaca alquran. Bayangkan 50 orang pelajar ni buat amalan sunat lain seperti solat sunat dhuha,solat sunat tahajud dll..Subhanallah..Tak terhitung banyaknya pahala yang dapat kita kumpul dengan sangat mudah tanpa mengurangkan pahala orang berpuasa tersebut.

Mungkin dengan masa berbaki lebih kurang 2 minggu ni, kita dapat infaqkan sedikit harta dan wang kita ada dengan bersedekah berbuka puasa di masjid/masjid atau surau atau bawak sedikit 'potluck' supaya jika kita berbuka puasa di masjid/surau,kita dapat berkongsi juadah tersebut juga bersama jemaah lain.

dan ustaz pun tekankan untuk kita sama-sama muhasabah dan ceklist jadual harian kita.



Setiap hari banyak belek muka buku atau banyak belek baca alquran?

Setiap hari kita dah mula hafal lagu raya ke atau banyakkan bacaan zikir?

Setiap hari apa kebaikan yang kita lakukan dan kongsi kepada orang lain?


Setiap pekerjaan yang baik dan amalan ibadah kita lakukan di ganda 70X sepanjang ramadhan ini. Baiknya Allah kat kita. Allah bagi juga kita hadiah 'special' Lailatul Qadar di 10 malam terakhir.


Kenapa Allah anugerahkan Lailatul Qadar ni hanya kepada kita, umat Nabi Muhammad s..a.w?

Sebab umur kita tak panjang. Nabi kita wafat di usia 63 tahun. Range usia kita antara 60-70 tahun. Kata ustazah jika ada yang dapat hidup lebih daripada usia 63 tahun,itu adalah bonus.

Subhanallah.

semoga kita dapat manfaatkan masa sebaik-baiknya dan buat sehabis baik di baki Ramadhan ini.


Set  Ramadhan untuk Cergas Bertenaga sepanjang Berpuasa



No comments:

Post a Comment