Pages - Menu

May 27, 2016

Panduan Baik untuk Bantu Murid Bermasalah

Tips ini dikongsi bersama oleh Puan Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah seperti berikut :

1)  Lambat menulis:

Penyelesaian: Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)

Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan.

2) Murid Pelat:

Penyelesaian: Suruh murid bergayut (contohnya di monkey bar) sambil itu  murid menyebut perkataan yang sukar disebut.

Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) Murid lambat bercakap:

Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.

Sebab: longgarkan artikulasi murid

4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:

Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.

Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

5) Murid hiperaktif:

Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.

Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang. Bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.

Boleh cuba.

Nota: Just sharing. Ibubapa adalah cikgu terbaik di rumah untuk anak-anak.

Selamat bercuti semua anak-anak soleh/solehah. semoga memanfaatkan masa cuti sebaik-baiknya.


No comments:

Post a Comment