Pages - Menu

Feb 2, 2016

Cara Sembuhkan Luka Bersalin Czer dengan Cepat dan Badan Kekal Bertenaga

Pilihan bersalin secara czer atau pembedahan sering mendebarkan. Ramai ibu memilih bersalin normal lagi mudah penjagaan ketika dalam pantang.Bersalin secara czer dan pembedahan memerlukan penjagaan rapi dan ibu memerlukan lebih bantuan daripada insan sekeliling seperti suami,ibu atau pembantu semasa berpantang.





Punca Kelahiran Secara Pembedahan/Czer


Terdapat beberapa sebab ibu terpaksa bersalin secara pembedahan/czer ini:



  • Ibu tidak berupaya untuk bersalin secara normal. Faktor ini adalah punca yang sering kali berlaku. Dianggarkan satu daripada tiga kes Caesarean yang dijalankan adalah disebabkan oleh proses bersalin terlalu lambat atau berhenti sama sekali. Punca masalah ini berlaku adalah seperti kontraksi uterus tidak berlaku dengan baik dan tidak mampu mengembangkan bahagian serviks atau kepala bayi terlalu besar. 
  • Jantung bayi tidak normal ketika bersalin. Ini berkemungkinan menunjukkan bayi tidak menerima bekalan oksigen mencukupi kerana uri menjadi mampat atau plasenta tidak berfungsi dengan baik. 
  • Ibu mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit paru-paru atau tekanan darah tinggi. Biasanya ibu akan diberikan induksi untuk bersalin lebih awal. Namun, kadang kala induksi awal ini menyebabkan kegagalan serviks mengembang sehingga ibu perlu menjalani pembedahan.
  • Bayi dalam keadaan songsang atau melintang. Jika dipaksa untuk bersalin dalam keadaan songsang, uri mungkin keluar terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan bekalan oksigen bayi terputus. Kepala bayi juga mungkin terperangkap dalam saluran peranakan walaupun bahagian badan lain dapat keluar dengan mudah.
  • Kandungan kembar dua atau tiga. Namun, dalam sesetengah kes, ada ibu yang bersalin secara normal tetapi semuanya bergantung pada kedudukan, berat bayi dan usia kandungan. Sehubungan itu, kajian menunjukkan kembar kedua yang dilahirkan secara normal berhadapan dengan risiko kematian akibat komplikasi ketika bersalin.
  • Tali pusat terlilit pada leher atau badan bayi. Dalam pada itu, tali pusat bayi juga berkemungkinan terbelit di antara kepala bayi dan tulang pelvik ibu.
  • Ibu pernah melahirkan anak secara pembedahan Caesarean dalam kelahiran yang lalu. Walaupun ibu berpeluang untuk melahirkan bayi secara normal, namun faktor ini tetap diambil kira oleh doktor. Ini kerana ada segelintir wanita tidak berupaya untuk melahirkan bayinya secara normal. Maka ibu perlu menjalani pembedahan. Faktor yang memungkinkan pembedahan Caesarean dilakukan termasuklah jenis pemotongan rahim yang dilakukan sewaktu kelahiran yang lalu.
  • Bayi mengalami masalah perkembangan seperti kecacatan tulang belakang (myelomeningocele) atau otak (hydrocephalus). 
  • Ibu belum menunjukkan tanda mahu bersalin walaupun sudah melepasi tarikh yang dijangkakan.
  • Melindungi bayi daripada jangkitan virus seperti herpes simpleks yang biasanya menjangkiti mulut, mata dan kemaluan bayi.
  • Plasenta tertanggal daripada dinding rahim sebelum bayi dilahirkan (abruption placenta).
  • Plasenta previa(plasenta di bawah). Dalam keadaan ini, plasenta mungkin menutupi dinding rahim sehingga menghalang bayi daripada keluar melalui serviks. 
  • Air ketuban berkurangan.
credit


Cara terbaik menjaga luka bersalin supaya cepat sembuh

1. Pastikan kawasan luka sentiasa kering. “Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering.
2. Jika ibu bersalin secara pembedahan caesarean ingin menggunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.
3. Tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.
4. Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E.
Keloid wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.
5. Risiko jahitan terbuka tetap ada dan ia perkara biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali.
Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.
6. Sekiranya ibu mendapati jahitannya terbuka, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak.
Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
7. Ibu hamil yang menghidap diabetes, akan mengambil masa untuk sembuh luka jahitan. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.
8. Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting.   Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
9. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan.
10. Ibu selepas bersalin perlu berhati-hati terhadap pengambilan ubat-ubatan tradisional terutamanya dari segi kebersihannya. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan.


Masalah Sembelit Kronik yang sering berlaku kepada Ibu berpantang

Masalah yang sering terjadi kepada ibu selepas bersalin adalah sembelit. Sembelit menyebabkan ibu sangat tidak selesan malah ada yang berhari-hari mengalaminya. Lebih bahaya sekiranya terpaksa meneran kuat yang boleh menyebabkan jahitan terbuka semula.Menakutkan bukan?? ?? 


Ketahui rahsia Puan Khadeejah berpantang dengan gembira tanpa masalah sembelit dan kekal bertenaga ceria ketika berpantang:-) Happy tengok video ni..rasa macam nak bersalin lagi..hehe





Di pasaran ada pelbagai jenis set berpantang yang boleh ibu pilih. Pengalaman saya telah mencuba beberapa set berpantang dan saya pilih dan yakin dengan set berpantang shaklee sebab badan cepat segar,masalah sembelit seperti Puan Khadeejah dalam video di atas takde, susu badan meriah dan dapat buat stok susu sampai penuh peti dan paling best kurang stress dan sakit badan walau anak kerap bangun malam.


Hari ini saya nak share pengalaman beberapa orang customer yang berpantang mengambil VIVIX selepas bersalin czer ni . Vivix ni antioksidan tinggi terbukti dapat membaikpulih sel-sel badan dengan cepat dan memberikan tenaga kepada sel.




Pengalaman Pengguna Mengambil Vivix ketika Berpantang


1) Mengambil tonik vivix pada hari kedua, boleh bangun dan terus berjalan. Hari kelima merasa sangat bertenaga,anak bebas daripada jaundis dan berjalan dah boleh laju.


2) Pengalaman Puan Fadzillah mengambil vivix ketika berpantang.Milkbooster yang superb dan badan extra bertenaga. Alhamdulillah..

3) Kisah Puan Ainul yang mengambil vivix ketika berpantang.Luka jahitan sangat banyak sampai nak duduk pun sakit. Alhamdulillah mengambil vivix selepas 3 hari hilang semua sakit.






Bagaimana Vivix dapat membantu Ibu Sembuhkan Luka?

Ibu selepas bersalin mengalami masalah urat yang putus terlalu banyak,badan pun lemah dan banyak kehilangan darah.Bersalin secara pembedahan menyebabkan luka bersalin lagi banyak dan perlu lebih teliti penjagaannya dan serta masa yang panjang untuk sembuh.

Pengambilan vivix membantu memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak,memelihara sel dan memberikan tenaga kepada sel. Jadi selepas ambil vivix insyaallah luka cepat sembuh dan badan kembali bertenaga.



Ikuti kisah dan pengalaman puan A yang mengambil vivix semasa berpantang caeaser ni. Kata beliau,badan bertenaga dan luka cepat kering dalam tempoh seminggu sahaja selepas pengambilan Vivix. Alhamdulillah..Jom sama-sama dengar video di bawah.




Tidak rugi untuk mencuba set berpantang shaklee dan Vivix ni semasa berpantang. Memang highly recommended! Berbaloi sangat jika ada sedikit wang untuk pelaburan diri. Badan kita pun nak pakai lama kan jadi tak salah 'manjakan' diri untuk kembali sihat dan cergas.


Zinc Complex amat bagus untuk percepatkan penyembuhan luka

Terdapat harga diskaun untuk set bersalin dan vivix sepanjang bulan ini. Untuk vivix,setiap pembelian 2 botol vivix akan mendapat keahlian percuma dan diskaun 5%.


Sekiranya ibu-ibu berminat untuk mencuba set berpantang shaklee dan vivix boleh hubungi saya untuk pembelian seperti berikut. 






3 comments:

  1. Lega kan kalau luka ceaser cepat sembuh. Badan pun selesa nak jaga baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.penting sangat kene pastikan luka ceaser cpt kering dan sembuh

      Delete
  2. Sya pn czer tpi x amal kan apa2 skrng dah sebulan luka czer dah kering dah bercantum

    ReplyDelete