Pages - Menu

Jan 5, 2016

Bahaya Kesan Sampingan Steroid boleh menyebabkan Kerapuhan Tulang dan Pendarahan Usus

Steroid adalah sejenis hormon yang bertindak sebagai agen anti radang dan juga merencat sistem pertahanan atau sistem imun seseorang. Steroid digunakan untuk macam-macam penyakit & masalah. 

Antara penyakit yang boleh diubati dengan steroid adalah seperti alahan, asma/lelah, bengkak, sakit lutut, penyakit sistemik lupus eritematosus, penggantian organ dan lain2 lagi. Tetapi harus diingat steroid membawa pelbagai jenis kesan sampingan.


UBAT TIDAK BERDAFTAR sering dicampuri dengan STEROID (seperti DEXAMETHASONE atau PREDNISOLONE) bagi MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN dan dalam masa yang sama sebenarnya untuk melariskan jualan.

Pengambilan STEROID tanpa kawalan seperti ini boleh mendedahkan pengguna kepada pelbagai kesan sampingan yang akhirnya boleh meragut nyawa.




Di pasaran masih terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang tidak berdaftar iaitu ubat yang 
tidak di iktiraf -TIDAK mempunyai NO PENDAFTARAN (mal no) dan hologram. 

Menurut pegawai agensi penguatkuasa kebanyakan ubat tidak berdaftar selalunya mempunyai bahan campurpalsu dengan pelbagai racun seperti  dexamethasone, prednisolone, sibutramine, sildenafil dan analog, chlorpheniramine, hormon dan sebagainya.Ujian analisa makmal dilakukan bagi mengesan ubat yang dicampurpalsu ini.






Bagi yang mengambil ubat sendi mengandungi streroid,pesakit kebiasaan mengalami bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Penyakit sendi yang dialami juga semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi).

Kanak-kanak di bawah usia 14 tahun yang mengambil ubat mengandungi steroid akan terbantut tumbesaran. Sesetengah penyakit yang menyerang kanak-kanak seperti artritis memaksa kanak-kanak terbabit mengambil steroid untuk melegakan kesakitan kerana ia menjejaskan kualiti hidup mereka. Tetapi dos yang diberi adalah kecil.

Jadi sangat penting untuk anda semak adakah ubat yang anda ambil mempunyai pengesahan KKM atau tidak bagi memastikan perkara tidak di ingini berlaku.



Semakan Ubat Berdaftar/Bahan Kosmetik berdaftar boleh di semak di link berikut:


Credit: FB Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan
BPFK

No comments:

Post a Comment