Pages - Menu

Nov 12, 2015

Resepi Pulut Kuning Noxxa

Setelah kakak ipar berjaya membuat macam-macam jenis masakan dan resepi enak menggunakan periuk tekanan Noxxa,maka en hubby penuh semangat mengorder 1 periuk ini untuk isteri tercinta.haha

Ikutkan ummie yang 'sangat rajin' memasak ni,alahai membazirnya pulak rasa..Kan boleh masak pakai periuk atas dapur je..Takpela,senang nak masak sup tulang katenye..


Amboi en hubbyku..sakan no nak bernoxxa..takpela..ade orang dah hadiahkan..alhamdulillah..hihi..

So dapat je periuk ni,ummie tak excited pun nak bukak..seminggu duduk je dalam kotak duk peram..Sampailah minggu lepas balik kampung,mak abah tetibe buat balik sedikit dodol dari kedai..Katanya ada orang 'demo' wat dodol pakai periuk tekanan 15 minit je..Sedap plak orang tu masak..

Bila cakap mak,kami dah beli pun...Wah..mak abah lagi teruja..tak jadi diorang nak beli..Nanti raya nanti sakanla abah mak buat dodol pakai noxxa je..haha..biasa abah buat dodol 1 kawah sorang-sorang je seharian tau time raya..

Belah Johor ni memang masak dodol macam dah tradisi..'Kuih' wajib bagi kat sedara-mara dan jiran tetangga..so,bila tahu je dodol ni pakai periuk noxxa hanya 15 minit..daku pun bersemangat la duk mengoogle macam-macam resepi..Join group noxxa kat FB,grup whatsapp..hihi..tak kenal maka tak cintakan..


so minggu lepas berjayalah experimen masak sup tulang pakai periuk noxxa ni..dalam 45 minit je siap sup tulangnya..alhamdulillah..husband jadi chef memang best...senang je rupanya pakai periuk noxxa ni..memang jimat masa banyak woo..Tak teringat plak nak snap rupa sup tulang chef masak tu..hehe


Arini menggoggle resepi periuk noxxa ni ternampak resepi pulut kuning ni..Teringin nak makan dah lama sebenarnya..Kakak saya selalu buat time saya balik Terengganu..meraikan orang jauh katanya..Memang suka sangat pulut kuning ni..makan ngan kuah gulai tongkol..yummy...

So inilah resepi dan hasilnya

Saya ambil resepi ni disini

Bahan-bahan Pulut Kuning (4 orang makan)

3 cawan beras pulut
Serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
Sehelai daun pandan
1/2 cawan santan pekat
Sedikit garam

Cara-cara;
1. Rendam beras pulut bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam gelugor selama 15 minit.

2. Selepas 15 minit, cuci beras pulut dan sejatkan.

3. Masukkan beras pulut ke dalam periuk Pressure Cooker Noxxa bersama sehelai daun pandan.

4. Masukkan air ke dalam periuk tadi sehingga paras beras pulut sahaja. Jangan lebih atau kurang.

5.  Pusingkan tombol pressure valve atas penutup periuk kepada tanda Pressure. Setkan high pressure  5 minit.

6. Selepas Pressure Cooker berbunyi tanda beras pulut telah masak, pusingkan tombol pressure valve atas penutup periuk untuk mengeluarkan wap. Setelah habis semua wap keluar, barulah buka penutup periuk (Tudung tidak dapat dibuka selagi wap belum habis dikeluarkan)

7. Kacau pulut tadi dan tuangkan santan yang telah dicampur dengan sedikit garam dan kacau rata.

8.Tutup semula tudung periuk dan setkan steam 2 minit. laraskan valve kepada steam.

9.Bila PC dah berbunyi keluarkan wap.Buka penutup PC, gaul sebati dan bolehlah dihidangkan bersama kari atau rendang..

Pulut Kuning Express Noxxa - Hanya 5 minit sahaja

Saya makan pulut ni bersama dengan kuah gulai ikan tongkol

Resepi Kuah Gulai Ikan Tongkol


Ikan tongkol
Bawang besar,Bawang putih,Halia(blender)
1 sudu cili blend
Rempah kari ikan
1 keping asam 
Gula dan Garam

Cara-caranya

Panaskan minyak,masukkan cili blend.

Dalam 1 bekas,gaulkan 2 sudu rempah kari ikan bersama bahan yang diblend.

Campurkan dalam cili blend atas dapur tadi

Masukkan sedikit air,gula,ikan tongkol,asam keping

Tunggu menggelegak masukkan ikan,santan dan garam

Rasa cukup manis,masin sesedap rasa..

Siap..




Senang sangat rupanya pakai periuk tekanan Noxxa ni..Memang jimat masa sesangat..Sambil-sambil masak kuah,basuh pinggan dah siap semua..

Pulut kuning ni juga sedap di makan dengan kari ayam/daging atau serunding.


selamat Mencuba:-)




3 comments:

  1. waweee sedapnya. Dah lama tak makan pulut kuning! yummy!

    ReplyDelete
  2. sedapnya pulut kuning tu ... eh, periuk noxxa tu pressure cooker ke? canggihnya ada button banyak, mine nyer pressure cooker basic letak atas api aje ;)

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Cepat je siap masak. Pulut pun 5 minit je.

    ReplyDelete