Pages - Menu

Nov 8, 2015

Bahaya Makan Berdiri

Makan dan minum berdiri sudah menjadi kebiasaan masyarakat hari ini.Orang tua sering melarang kita minum dan makan berdiri.Rupanya bukan sahaja tidak elok malah ada sebabnya dan ia boleh memudaratkan kesihatan.

Dalam riwayat Muslim daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.a.W bersabda yang bermaksud:

"Janganlah ada di antara kalian yang bersungguh-sungguh minum sambil berdiri,sesiapa yang lupa maka hendaklah dia memuntahkannya".

Antara keburukan makan dan minum berdiri dari sudut kesihatan:

- Apabila berdiri,saraf-saraf manusia berada dalam keadaan otot tegang.Ia sedang berkerja keras untuk memastikan otot stabil agar tubuh tidak jatuh semasa berdiri.Ini melibatkan kombinasi banyak sistem saraf yang mengkoordinasi dengan sistem otot termasuklah sistem saraf dalam usus.

- Makan atau minum berdiri juga boleh merangsang saraf yang mengawal perut iaitu ' vagus nerve'.Urat ni juga berfungsi untuk memperlahankan jantung. Rangsangan 'vagus nerve' ini boleh menyebabkan seseorang boleh jatuh pengsan atau pitam seketika.Bagi pesakit jantung,ia boleh membawa maut.

- Makan atau minum berdiri juga boleh menyebabkan luka atau 'ulcer' pad perut. Makanan dan minuman yang masuk apabila berdiri akan menghentam dengan keras dinding usus sehingga menyebabkan luka ini. Kajian perubatan.mendapati 95% luka pada perut berlaku pada tempat yang biasa berlakunya perlanggaran antara makanan dan dinding perut.

- Makan dan minum berdiri juga boleh menyebabkan kerosakan pada salur pencernaan.Apabila makan dan minum berdiri,makanan dan minuman akan jatuh deras ke dalam salur pencernaan.

Jadi,makan dan minumlah sambil duduk levbih sihat,lebih selamat dan lebih sopan.Semoga kita sentiasa beringat walau ia hanya sekecil perkara.

Waallahualam

Credit: Majalah Gen-Q

1 comment:

  1. Mak selalu marah kalau nampak anak dia minum berdiri. Sakit perut nanti kata dia.

    ReplyDelete